FIKIR BOLEH

Ketahui bagaimana status Malaysia Digital boleh membantu perniagaan anda untuk berkembang maju dalam ekonomi digital.

Gambaran Keseluruhan

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, MDEC dan MSC telah memacu transformasi digital dan penerimagunaan digital di seluruh sektor awam dan swasta di Malaysia.

Ketika dunia sedang bergerak dengan pantas, MDEC terus menumpukan usaha memimpin ekonomi digital Malaysia ke hadapan dengan mempercepatkan:

Penggubalan dasar dan penyelarasan semua pihak berkepentingan untuk membolehkan ekosistem ekonomi digital yang inovatif dan mantap

Pembangunan usahawan tempatan dan juara global untuk meningkatkan sumbangan ekonomi digital kepada KDNK

Memacu pelaburan digital untuk memaksimumkan sumbangan ekonomi digital kepada negara

Landskap ekonomi digital hari ini yang berkembang pesat memerlukan strategi baharu untuk kekal relevan dan sedia untuk meningkatkan pemulihan ekonomi Malaysia.

Mengenai Malaysia Digital

Kerajaan telah memperkenalkan Malaysia Digital sebagai inisiatif strategik negara untuk menggalakkan dan menarik syarikat, bakat dan pelaburan di samping membolehkan syarikat-syarikat Malaysia serta Rakyat memainkan peranan utama dalam revolusi digital dan ekonomi digital global.

Memacu penerimagunaan digital di kalangan usahawan muda, syarikat-syarikat dan Rakyat

Membina syarikat teknologi tempatan untuk menjadi juara Malaysia yang berkembang maju di peringkat antarabangsa

Menarik pelaburan bernilai tinggi

Inisiatif ini juga berperanan untuk mewujudkan limpahan ekonomi digital yang meluas menerusi akses yang saksama kepada alatan, pengetahuan dan peluang pendapatan digital di seluruh negara

Bagaimana Ia Berfungsi?

Malaysia Digital ialah enjin yang mempercepatkan pertumbuhan ekosistem dalam sembilan (9) bidang tumpuan; seterusnya memacu penerimaan digital dan peluang-peluang dalam ekonomi digital melalui Program Pemangkin Digital Malaysia (PEMANGKIN) dan tawaran-tawaran kompetitif lain. Pendekatan inklusif Malaysia Digital bertujuan untuk mengharmonikan Permintaan pelbagai keperluan digital yang semakin meningkat dengan Bekalan produk dan perkhidmatan digital yang mantap, sambil terus memperkukuhkan Pemboleh seperti bakat, infrastruktur dan peraturan.

Memandangkan teknologi digital sentiasa berevolusi, ekonomi digital yang kukuh perlu memiliki hubungan yang dinamik antara Permintaan (Demand), Bekalan (Supply) dan Pemboleh (Enabler). Pendekatan inklusif Malaysia Digital bertujuan untuk mengharmonikan komponen-komponen ekosistem tersebut seperti Permintaan penyelesaian digital yang semakin meningkat, Bekalan produk dan perkhidmatan yang mantap, serta sokongan oleh Pemboleh seperti bakat, infrastruktur dan peraturan. Ini bagi memastikan ekosistem ekonomi digital yang dapat berkembang maju dan mampan.

Tadbir Urus

Dengan persetujuan Kabinet, satu Jawatankuasa Koordinasi Malaysia Digital (MD-CC) telah ditubuhkan bagi menyelaraskan tadbir urus dan pengoperasian Malaysia Digital yang cekap dan berkesan. MD-CC berada di bawah bidang kuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), dan Kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara dan menekankan kepentingan penglibatan para pemain industri, pemegang taruh dan masyarakat dalam pelaksanaan pelbagai dasar negara.

Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN)

DE Rantau

Program DE Rantau menyasarkan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital utama di ASEAN yang mampu meningkatkan adaptasi digital dan mempromosikan mobiliti para profesional digital serta pelancongan di seluruh negara.

Digital Trade

Program Digital Trade bertujuan untuk memacu e-Dagang dan adaptasi digital oleh perniagaan serta memudahkan perdagangan rentas sempadan, selaras dengan Pelan Hala Tuju Strategik E-Dagang Kebangsaan.

Sertai kami dalam Malaysia Digital!

Ketahui bagaimana perniagaan anda boleh berkembang maju dalam ekonomi digital.

Penerima Manfaat

Pendigitalan aktiviti ekonomi akan memberi impak kepada Rakyat, Perniagaan, dan Pelabur

Akses kepada Alatan, Pengetahuan, dan Peluang Pendapatan Digital yang Saksama

MDEC akan terus memacu pengadaptasian digital melalui MD dan kempen #SayaDigital yang mempromosikan gaya hidup digital, peluang menjana pendapatan secara mampan dan mencipta kekayaan yang saksama.

 

Inisiatif MD dan kempen #SayaDigital berfungsi bagi mewujudkan pengadaptasian digital yang holistik untuk Rakyat mendapat manfaat ekonomi digital dengan pengetahuan, kemahiran dan peralatan yang bersesuaian, dalam usaha menuju ke arah negara digital yang kukuh.

Lebih 500,000

Individu/bakat digital telah dilatih

RM 2.8 billion

Jumlah pendapatan terkumpul

Perkhidmatan Kami

Malaysia Digital menawarkan tawaran kompetitif yang boleh memberi manfaat kepada anda dan perniagaan anda, dan ia termasuk:

Status Malaysia Digital (dikenali sebagai Status MSC)

Status Digital Malaysia baharu menawarkan ketangkasan yang lebih besar untuk syarikat digital tempatan dan antarabangsa untuk memilih daripada insentif fiskal dan bukan fiskal yang kompetitif.

MTEP

Program khas untuk usahawan tekno yang ingin memulakan syarikat atau memindahkan syarikat sedia ada ke Malaysia.

e-DFI

Sistem Pengimportan Bebas Cukai (e-DFI) ialah perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk pengimportan peralatan multimedia tanpa cukai

Kemudahan

Temui kemudahan khusus dan program khas kami yang bertujuan untuk memacu inovasi ke tahap yang baharu

eXpats

Temui hab sehenti untuk semua keperluan pekerjaan Pekerja Berpengetahuan Asing (FKW) syarikat anda

SUCCESS STORY

With eRezeki, I found my way to get back on track

Inisiatif Kami

Peluang dan Pertumbuhan Perniagaan Baru dalam Ekosistem yang Mantap

Melalui Malaysia Digital, MDEC akan terus memperkukuhkan ekosistem digital di seluruh negara melalui:

  1. Pelaksanaan Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) dengan penglibatan pemain industri tempatan
  2. Program pendigital perniagaan yang bersasar untuk memperkasakan perniagaan dengan pengetahuan, kemahiran dan alatan digital yang bersesuaian; dan
  3. Pelbagai perkhidmatan pemudahcara dan tawaran yang komprehensif dan menepati keperluan perniagaan.

890,291

Jumlah kumulatif PMKS yang menerimaguna e-Dagang dari 2016 hingga 2021

RM 1 Trillion

pendapatan daripada transaksi e-Dagang dilaporkan pada suku keempat 2021

Perkhidmatan Kami

Malaysia Digital menawarkan tawaran kompetitif yang boleh memberi manfaat kepada anda dan perniagaan anda, dan ia termasuk:

Status Malaysia Digital (dikenali sebagai Status MSC)

Status Digital Malaysia baharu menawarkan ketangkasan yang lebih besar untuk syarikat digital tempatan dan antarabangsa untuk memilih daripada insentif fiskal dan bukan fiskal yang kompetitif.

MTEP

Program khas untuk usahawan tekno yang ingin memulakan syarikat atau memindahkan syarikat sedia ada ke Malaysia.

e-DFI

Sistem Pengimportan Bebas Cukai (e-DFI) ialah perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk pengimportan peralatan multimedia tanpa cukai

Kemudahan

Temui kemudahan khusus dan program khas kami yang bertujuan untuk memacu inovasi ke tahap yang baharu

eXpats

Temui hab sehenti untuk semua keperluan pekerjaan Pekerja Berpengetahuan Asing (FKW) syarikat anda

SUCCESS STORY

Digital transformation is imperative for businesses to stay competitive

By leveraging on our workforce to develop new skills and making use of new and evolving technologies, we made sure our manufacturing processes continue to be efficient. This is not just for manufacturing, but also for businesses in general. I think all businesses have, to some degree, benefitted from digital transformation.

 

Muzaffar Othman
Permodalan Nasional Berhad (PNB)
Chief Technology Officer

Inisiatif Kami

Kemudahan Pelaburan Digital yang Fleksibel dan Tangkas

Pelaburan merupakan pemacu utama kepada ekonomi. MDEC selaku peneraju ekonomi digital Malaysia akan terus meningkatkan kerjasama awam-swasta untuk menarik pelaburan digital baharu serta mengembangkan perniagaan sedia ada sejak 1996.

 

Menerusi pilihan status MD yang baharu dan fleksibel, pelabur yang melakukan pelaburan langsung asing (FDI) atau pelaburan langsung domestik (DDI) mempunyai fleksibiliti untuk memilih daripada tawaran-tawaran yang kompetitif.

 

Syarikat juga mempunyai ketangkasan untuk beroperasi, berkembang atau melabur di mana sahaja di Malaysia. Pembangunan infrastruktur dan ekosistem utama tidak lagi tertumpu di kawasan tertentu dan syarikat boleh memilih lokasi yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

No. 1

kategori Upper Middle-income di dalam Global Talent Competitiveness Index 2021

No. 1

(9 tahun berturut-turut) – bagi Global Islamic Economy Indicator (GIEI) di dalam Global Islamic Economy Report 2022

No. 1

di peringkat global di dalam Global Islamic Fintech Report 2021

No. 2

di ASEAN di dalam Global Cybersecurity Index 2020

No. 3

di peringkat global di dalam Kearney’s Global Services Location Index 2021 (Malaysia berada di kedudukan 3 Terbaik dalam Kearney Global Services Location Index sejak tahun 2004)

No. 3

kategori Upper Middle-income di dalam WIPO Global Innovation Index 2021

Setakat 202, MSC Malaysia telah merekodkan

RM 384 billion

Jumlah pelaburan kumulatif

RM588 billion

Jumlah pendapatan

184,030

Jumlah peluang pekerjaan dengan 85% daripadanya ialah pekerja tempatan

Perkhidmatan Kami

Malaysia Digital menawarkan tawaran kompetitif yang boleh memberi manfaat kepada anda dan perniagaan anda, dan ia termasuk:

Status Malaysia Digital (dikenali sebagai Status MSC)

Status Digital Malaysia baharu menawarkan ketangkasan yang lebih besar untuk syarikat digital tempatan dan antarabangsa untuk memilih daripada insentif fiskal dan bukan fiskal yang kompetitif.

MTEP

Program khas untuk usahawan tekno yang ingin memulakan syarikat atau memindahkan syarikat sedia ada ke Malaysia.

e-DFI

Sistem Pengimportan Bebas Cukai (e-DFI) ialah perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk pengimportan peralatan multimedia tanpa cukai

Kemudahan

Temui kemudahan khusus dan program khas kami yang bertujuan untuk memacu inovasi ke tahap yang baharu

eXpats

Temui hab sehenti untuk semua keperluan pekerjaan Pekerja Berpengetahuan Asing (FKW) syarikat anda

SUCCESS STORY

Digital transformation is imperative to stay competitive in business

Inisiatif Kami

Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami segera.

SOALAN LAZIM

Malaysia Digital (MD)is the enhanced and revamped initiative succeeding MSC Malaysia.

This new initiative serves to accelerate Malaysia’s digital economy and create substantial digital economic spill-over through equitable access to digital tools, knowledge and income opportunities.

  1. A new framework centred around three primary components: Agility, Flexibility and Relevance.
  2. New Catalytic Projects:
    • Malaysia Digital Nomad Programme (De Rantau) towards making Malaysia the preferred Digital Nomad Hub.
    • Malaysia Digital Trade towards facilitating Digital Trade within Malaysia and across borders.

MDEC shall make further announcement on the Malaysia Digital (MD) initiatives in due course. Stay tuned.

Existing Malaysia Digital status and benefits thereunder that have been granted will continue to subsist, subject to compliance of existing conditions by the companies/IHL/incubators.

MDEC shall provide further guidelines on the branding and use of Malaysia Digital (MD) logo.

Existing MSC Malaysia Cybercities/Cybercentres/Digital Hubs will continue to provide ready infrastructure for MSC Malaysia Status companies as well as technology related companies.

Kerajaan telah memperkenalkan Malaysia Digital sebagai inisiatif strategik negara untuk menggalakkan dan menarik minat para syarikat, bakat dan pelaburan di samping untuk membolehkan syarikat-syarikat tempatan serta Rakyat untuk memainkan peranan utama dalam ekonomi digital di peringkat global.

  • MSC Malaysia telah diperkenalkan 26 tahun lalu. Dengan perubahan landskap ekonomi, sudah tiba masanya untuk negara kita menyesuaikan diri dengan perubahan trend serta normal baharu.
  • Berdasarkan rangka kerja yang ditambah baik, Malaysia Digital bertujuan untuk terus mengukuhkan keupayaan digital negara dan melonjakkan ekonomi digital menerusi pengenalan serta pelaksanaan pelbagai Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN).
  • Projek-projek berkenaan dijangka akan mengembangkan ekosistem ekonomi digital Malaysia dan meningkatkan unjuran nilai untuk menarik pelaburan digital serta memupuk pertumbuhan sektor teknologi yang memiliki potensi komersial dan ekonomi yang tinggi.
  • Malaysia Digital disokong oleh tiga pertimbangan utama iaitu Fleksibiliti, Ketangkasan dan Relevansi, yang akan membantu membuka ruang yang lebih luas untuk perancangan semasa dan masa depan negara.

Inisiatif Malaysia Digital akan memperkenalkan:

  • Status Malaysia Digital dengan syarat-syarat, tadbir urus dan faedah-faedah yang telah disemak semula serta ditambahbaik.
  • Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN); dua (2) buah program yang telah dikenalpasti, iaitu DE Rantau dan ‘Digital Trade’
  • Usaha penambahbaikan berterusan ke atas projek-projek, program-program dan faedah lain yang sedia ada juga akan diselaraskan di bawah Inisiatif Malaysia Digital untuk memberi manfaat kepada Rakyat, perniagaan dan pelabur.

For more information, kindly refer to: mdec.my/malaysiadigital

Setakat ini, Bidang Tumpuan Malaysia Digital adalah seperti berikut:

  1. Perdagangan Digital
  2. Pertanian Digital
  3. Perkhidmatan Digital
  4. Bandar Digital
  5. Kesihatan Digital
  6. Kewangan Digital
  7. Kandungan Digital
  8. Pelancongan Digital
  9. Ekonomi Digital Islam

 

Nota: Senarai di atas akan disemak dan dikemaskini dari semasa ke semasa

  • Dengan pelancaran inisiatif Malaysia Digital Status Malaysia Digital yang baharu akan diperkenalkan.

 

 

  • Status Malaysia Digital yang baharu ini akan menawarkan fleksibiliti yang lebih komprehensif untuk membolehkan syarikat-syarikat digital tempatan dan antarabangsa untuk memilih senarai tawaran-tawaran yang kompetitif.

 

  • Syarikat dengan Status Malaysia Digital juga mempunyai fleksibiliti untuk beroperasi, berkembang atau melabur di mana-mana lokasi di Malaysia.

Syarikat berstatus Malaysia Digital akan mendapat akses kepada faedah-faedah, termasuk:

  1. Kuota dan pas pekerja berkemahiran asing
  2. Insentif cukai
  3. Akses kepada pasaran dan ekosistem tempatan dan antarabangsa
  4. Duti import peralatan multimedia/ICT dan pengecualian cukai jualan
  5. Agensi pelaksana yang berkuasa sebagai pusat sehenti yang berkesan

*Faedah-faedah ini tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang berkenaan.

Untuk butiran lanjut berkenaan faedah, sila layari pautan DI SINI

Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan penyelesaian dan/atau penyediaan perkhidmatan berkaitan dengan teknologi atau bidang berikut, termasuk:

  1. Teknologi dron
  2. Teknologi blok rantai
  3. Teknologi media kreatif
  4. Perkhidmatan perniagaan global atau proses pengetahuan sumber luar;
  5. Realiti maya, terimbuh dan/atau lanjutan; dan
  6. Teknologi memuncul yang lain

Untuk senarai penuh aktiviti-aktiviti Malaysia Digital, sila rujuk pautan DI SINI

Status Malaysia Digital dibuka kepada syarikat-syarikat yang memenuhi keperluan minima seperti berikut:

  1. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 dan bermastautin di Malaysia; dan
  2. Bercadang untuk menjalankan atau sedang menjalankan satu atau lebih Aktiviti Malaysia Digital

Syarikat perlu mematuhi syarat-syarat berikut dalam tempoh 12 bulan dari tarikh penganugerahan Status Malaysia Digital:

Sila rujuk Garis Panduan Status Malaysia Digital DI SINI

Ikuti langkah permohonan ini untuk memohon status Malaysia Digital anda.

  • MSC Malaysia kini dijenama semula kepada Malaysia Digital (MD). Berikutan itu:
    • Status MSC Malaysia kini dikenali sebagai Status MD; dan
    • Syarikat berstatus MSC Malaysia kini dikenali sebagai Syarikat berstatus MD
  • Keadaan lokasi sedia ada akan diperluaskan ke seluruh negara untuk membolehkan syarikat menjalankan Aktiviti Malaysia Digital di mana-mana lokasi di Malaysia.
  • Status MSC Malaysia yang sedia ada dan faedah-faedah di bawahnya yang telah diberikan akan terus berkuatkuasa, tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat sedia ada.
  • Syarikat berstatus MSC Malaysia sedia ada tidak perlu memohon semula Status Malaysia Digital* dan akan dijenamakan semula secara automatik sebagai syarikat Status Malaysia Digital.

 

Berkuat kuasa mulai 25 Mac 2022:

 

  • Syarikat dibenarkan untuk beroperasi dan menjalankan aktiviti yang diluluskan di mana-mana lokasi di Malaysia.

 

  • Berikutan perkara di atas, keperluan ruang pejabat minimum tidak lagi terpakai untuk Syarikat.

Syarikat boleh mengemukakan permintaan kepada ‘MDEC Client Contact Centre’ (CliC) melalui e-mel di [email protected] untuk mendapatkan sijil digital Status Malaysia Digital yang baharu.

MDEC akan mengeluarkan garis panduan mengenai penjenamaan dan penggunaan logo Malaysia Digital (MD). Sila rujuk mdec.my/malaysiadigital/apply untuk maklumat terkini.

Pejabat Pelaburan Digital (DIO) adalah platform maya kerjasama antara MDEC dan MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) untuk menyelaras dan memudahkan pelaburan digital di Malaysia. MDEC akan meneruskan peranannya sebagai Agensi Penggalakan Pelaburan Digital (IPA) untuk Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari DI SINI