Penerimaan
Ekonomi Perkongsian

Menggunapakai Platform Digital dalam Perkongsian Barangan, Aset dan Perkhidmatan

LAMAN UTAMA | EKONOMI PERKONGSIAN UNTUK PERNIAGAAN

Peranan Kami

Ekonomi Perkongsian Untuk Perniagaan merupakan penyelesaian perusahaan yang utama berdasarkan model perniagaan Ekonomi Perkongsian.

Pendekatan inovatif ini diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di mana kami memudahkan pemadanan penyelesaian perusahaan bagi Ekonomi Perkongsian dengan kerjasama platform-platform Ekonomi Perkongsian Tempatan & Antarabangsa.

LAMAN UTAMA | EKONOMI PERKONGSIAN UNTUK MALAYSIA

Apa itu Ekonomi Perkongsian?

Ekonomi Perkongsian merupakan aktiviti mengakses dan memanfaatkan asset-aset dan barangan yang tidak gunakan serta kemahiran dari orang ramai, melalui platform digital. Istilah popular iaitu ekonomi gig dan ekonomi freelance juga digunakan bersama dengan Ekonomi Perkongsian.

TREND GLOBAL
EKONOMI PERKONGSIAN

Menyumbang
USD2.7 trilion
kepada Ekonomi Global

Ekonomi Perkongsian telah memberikan perubahan pada pelbagai sektor-sektor ekonomi di seluruh dunia contohnya logistik, professional, pelancongan, pengangkutan, kerja-kerja domestik dan kewangan.

Menjelang 2025

Nilai pasaran sektor Ekonomi Perkongsian diunjurkan sebanyak
USD335 bilion

20% daripada Tenaga Kerja Global akan menjadi Pekerja Gig / Freelance

GAMBARAN KESELURUHAN
EKONOMI PERKONGSIAN DI MALAYSIA

Ketika Malaysia sedang menyelami peluang-peluang Ekonomi Perkongsian, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) turut sama memperjuangkan pembangunan Ekonomi Perkongsian di Malaysia dari segi:

Merapatkan jurang penawaran dan permintaan dengan memudahkan pertumbuhan jangka panjang dan sokongan untuk platform-platform Ekonomi Perkongsian.

Memudahkan adaptasi perkhidmatan dan penyelesaian Ekonomi Perkongsian di kalangan perniagaan.

Sejak 2016, hampir 700,000 Rakyat Malaysia
berjaya menjana sebanyak RM1.3 bilion melalui Ekonomi Perkongsian

Ribuan pekerjaan disiarkan melalui platform-platform Ekonomi Perkongsian setiap hari dengan pelbagai tawaran peluang kerja untuk mereka yang mempunyai kemahiran yang diperlukan.

Untuk kerja Digital, orang ramai boleh melakukan pekerjaan ini dari mana-mana sahaja di dunia dan pada bila-bila masa yang mereka mahu.

Kebanyakan peluang kerja yang ditawarkan adalah sesuai untuk rakyat Malaysia yang berbakat / berkemahiran dan mempunyai akses kepada internet yang stabil. Dengan pekerjaan secara sambilan ini, mereka boleh menjana wang tambahan dan dapat mengekalkan kerja tetap mereka.

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENYERTAI EKONOMI PERKONGSIAN?

eRezeki

Program eRezeki membolehkan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugasan-tugasan digital melalui platform crowdsourcing secara atas talian.

GLOW

Guna kemahiran anda untuk mendapatkan pekerjaan freelance bernilai tinggi daripada platform global.

Ekonomi Perkongsian untuk Perniagaan

Tingkatkan perniagaan anda dengan menggunakan model Ekonomi Perkongsian atau memperkukuhkan penjenamaan anda dengan menjadi salah satu platform Ekonomi Perkongsian yang disahkan oleh MDEC.

Jenis-jenis
Ekonomi Perkongsian

Perkongsian Akses untuk Aset

Akses sementara kepada aset fizikal yang dimiliki

Perkongsian Aset Tak Ketara

Kerjasama atau pertukaran aset yang kurang ketara (cth. masa, kemahiran)

Perkongsian Barangan

Barangan terpakai atau pernah digunakan (termasuk barangan yang tahan lama & mudah rosak) diserahkan, ditukar atau dijual

Perkongsian Wang

Membolehkan perkongsian dana pelaburan untuk usahawan, artis, projek, dsb.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI

Platform Ekonomi Perkongsian memudahkan urusniaga antara permintaan pasaran dan penyedia perkhidmatan, iaitu orang ramai (pekerja bebas atau gig dan perniagaan).

$

$

PASARAN

Perniagaan dan isi rumah (pasaran global dan tempatan)

PLATFORM EKONOMI PERKONGSIAN

Memadankan permintaan dan penawaran perkhidmatan, dan mengurus pengedaran, transaksi, kualiti, dsb.

INDIVIDU DAN PERNIAGAAN SEBAGAI PENYEDIA PERKHIDMATAN

SERVIS/ASET

SERVIS/ASET

RAKAN PLATFORM

Perkhidmatan Logistik & Penghantaran
Penghantaran Makanan
Pembantu Peribadi dan Penjaga
Perkhidmatan Kesihatan, Gaya Hidup & Kesihatan
Mencipta Kandungan
Semakan Kandungan
Krew Separuh Masa
Kenderaan & Pengangkutan
Iklan, Promosi & Pemasaran
Perkhidmatan Pelancongan
Perkhidmatan Pembaikian dan Penyelenggaraan
Kerja Kreatif & Proses Perniagaan
Bakat Digital & Professional “freelance”
Pendidikan & Latihan
Perkhidmatan Dropship & Referral
Jualan & Pemasaran

KISAH KEJAYAAN

Resource Centre

Malaysia's Sharing Economy: Are we up to the challenge?

Sharing Economy in Retail and F&B subsectors

Digital Platform Work: How digital access and competencies affect job-seeking

Soalan Lazim

1. Apakah Ekonomi Perkongsian?

Ekonomi Perkongsian adalah berkaitan dengan mengakses dan memanfaatkan aset terbiar, barangan dan kemahiran orang ramai, melalui platform digital. Istilah popular lain yang digunakan bersama-sama Ekonomi Perkongsian termasuk ekonomi gig dan freelance.

2. Apakah Platform Ekonomi Perkongsian?

Platform Ekonomi Perkongsian yang memadankan permintaan pasaran antara pelanggan dan perniagaan dengan penyedia perkhidmatan atau pemilik aset yang merupakan pekerja gig dan pekerja bebas. Platform ini juga menguruskan pengedaran, transaksi dan kualiti perkhidmatan yang disediakan, bagi membolehkan individu bekerja secara jangka pendek dan melaksanakan pelbagai jenis pekerjaan atau tugas dan menerima bayaran untuk perkhidmatan mereka.

3. Siapakah Rakan Kongsi Platform Ekonomi Perkongsian?

Rakan Kongsi Platform Ekonomi Perkongsian adalah platform yang telah disahkan oleh MDEC dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Platform ini disahkan untuk memastikan bahawa perkhidmatan yang disediakan adalah sah, dan pelanggan, pekerja gig dan pekerja bebas yang melanggan dan bekerja di platform ini dilindungi. MDEC telah membina jalinan kerjasama yang kukuh dengan kebanyakan platform Ekonomi Perkongsian yang meliputi pelbagai sektor ekonomi. MDEC menawarkan perkhidmatan kepada Rakan Kongsi Platform ini yang merangkumi akses kepada pekerja gig terlatih dan pekerja bebas; kemudahan pembangunan pasaran; pelbagai bentuk bantuan; program kesedaran dan insentif oleh MDEC dan/atau mana-mana agensi kerajaan atau kementerian lain yang mempunyai sasaran khusus untuk perniagaan Ekonomi Perkongsian dan/atau pekerja gig dan bebas.

Rakan Kongsi Platform membolehkan pekerja gig dan pekerja bebas mengetahui adanya pelbagai jenis pekerjaan dengan pelbagai peringkat pengkhususan. Ini termasuk tugas fizikal seperti memandu untuk perkhidmatan ride-hailing, tugasan dalam talian mudah seperti melengkapkan kajian atau tugas rumit seperti pengaturcaraan untuk animasi.

4. Adakah syarikat saya layak untuk menjadi Rakan Platform Ekonomi Perkongsian?

Platform Ekonomi Perkongsian/ penyedia / pengendali di semua sektor ekonomi yang mempunyai entiti perniagaan berdaftar dan penubuhan yang tetap (entiti perniagaan) di Malaysia boleh memohon dengan mematuhi kriteria wajib berikut:

  1. Entiti undang-undang yang berdaftar dengan SSM dan diperbadankan di bawah Akta Syarikat, 2016.
  2. Menjalankan satu atau lebih jenis Ekonomi Perkongsian yang dipromosikan oleh MDEC.
    • Jenis Ekonomi Perkongsian yang dipromosikan oleh MDEC merujuk kepada aktiviti yang berkaitan dengan salah satu perkara berikut:
      • Perkhidmatan berasaskan aset (akses sementara untuk aset fizikal yang dimiliki)
      • Aset tidak nyata (kemahiran, masa) (bekerjasama atau pertukaran aset yang kurang nyata)
  3. Aktiviti teras perniagaan adalah sebahagian daripada satu atau lebih model Ekonomi Perkongsian yang akan memberi manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti berikut:
    • Kerja Digital Mikro: Tugasan mudah dalam talian yang dapat diselesaikan secara digital dalam beberapa minit dan tidak memerlukan pengalaman atau kemahiran tertentu untuk dilaksanakan.
    • Kerja Bukan Digital: Tugasan yang perlu dilakukan secara fizikal diatas permintaan / perkhidmatan berdasarkan lokasi yang diperolehi secara dalam talian dan mungkin memerlukan kemahiran khusus.
    • Kerja Digital: Kerja professional yang dilakukan secara digital dan memerlukan kemahiran dan kelayakan tertentu. Lazimnya ditawarkan melalui penilaian atau pembidaan.
Anda boleh mendaftarkan permohonan di pautan pendaftaran DISINI
5. Manfaat Sebagai Rakan Platform Ekonomi Perkongsian
  1. Akses Eksklusif
    • Akses kepada pekerja gig & freelancer yang terlatih
    • Penyertaan dalam pelbagai perbincangan & seminar dengan pemimpin industri, agensi kerajaan dan kementerian
  2. Kesedaran Jenama dan Peluang Perniagaan
    • Penyertaan dalam pelbagai program MDEC yang relevan yang boleh meningkatkan penggunaan perkhidmatan platform anda, meningkatkan jumlah pekerja gig dan freelancer di platform anda, seterusnya membantu mengembangkan kesedaran pasaran dan jenama anda.
  3. Kolaborasi dan Sokongan
    • Akses ke pelbagai bentuk sokongan cth. surat kelulusan untuk beroperasi semasa Rancangan Pemulihan Nasional, masalah peraturan dan keperluan lain.
    • Akses ke rangkaian dan mentor Ekonomi Perkongsian untuk syarikat-syarikat permulaan.
6. Apakah eRezeki? Dan bagaimana eRezeki boleh membantu saya menjadi pekerja gig?

eRezeki membolehkan rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana, menjana pendapatan tambahan dengan melakukan tugas atau pekerjaan digital melalui platform gig atau Ekonomi Perkongsian.

7. Bagaimanakah saya mengambil bahagian dalam eRezeki?

Pendaftaran boleh dilakukan di laman web mdec.my/eRezeki. Anda perlu mempunyai alamat e-mel sebelum proses pendaftaran. Selepas pendaftaran, pautan pengesahan akan dihantar ke akaun e-mel anda untuk proses seterusnya. Setelah pautan disahkan, anda akan dapat log masuk ke system eRezeki

8. Apakah Global Online Workforce (GLOW)? Dan, bagaimanakah GLOW boleh membantu saya menjadi seorang Freelancer Digital?

Global Online Workforce (GLOW) akan mengasah kemahiran dan pengetahuan anda sehingga berjaya menjadi freelancer digital. Program ini telah membantu ribuan rakyat Malaysia mendapat dan menjalankan kerja freelancing melalui pelbagai platform digital.

9. Bagaimana saya hendak menyertai GLOW?

Pendaftaran boleh dilakukan di laman web https://mdec.my/ms/glowmalaysia/. Anda merupakan warganegara Malaysia yang berumur 18 keatas dengan penguasaan bahasa Inggeris yang baik dalam pertuturan dan bertulis serta kemahiran asas ICT. Anda juga perlu memiliki set kemahiran khusus yang dikehendaki untuk melaksanakan tugas and.

Hubungi Kami

For General enquiries:
1-800-88-8338 / +603-83153000 (if you are calling from outside of Malaysia)
Email: [email protected]