JOM

Kehidupan seharian lebih mudah dengan kemahiran digital dan jana pendapatan tambahan menerusi ekonomi digital.

APA ITU
#SAYADIGITAL?

Gerakan #SayaDigital bertujuan meningkatkan kemahiran digital rakyat Malaysia dalam mendepani ekonomi digital. Dengan memacu masyarakat digital, #SayaDigital dapat mewujudkan kesedaran dalam teknologi digital, gaya hidup pintar dan peluang sama rata kepada masyarakat di bandar dan luar bandar Malaysia

OBJEKTIF

Mencetuskan kesedaran terhadap teknologi digital dan seterusnya mendedahkan rakyat kepada pelbagai inisiatif dan program ekonomi digital yang sedia ada bagi meningkatkan sosio-ekonomi.
Meningkatkan tahap kesediaan rakyat dalam penggunaan dan penguasaan teknologi digital dalam kehidupan harian.