Anda mencari kerjaya yang fleksibel dan ingin menikmati kebebasan tanpa menjejaskan sumber pendapatan?
Program ini akan memberi anda panduan asas untuk menjadi Pekerja Bebas yang berjaya dan menjana pendapatan secara online.

Apakah Global Online Workforce (GLOW)?

Sebuah program nasional yang direka khas untuk membuka jalan bagi rakyat Malaysia untuk menjadi sebahagian dari “Global Online Workforce” dan menjana pendapatan secara bebas.

Daftar    

Memperkasakan anda untuk terus maju dalam kerjaya sebagai pekerja digital bertaraf global

Bebas Kewangan
Jana pendapatan dengan memenangi projek bernilai tinggi dan menjadi bos anda sendiri.
Gaya Hidup Fleksibel
Memperoleh integrasi kerja-kehidupan yang lebih sihat. Luangkan lebih banyak masa untuk diri sendiri, keluarga dan rakan-rakan. Nikmati kebebasan untuk melakukan aktiviti yang penuh bermakna.
Kerjaya Impian
Sebagai seorang pekerja bebas, anda berpeluang untuk memilih pelbagai jenis projek, memperluaskan pengalaman serta kemahiran, bekerjasama dengan klien pilihan dan bekerja di mana-mana sahaja



Laluan Kerjaya Pekerja Bebas

Tahap Permulaan

Freelancer

Mulakan kerjaya anda sebagai Pekerja Bebas dengan membina reputasi cemerlang dan kepercayaan klien melalui platform kerja digital yang sah.

Tahap Berkemahiran

Remote Worker / Digital Nomad

Setelah mahir dalam membina hubungan baik dengan klien, anda digalakkan untuk mempertimbangkan kontrak jangka panjang dan berpeluang untuk bekerja dengan organisasi multinasional sambil menikmati kebebasan lokasi bekerja.

Tahap Tertinggi

Digital Agency / Industry Expert

Di tahap ini, anda boleh membida projek yang lebih besar dan menubuh agensi yang terdiri daripada beberapa orang pekerja bebas. Selanjutnya, anda sudah mencapai tahap penasihat pakar industri untuk klien anda dan memainkan peranan untuk membantu pekerja bebas yang lain untuk berkembang maju.

 

TJUMLAH NILAI PENJANAAN PENDAPATAN
OLEH FREELANCER GLOW sejak Januari 2017 (dikemaskini setiap suku tahun)

RM 172, 278, 799


54651

JUMLAH PESERTA TERLATIH

29525

JUMLAH PESERTA BERPENDAPATAN

PROGRAM KAMI

Program ini sesuai untuk siapa?


Graduan

Profesional

Penganggur

Pekerja Berpengalaman

Orang kurang upaya

Suri rumah

Pesara

Pekerja yang direntikerja sentara

Kami bekerjasama dengan rakan kongsi platform antarabangsa dan tempatan untuk memberi keyakinan kepada para pekerja bebas untuk membida pekerjaan / projek dalam persekitaran digital yang selamat dan terjamin.

Kami menyediakan beberapa ruang kerja untuk kegunaan semua freelancer sebagai ruang kerja mahupun ruang istirehat. Ruang-ruang ini juga akan dipantau oleh pakar-pakar dalam bidang berkait, dalam masa yang sama memberi bimbingan buat frelancer yang mahu meneroka Program GLOW dengan lebih mendalam.

GIG Centres
Kami berkerjasama dengan beberapa buah Universiti terpilih dalam membina satu pusat yang kondusif bagi pelajar untuk mempelajari tentang freelancer dan jalankan kerja-kerja freelance. Seorang pengurus Pusat GIG dilantik dari kalangan Master Trainer bagi memudahkan pembelajaran hands-on di setiap pusat..

Sebagai sebahagian daripada initiatif “Global Inclusion”, program kami berusaha gigih untuk membekalkan impak social kepada komuniti melalui kerjasama dengan kelompok badan bukan kerajaan, orang kurang upaya, wanita, dan remaja


Sebilangan besar syarikat telah mulai memanfaatkan platform freelancing digital kerana ia menawarkan lebih banyak fleksibiliti, ketelusan pengambilan pekerja dan penjimatan kos. MDEC telah membantu Rakan Kongsi Platform untuk bersama-sama membina syarikat-syarikat ini dalam merapatkan jurang tenaga kerja yang diperlukan untuk memenuhi keperluan syarikat.


Bagi membantu bidang freelancer di Malaysia, kami telah bekerjasama dengan beberapa persatuan and badan bukan kerajaan dalam menyediakan “safety net” kepada anda..


Sebahagian daripada inisiatif keterangkuman digital, program kami bermatlamat untuk memberi impak sosial kepada komuniti melalui kerjasama dengan NGO, kumpulan orang kurang upaya, wanita dan para belia.


GLOW

Program asas yang menyediakan panduan untuk menjana pendapatan secara dalam talian sebagai pekerja bebas.

Baca Selanjutnya

Soalan Lazim

1. Bagaimana saya mengambil bahagian dalam program GLOW?

Anda hanya perlu kemahiran hebat anda dan mendaftar pada pautan ini (Link) untuk melengkapkan profil anda.

2. Adakah terdapat yuran yang dikenakan untuk menyertai program GLOW?
Ia adalah percuma untuk menyertai GLOW.
3. Apakah keperluan minimum untuk menyertai program GLOW?
  • Pertama sekali, anda harus celik komputer.
  • Kedua, mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang baik kerana 
anda akan berinteraksi dengan pelanggan antarabangsa
  • Ketiga, memilik set kemahiran khusus yang dikehendaki (Sila rujuk kepada senarai)
  • Yang terakhir dan paling penting sekali adalah komitmen, usaha dan ketekunan anda.
  • 4. Siapa yang menyediakan latihan?
    Tenaga pengajar latihan program GLOW terdiri daripada freelancer yang berpengalaman dan telah berjaya. Mereka juga akan menjadi mentor anda sehingga anda yakin dan berjaya membida projek dalam platform.
    5. Adakah program GLOW menyediakan latihan kemahiran teknikal / khusus?
    Tidak. Kami tidak menyediakan latihan kemahiran teknikal / khusus.
    6. Adakah terdapat had umur unutk menyertai GLOW?
    Program GLOW dibuka kepada individu yang berusia 18 tahun ke atas.
    7. Adakah program GLOW terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja?
    Ya, program GLOW hanya terbuka kepada warganegara Malaysia yang memegang MyKad.
    8. Saya Berjaya menjana pendapatan selepas program GLOW, perlukah saya membayar balik kepada pihak panganjur program?
    Tidak, pendapatan anda adalah hak milik anda. Tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi program GLOW.