KERAJAAN BANTU PENDIGITALAN PKS TEMPATAN, SAHUT CABARAN RENTAS SEMPADAN

Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Inggeris / Scroll down for English version

Tulang belakang ekonomi negara iaitu sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan terus diberi fokus istimewa oleh kerajaan.

Terbaharu, satu inisiatif pendigitalan PKS melibatkan kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan SME Bank telah mula dilaksanakan.

Sektor PKS sangat penting kepada ekonomi negara berdasarkan pertumbuhan nilai eksport kepada RM171.9 bilion pada 2018 berbanding RM166.2 bilion pada tahun sebelumnya seperti diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia.

MDEC telah mengambil langkah untuk membantu PKS tempatan muncul juara dalam bidang ekonomi pada peringkat global menerusi penawaran produk, perkhidmatan, kepakaran dan teknologi Malaysia yang bertaraf dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri berkata,  “MDEC membantu PKS berpandukan tiga teras utama iaitu memacu penerapan penggunaan teknologi digital di kalangan rakyat; pembangunan bakat dan kemahiran digital yang mampu memenuhi kehendak industri; dan menggalakan perniagaan digital serta pelaburan digital”.

Teknologi digital dapat dimanfaatkan oleh perniagaan untuk meningkatkan operasi, pengeluaran dan daya saing terutama bagi PKS.

Menurut Surina, “Pendigitalan perniagaan menjadi keperluan penting pada masa kini kerana ia boleh meningkatkan produktiviti. Melalui pendigitalan, penggunaan sumber akan menjadi lebih cekap serta  akses kepada maklumat dan capaian pasaran adalah lebih mudah dan meluas.”

“Pada masa sama, peningkatan produktiviti melalui teknologi digital sangat penting kepada PKS untuk terus berkembang. Namun demikian, penggunaan teknologi dan aplikasi dalam talian masih oleh PKS masih kurang walaupun mempunyai sambungan internet dan akses  jalurlebar. Faktor ini sekaligus menyebabkan PKS mempunyai capaian yang terhad kepada bakal pelanggan dan keadaan ini harus diubah memandangkan kita kini berada dalam era Revolusi Perindustrian 4.0 dan IoT. Sehubungan itu, usahawan PKS tidak boleh ketinggalan dalam aspek ini,” katanya.

MDEC sebenarnya bukan baru setahun jagung membantu usahawan PKS kerana sebelum ini pelbagai inisiatif telah dilaksanakan dalam mendigitalkan usahawan berkenaan.

Pada Oktober tahun lepas, MDEC telah bekerjsama dengan pihak Kerajaan negeri Kedah  menerusi program ‘100 Go Digital’ di Langkawi yang menyasarkan pemilik perniagaan kecil di pulau pelancongan berkenaan untuk menggunakan aplikasi teknologi digital dalam perniagaan masing-masing. 

Empat bulan berlalu, kumpulan usahawan berkenaan mula berubah apabila terdapat di kalangan mereka telah menggunakan aplikasi pembayaran tanpa tunai iaitu e-dompet. 

Perkembangan ini akan memudahkan pelanggan mereka terutamanya pelancong asing. Selain itu, pemilik perniagaan PKS di sana juga mula meneroka platform digital bagi meluaskan lagi promosi perniagaan seperti dilakukan Mega Water Sports yang mendapati 80 tempahan dibuat secara dalam talian selain 100 peratus kaedah pembayaran digital.

Melalui program e-Usahawan juga, para usahawan telah mendapat manfaat daripada inisiatif MDEC ini. 

Bermula daripada penjual kacang, pengusaha kek lapis Sarawak mahupun perniagaan kraf tangan kecil-kecilan yang diusahakan usahawan Orang Asli di Rembau, Negeri Sembilan turut menerima ‘sentuhan’ MDEC bagi merevolusikan perniagaan mereka. Apa yang membanggakan, usahawan Orang Asli berkenaan yang pada mulanya hanya menjual cenderahati kini melebarkan perniagaannya apabila membuka chalet berhampiran bengkelnya yang kini telah mendapat mula dikunjungi pelancong dari Mexico, Jerman, Korea Selatan dan Australia. 

Berdasarkan maklum balas, pengusaha Kek Lapis Siti Payung yang merupakan “alumni digital adoption” MDEC, kini telah memasuki pasaran Singapura, Brunei dan kini dalam proses mendapatkan lesen untuk mengedarkan produk mereka ke China.

Kerajaan mempelawa syarikat – syarikat PKS yang berteraskan teknologi memohon untuk menjadi Technology Solution Provider (TSP) di bawah inisiatif pendigitalan PKS. Dengan Geran Padanan Digital PKS, kerajaan berharap untuk memantapkan penggunaan aplikasi digital dalam operasi perniagaan PKS tempatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Geran Padanan Digital PKS, layari laman web MDEC.


GOVERNMENT ASSISTS THE DIGITISATION OF SME LANDSCAPE, ACKNOWLEDING CROSS-BORDER CHALLENGES

The backbone of the country’s economy, the Small and Medium Enterprises (SMEs) sector, continues to be given special focus by the government.

The SME sector is crucial to the country’s economy, based on the export value growth of RM171.9 billion in 2018 compared to RM166.2 billion the previous year as announced by the Department of Statistics, Malaysia.

MDEC has taken steps to help local SMEs make a mark in the global economy by offering world-class Malaysian products, services, expertise and technology.

MDEC’s Chief Executive Officer Surina Shukri said, “MDEC is helping SMEs with the three main objectives of driving the adoption of digital technology among the people; developing talent and digital skills to meet the needs of the industry; and promoting digital business and digital investment. ”

Digital technology can be leveraged by businesses to improve operations, production and competitiveness, especially for SMEs.

According to Surina, “Business digitisation is an important necessity today as it can increase productivity. Through digitisation, resource utilisation becomes more efficient, and information- as well as market-access are easier and broader. ”

 “At the same time, increasing productivity through digital technology is critical for SMEs to continue to grow. However, the use of technology and online applications by SMEs is still low despite available internet connection and broadband access. These factors at the same time cause SMEs to have limited access to potential customers. This has to change as we are now in the era of the Industrial Revolution 4.0 and IoT. In this regard, SME entrepreneurs should not miss out,” she stresses.

MDEC is not new to developing or implementing initiatives to digitise SME entrepreneurs. 

In October last year, MDEC partnered with the Kedah state government through the ‘100 Go Digital‘ programme in Langkawi which targeted small business owners on the island  known for its tourism-focus, to use digital technology applications in their businesses.

Four months later, the local entrepreneurs began using cashless payment applications, i.e. e-wallets. Programmes such as these simplify transactions for customers, especially the foreign tourist customer base. In addition, SME business owners there have started exploring digital platforms to expand their business promotions. Such example is Mega Water Sports in Langkawi. Within months of joining the 100 Go Digital programme, they managed to grow 80% of their customers acquisition from online business.

Separately, the eUsahawan programme by MDEC has also benefited entrepreneurs. As an example, a group of entrepreneurs from Negeri Sembilan has experienced its digitisation advantage. Via the eUsahawan programme, the ‘Orang Asli’ community from Rembau, Negeri Sembilan was able to revolutionise their business. Starting from a small business selling souvenirs, they have now started a chalet business with multitude visitors from Mexico, Germany, South Korea and Australia.

Recently, the Malaysian Government opened an invitation to technology-based SME companies to become Technology Solution Providers (TSP) under its SME digitisation initiative. A collaboration between Bank Simpanan Nasional (BSN), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), and SME Bank has recently been put into effect to support business digitalisation for SMEs. Through the SME Business Digitalisation grant , the government hopes to enhance the use of digital applications in local SME business operations.

For more information on SME Business Digitalisation grant , visit the MDEC website.

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.