Apa itu MYWiT?
MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT) memberi insentif kepada majikan untuk menggambil pekerja Malaysia untuk pekerjaan teknologi dan perkhidmatan digital melalui insentif gaji dan latihan.
Insentif ini dibiayai oleh Kerajaan Malaysia untuk mendorong para majikan memberikan peluang pekerjaan kepada warga yang menganggur.
Apakah yang ditawarkan? Inisiatif ini menawarkan subsidi gaji sebanyak 40% daripada gaji bulanan selama 6 bulan dan insentif latihan bagi latihan dalaman atau luaran/pihak ketiga.
Manfaat MYWiT?
Proses Permohonan & Pembayaran Balik
Proses Permohonan Untuk Individu Mencari Pekerjaan
SENARAI SEMAK DOKUMEN
1. Maklumat syarikat:
- Sijil SSM
2. Maklumat pekerjaan termasuk:
- Penerangan bagi pekerjaan yang dipohon
3. Maklumat pekerja termasuk:
- Salinan surat tawaran pekerjaan minimum 12 bulan
- Salinan MyKad pekerja baru
- Maklumat pekerja (templat disediakan)
- Salinan transkrip akhir / sijil / surat rasmi tamat pengajian daripada Universiti / Institusi (bagi siswazah baru)
- Surat Pemberhentian Pekerja (bagi pekerja yang diberhentikan)
4. Maklumat Latihan
a. Latihan luaran:
- Templat latihan luaran (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel)
- Sebutharga untuk kursus yang dipilih
b. Latihan dalaman:
- Templat latihan dalaman (disediakan dalam boring permohonan- Maklumat Pekerja Excel)
- Profil Pelatih atau CV pelatih (jika pelatih tidak mempunyai LinkedIn)
5. Pengishtiharan bertulis yang menyatakan bahawa semua dokumen dan maklumat yang dihantar adalah benar dan ditandatangani oleh penandatangan sah majikan.

Hiring Partners
FAQ
Soalan Lazim