Malaysia Sebagai Destinasi Nomad Digital Anda Yang Seterusnya.

Malaysia Sebagai Destinasi Nomad Digital Anda Yang Seterusnya.

Apa itu DE Rantau?

Program DE Rantau bertujuan untuk mewujudkan Malaysia sebagai hab nomad digital pilihan di ASEAN sambil meningkatkan penggunaan digital dan mempromosikan mobiliti profesional digital dan pelancongan di seluruh negara.

Program DE Rantau akan memanfaatkan kedua-dua bakat tempatan dan nomad asing melalui penciptaan ekosistem bertenaga yang menyokong nomad digital. Nomad digital boleh mengembara dan bekerja dari jauh merentasi pelbagai lokasi di Malaysia, sambil mempunyai akses kepada sambungan jalur lebar yang stabil dan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain yang menyokong gaya hidup nomad.

Tumpuan Utama DE Rantau

Kelengkapan hab nomad digital
Komuniti nomad digital dan ekosistem sokongan
Pas Nomad DE Rantau untuk nomad digital warga asing yang berkelayakan

Kami Mengalukan Semua Jenis Nomad!

Nomad Digital Warga Asing

Malaysia mengalu-alukan bakat profesional digital dari seluruh dunia untuk menyertai program DE Rantau. MDEC menyediakan pelbagai kemudahan kepada nomad digital seperti pas lawatan khas, hab-hab nomad tersedia serta perkhidmatan dan kemudahan khas yang memberikan pengalaman nomad yang terbaik dan produktif di seluruh negara.

DE Rantau dapat menyediakan pengalaman nomad digital terbaik untuk anda

Nomad Digital Tempatan

Kami menggalakkan para profesional digital warga Malaysia untuk menyertai program DE Rantau, di mana MDEC menyediakan pelbagai kemudahan kepada nomad digital seperti hab-hab nomad tersedia serta perkhidmatan dan kemudahan khas yang memberikan pengalaman nomad yang terbaik dan produktif di seluruh negara.

Dapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana DE Rantau boleh meningkatkan gaya hidup nomad anda.

Rakan Kongsi DE Rantau

Sertai Sebagai Rakan Kongsi Hab Kami

Berminat untuk menjadi hos kepada nomad digital? Sertai kami dan dapatkan pensijilan Hab DE Rantau untuk penginapan anda!

SOALAN LAZIM

  • DE Rantau berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Nomad Digital pilihan untuk meningkatkan penggunaan digital dan menggalakkan mobiliti profesional digital serta pelancongan di seluruh Malaysia.
  • Ia bertujuan untuk memberi manfaat kepada bakat-bakat tempatan dan nomad asing melalui penciptaan ekosistem bertenaga yang boleh menyokong nomad digital untuk mengembalikan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.
  • Penubuhan Hab DE Rantau merupakan penginapan sedia ada yang diperakui akan memberi manfaat kepada penyedia dan pemilik penginapan tempatan, sekali gus membantu pemulihan ekonomi sektor pelancongan.
  • DE Rantau merupakan salah satu Program Mangkin Malaysia Digital (PEMANGKIN) di bawah Malaysia Digital (MD), bertujuan mengubah keupayaan digital dan merancakkan ekonomi digital negara.

Nomad Digital melakukan kerja dari jauh secara bebas tanpa terikat dengan syarikat atau lokasi tertentu, dan menjalani gaya hidup nomad dengan mengembara dari satu negara ke negara lain untuk mendapatkan peluang pekerjaan, pendedahan, kandungan dan pengalaman.

Sila semak kriteria dan syarat kelayakan mengikut kategori anda - Nomad Tempatan atau Nomad Asing, dan teruskan dengan permohonan anda.​ Sila hubungi kami sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.​

Tiada bayaran dikenakan untuk menjadi ahli DE Rantau. Walau bagaimanapun, bayaran untuk permohonan pas nomad/ visa dikenakan.

Ahli DE Rantau layak mendapat akses kepada faedah yang disediakan untuk nomad digital seperti hab hidup sedia nomad dan bekerja, perkhidmatan tempatan yang dipilih sendiri, baucar diskaun, maklumat terkini dan promosi.

Kami mengalu-alukan mana-mana penyedia perkhidmatan yang boleh membawa manfaat kepada nomad digital Hab DE Rantau. ​Hubungi kami melalui e mel [email protected]

  • Pas Nomad DE Rantau adalah sejenis Pas Lawatan Ikhtisas (PLIK) yang baharu direka bagi membolehkan nomad digital warga asing yang berkelayakan untuk melancong dan bekerja di Malaysia sehingga tempoh 12 bulan yang mana pas ini boleh diperbaharui selama satu (1) tahun lagi.
  • Pemegang pas utama dibenarkan membawa pasangan dan anak-anak mereka.
  • Permohonan bagi mendapatkan Pas Nomad DE Rantau kini dibuka! Sila pilih kategori Nomad Digital Warga Asing di atas atau layari https://mdec.my/derantau/foreign/ untuk mendaftar.

Hab DE Rantau ialah penginapan sedia nomad yang telah disahkan dan diperakui oleh MDEC berdasarkan kriteria hab DE Rantau untuk memenuhi gaya hidup nomad yang aktif dan dinamik.

Anda boleh mencari senarai di laman web DE Rantau dan dengan menggunakan Platform DE Rantau untuk mencari hab berdekatan berdasarkan lokasi anda. Rakan kongsi Hab DE Rantau kami juga akan menampilkan senarai hab DE Rantau di laman web mereka.

Setelah menerima permohonan anda, rakan kongsi DE Rantau Hub kami yang dilantik akan menilai premis anda berdasarkan kriteria kami, dan terus mengesahkan dan memperakui premis tersebut sebagai DE Rantau Hub.

  • Semua penginapan yang telah diperakui akan disenaraikan di laman mikro Hab DE Rantau dan akan berpotensi mendapat manfaat daripada peningkatan pendedahan kepada nomad tempatan dan asing.
  • Pemilik penginapan akan layak menerima insentif dan baucar serta peluang menyertai kempen yang disediakan melalui program DE Rantau.​

Kami mengalu-alukan rakan kongsi ekosistem yang menyediakan perkhidmatan dalam bidang perjalanan, penginapan, pelancongan, pengangkutan, e-dagang, e-pembayaran dan perkhidmatan lain yang memfokuskan pada mobiliti dan memudahkan gaya hidup nomad digital.

DE Rantau menyediakan akses kepada ekosistem penuh yang merangkumi hab menampung, perkhidmatan tempatan daripada perjalanan, pelancongan, pengangkutan, e-dagang, e-pembayaran, perkhidmatan lain.