LITAR MORAC ADVENTURE LANGKAWI SAHUT CABARAN 100 GO DIGITAL

Suasana petang di Jalan Pantai Cenang, Langkawi dibingitkan dengan bunyi deruman perlumbaan kenderaan go-kart oleh sekumpulan pelancong asing di Morac Adventure Park.

Kelompok berkenaan kelihatan saling memotong satu sama lain dan menjerit kegirangan tanda kepuasan.

Dari jauh kelihatan seorang lelaki sedang tekun memantau aktiviti dan sesekali berkomunikasi dengan beberapa petugas di situ.

Selepas memperkenalkan diri, penulis mula bertanya tentang litar berkenaan yang disifatkan sebagai antara tarikan terbaharu di pulau lagenda itu.

Shane Lim, Penolong Pengurus Pemasaran nyata teruja apabila ditanya tentang litar lumba yang diuruskannya.

Katanya, litar berkenaan mempunyai sejarah panjang apabila telah wujud sejak 20 tahun lalu namun kini di bawah pengurusan baharu, pengubahsuaian dilakukan untuk memenuhi keperluan semasa.

“ Ia merupakan litar pertama di Asia Tenggara dengan teknologi Sodi SR4 yang dibawa dari Perancis,”  katanya ketika di temui baru-baru ini.

Sebenarnya, Shane merupakan salah seorang peserta kursus 100 Go Digital anjuran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama-sama  Langkawi Development Authority (LADA) dan Majlis Perbandaran Langkawi yang bertujuan untuk membantu pemilik perniagaan mengaplikasikan teknologi digital dalam urusan mereka.

Shane berkata, selepas kursus itu, mereka mula memberi fokus untuk mendigitalkan perniagaan bagi menarik lebih ramai pelanggan terutamanya pelancong asing.

“ Hampir 85 peratus pengunjung litar ini terdiri daripada pelancong asing dan kami menyedari kepentingan promosi menerusi medium digital,” katanya.

Mengulas lanjut, Shane berkata, antara yang diberi perhatian termasuklah penggunaan Google Ads dan Trip Advisor yang diakui memainkan peranan besar untuk mencari segmen pelanggan baharu.

“ Pada masa sama, kami bercadang untuk lebih aktif membuat kemaskini dengan memuat naik video di Facebook dan Instagram,” katanya.

#BinaBersama #100GoDigital #Langkawi

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.