WHISTLEBLOWER POLICY

MDEC komited dalam menegakkan integriti, ketelusan dan governans terbaik dalam tatacara operasi kami. Atas tujuan ini, jika pekerja MDEC mahupun orang awam yang mempunyai maklumat mengenai perlakuan yang salah, boleh mengajukan laporan atau pendedahan sepertimana pematuhan dalam Polisi Pemberian Maklumat MDEC.

Perlakuan yang salah termasuk mana-mana kesalahan, penyalahgunaan kuasa, aktiviti tidak jujur yang dianggap tidak beretika atau melanggar peraturan, panduan, polisi dalaman dan prosedur MDEC yang meliputi:

  • Kesalahan jenayah di bawah undang-undang seperti rasuah, penipuan, pemalsuan, pecah amanah, bersubahat atau berniat untuk melakukan kesalahan jenayah;
  • Menerima, terlibat atau mengajak melakukan/memberi rasuah, menerima rasuah atau penyelewengan atau menikmati pertukaran untuk faedah peribadi langsung atau tidak langsung;
  • Penyalahgunaan dana dan aset MDEC;
  • Penyelewengan pengurusan dalam MDEC;
  • Melanggar Tatacara Kelakuan MDEC, secara khususnya gagal mendedahkan konflik kepentingan;
  • Penyelewengan kewangan atau penyelewengan yang serius dalam MDEC;
  • Kelakuan yang dinyatakan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009;
  • Tindakan atau akibat yang menimbulkan bahaya atau ancaman keselamatan terhadap kehidupan, kesihatan, atau keselamatan pekerja MDEC, orang awam, atau alam sekitar;
  • Kegagalan untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang relevan di mana individu terbabit dengan sengaja mengabaikan, atau tidak mematuhi ketentuan tersebut;
  • Percubaan untuk menyembunyikan maklumat yang berkaitan dengan kelakuan yang salah;
  • Dengan sengaja mengarahkan atau menasihati seseorang untuk melakukan salah satu tindakan tidak wajar seperti di atas.

Sepertimana yang termaktub dalam SPRM, semua pendedahan akan diuruskan oleh Jabatan Integriti dan Governans (IGD) MDEC menerusi proses pemberian maklumat. Kesemua maklumat yang didedahkan termasuk maklumat mengenai sifat sesuatu kelakukan yang tidak betul dan indentiti pemberi maklumat akan dirahsiakan melainkan sepertimana yang dikehendaki di bawah peruntukan mana-mana undang-undang dan mahkamah yang kompeten.

Pekerja MDEC atau orang awam boleh menghantar pendedahan mereka menerusi borang ini disertakan dengan bukti atau dokumen yang boleh menyokong pendedahan anda ke mana-mana saluran laporan berikut dan pendedahan anda akan dijamin kerahsiannya:

Sampul surat yang tertutup kemas dengan label “Untuk dibuka oleh Ketua, Jabatan Integriti dan Governans (IGD) sahaja”, di alamat:

Ketua, Jabatan Integriti dan Governans (IGD), MDEC HQ, 2360, Persiaran APEC, 63000, Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan

Anda juga boleh menghantar emel pemberian maklumat mdec_wb@mdec.com.my

ENQUIRIES

You may reach out to the integrity and Governance Department (IGD) via walk-in, mail, call and email as per below details:

Integrity and Governance Department Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D)

2360, Persiaran APEC 63000, Cyberjaya Selangor Darul Ehsan

Direct Line: +603 8315 3293

Email:integrity@mdec.com.my