Digital Up

Insentif Latihan

PELAJARI KEMAHIRAN YANG DAPAT MENINGKATKAN KERJAYA ANDA

Kajian World Economic Forum mendapati bahawa menjelang 2022, 54% pekerja di seluruh dunia memerlukan peningkatan kemahiran atau latihan semula untuk kekal berdaya saing dalam kerjaya mereka

Digital Up merupakan insentif latihan berjumlah sehingga RM1,000.00 per individu untuk pekerja Malaysia menyertai latihan dalam bidang Teknologi Digital. Terdapat lebih dari 60 kursus latihan disini yang telah di sahkan oleh pakar industri.

KENAPA DIGITAL UP?

  • Memastikan pekerja kekal relevan
  • Menggalakkan tenaga kerja Malaysia untuk melatih semula dan meningkatkan kemahiran diri mereka dalam kursus dan program berkaitan Teknologi Digital.

CARA CARA PERMOHONAN

Kelayakan

Pekerja Malaysia berumur 24-50 tahun termasuk pekerja GIG yang mempunyai akaun SOCSO.

Kursus

Terdapat lebih dari 60 kursus Teknologi Digital untuk dipilih.

Permohonan

Setelah permohonan dihantar, notifikasi (lulus/gagal) akan diberikan melalui emel. Ia bergantung kepada kelayakan pemohon. Permohonan awal akan didahulukan.

Tarikh Akhir

Tempat adalah terhad. Tarikh tutup adalah 31hb Oktober 2022.

Digital Up kini dibuka untuk permohonan. Ini adalah peluang anda untuk mendapatkan insentif latihan dan menjadi mahir/kemahiran dalam kursus Teknologi Digital.

KURSUS-KURSUS PENGENDALI LATIHAN

Generated by wpDataTables

RAKAN KONGSI KAMI

SOALAN LAZIM

Digital Up adalah insentif latihan untuk menggalakkan pekerja Malaysia untuk meningkatkan/memperbaharui  kemahiran melalui kursus Teknologi Digital yang disenaraikan dalam Direktori Kemahiran Digital.

Melalui insentif Digital Up, subsidi sebanyak RM1,000.00 per individu diberikan untuk yuran latihan.

  • Warganegara Malaysia yang bekerja dan berumur antara 24-50 tahun (termasuk pekerja Gig dengan akaun PERKESO yang sah).
  • Memenuhi kriteria dan pra-syarat kursus Latihan Teknologi Digital yang dipilih.
  • Latihan tidak dibayar melalui levi HRD
  • Bukan kakitangan/pengarah lembaga pengarah atau pekerja MDEC.
  • Belum menerima dan/atau menuntut insentif kemahiran semula dan/atau peningkatan kemahiran lain daripada Kerajaan untuk tahun 2022.

Insentif ini layak digunakan untuk kursus di bawah Work & Learn di dalam dalam Direktori Kemahiran Digital.

Jumlah maksimum insentif adalah RM1,000.00. Peserta perlu membayar baki yuran sekiranya yuran latihan melebihi RM1,000.00

Tidak. Setiap peserta hanya boleh memohon 1 kursus sahaja di bawah Digital Up.

Tidak. Insentif ini akan dikreditkan kepada penyedia latihan untuk yuran latihan.

Sijil tamat latihan akan diberikan oleh penyedia latihan.

Tidak. Baki yuran tidak boleh dibayar menggunakan levi HRD. Tujuan utama Digital Up adalah untuk menbantu syarikat kecil dan juga pekerja GIG yang tidak mempunyai akses kepada levi HRD.

Pekerja/pekerja GIG boleh memohon di SINI sebelum 31 Oktober 2022. Pendaftar awal akan didahulukan.

Status permohonan akan dimaklumkan melalui email oleh penyedia Latihan.

Status permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja selepas borang permohonan yang lengkap dihantar.

Tidak, majikan/syarikat tidak boleh mengemukakan bagi pihak individu/peserta. Semua pembayaran dan invois akan berada di bawah butiran peserta/pelatih.

Peserta perlu mengemukakan:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Surat tawaran kerja ATAU Slip gaji terkini ATAU nombor SOCSO.

Peserta boleh mula menghadiri latihan selepas penyedia latihan telah memuktamadkan jadual latihan. Latihan mesti diselesaikan antara Julai 2022 hingga Oktober 2022.

Tarikh akhir adalah pada 31 Oktober 2022, tertakluk kepada peruntukan yang ada.