Kini semua orang boleh mendapat manfaat daripada ekonomi digital
Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian. Peserta eRezeki akan dipadankan dengan kerja-kerja digital bersesuaian dengan skil masing-masing.
Daftar dengan eRezeki sekarang. Sebaik sahaja anda terlatih dan berkelayakan, akan ada tugas yang sesuai dengan kecekapan anda.
Pendaftaran adalah percuma! Sila daftar sekarang
Skop Kerja

Kerja Digital Mikro
Tugasan Yang Mudah Melibatkan Pemasukan Data, Semakan Dan Pemprosesan Imej Atau Tugasan Yang Tidak Memerlukan Kemahiran Yang Khusus Atau Tahap Kemahiran Yang Tinggi. Walau Bagaimanapun, Ada Juga Beberapa Tugasan Yang Memerlukan Peserta Menjalani Latihan Sebelum Layak Untuk Melaksanakan Tugasan Tersebut.
- Mengisi data ke dalam borang atas-talian
- Menyemak dan memadamkan data yang berulang
- Menyemak dan menentusahkan foto/imej
- Memuat turun dan menguji aplikasi
- Tugasan berkaitan Search Engine Optimization seperti carian atas-talian

Kerja Digital
Kerja Digital adalah sebuah platform atas talian bagi “freelancer” untuk digaji dan dibayar. Individu, perusahaan atau syarikat sendirian berhad boleh mendaftar sebagai “freelancer” di dalam platform kami. Setelah mendaftar, anda boleh meletakkan tawaran ke atas projek / pekerjaan yang berpadanan dengan kemahiran anda. Setelah terpilih bagi projek yang tertentu, anda juga akan dibayar secara atas talian setelah projek itu lengkap. Sebagai “freelancer”, anda bebas bekerja dari mana sahaja atau bila-bila masa yang anda inginkan dan mendapat bayaran dengan jumlah yang telah dipersetujui. Anda tidak akan mengalami tekanan di tempat kerja, dan boleh memilih apa-apa kerja yang berpadan dengan kemahiran dan kepakaran anda.
- Membangunkan laman web
- Membangunkan aplikasi telefon pintar
- Mencipta logo
- Mereka bentuk grafik
- Pengujian perisian
- Transkripsi audio / video
- Menukarkan format dokumen

Kerja Bukan Digital
Tugasan Atau Kerja Yang Tidak Memerlukan Kemahiran Teknikal ICT Seperti Menjalankan Kaji Selidik Menggunakan Borang Pertanyaan, Menjalankan Tugasan Dan Perkhidmatan Domestik, Dimana Tugasan Ini Diberikan Secara Atas Talian, Tetapi Tugasan Itu Perlu Dilakukan Di Luar Rangkuman Atas Talian.
- Melaksanakan bancian rumah ke rumah bagi tujuan kaji selidik
- Melakukan semakan kepada harga barangan
- Kru-kru sambilan acara dan program
- Menjalankan tugasan harian
- Pembaikian paip
- Juruelektrik
- Pembersih premis atau kawasan
Kisah Kejayaan
Tonton untuk ketahui lebih tentang eRezeki dan kisah kejayaan para peserta kami
Rakan Strategik
Tumbuh perniagaan anda dengan mendapatkan petunjuk yang relevan dan disahkan
FAQ
Soalan Lazim