CABARAN PENCIPTA KANDUNGAN DIGITAL (DC3)

Cabaran Pencipta Kandungan Digital (DC3) dahulunya dikenali sebagai “Cabaran Pencipta Harta Intelek” (IPCC)

Objektif DC3

  1. Untuk mencipta lebih banyak kandungan berkualiti yang boleh dibangunkan, dipamerkan atau dipasarkan di peringkat serantau dan global

  2. Untuk menggalakkan dan memupuk bakat baharu dalam mengubah idea mereka menjadi realiti

  3. Untuk menarik pembangun kandungan kreatif untuk menghasilkan idea dan cerita yang lebih hebat dan

  4. Untuk menyediakan platform untuk penyiar tempatan dan serantau untuk mencari kandungan yang baik untuk saluran mereka

Apakah DC3

Platform untuk bakat tempatan mengasah kreativiti mereka dan mempercepatkan pembangunan kandungan digital kreatif.

Ia adalah program berasaskan pertandingan yang direka untuk membantu pencipta kandungan untuk membina dan menghasilkan kandungan digital bertaraf dunia dan menambah penciptaan Harta Intelek.

Pemenang yang dipilih daripada Pertandingan DC3 akan menerima wang hadiah untuk membangunkan kandungan kreatif digital mereka dan menerima sokongan daripada pakar-pakar di dalam industri melalui program mentor.

Bertujuan untuk menjadi salah satu pemangkin kepada bakat tempatan untuk menembusi pasaran tempatan dan global

Kategori Projek

Komik Digital

Tempoh projek sehingga 6 bulan

Pemenang berpeluang untuk mendapat sehingga RM25,000 untuk menyiapkan Antologi Komik/Komik Digital yang lengkap (Min. 50 halaman berwarna atau min. 128 jalur komik digital berwarna/komik web).

Animasi

Tempoh projek sehingga 8 bulan

Pemenang berpeluang mendapat sehingga RM100,000 untuk menyiapkan Filem Animasi Pendek, Episod Perintis atau Treler Sizzle.

Permainan Digital

Tempoh projek sehingga 10 bulan

Pemenang berpeluang mendapat sehingga RM100,000 untuk menyiapkan permainan digital sedia komersial yang telah siap

Proses DC3

Pembukaan Penyertaan

Semua penyertaan hendaklah dihantar melalui atas talian MDEC di selewat-lewatnya pada tarikh yang ditetapkan

Pra Saringan

Selepas penyertaan ditutup, pemeriksaan terperinci akan dijalankan ke atas permohonan yang diterima.

Sesi Pembentangan

Penyertaan yang layak akan dijemput untuk menghadiri sesi pembentangan untuk membentangkan idea projek mereka kepada panel hakim DC3 yang dilantik.Keputusan penyertaan yang berjaya dan tidak berjaya akan dimaklumkan kepada pemohon menerusi emel selepas sessi pembentangan.

Sesi Bimbingan

Pemenang diberi tempoh enam (6) hingga sepuluh (10) bulan bergantung kepada kategori untuk menyiapkan projek mereka. Dalam tempoh tersebut, pemenang-pemenang hendaklah menjalani program bimbingan wajib bersama mentor terpilih. Pemenang-pemenang dan mentor akan bertemu setiap bulan mengikut jadual yang ditetapkan oleh MDEC.

Pembayaran

Proses pembayaran wang hadiah adalah berdasarkan kepada pencapaian kemajuan, penyerahan lengkap dan pencapaian hasil yang memuaskan yang disahkan oleh mentor. Pemenang akan dimaklumkan menerusi emel setelah pembayaran dibuat oleh MDEC.

Sertai DC3 Sekarang

Tonjolkan karya kandungan digital anda yang terkini dan jadi sebahagian dari program ke industri dengan sokongan dari MDEC

Sorotan Projek

Kriteria Kelayakan

DC3 Timeline

Mei - Jun 2022
Jun - Julai 2022
Julai 2022
Ogos 2022
September 2022
September 2022 - June 2023

MOHON SEKARANG SEBELUM TARIKH TUTUP 15 JUN 2022, 6 PETANG

Jangan lepaskan peluang untuk memohon sebelum tarikh tutup. Klik pautan di bawah untuk mendaftar dan hantar permohonan anda.

SOALAN LAZIM

Cabaran Pencipta Kandungan Digital (DC3) [dahulunya dikenali sebagai “ Cabaran Pencipta Harta Intelek” (IPCC)] adalah sebuah platform yang disediakan untuk bakat tempatan mengasah kreativiti mereka dan mempercepatkan pembangunan kandungan digital kreatif.

Penciptaan projek kandungan kreatif yang boleh dikomersialkan dan dipamerkan dengan sokongan dan bantuan daripada pakar industri melalui program bimbingan.

Digital Content Creators Challenge Terdapat tiga (3) kategori seperti berikut:

a) Komik Digital – Ini termasuk:

Komik cerita penuh
Antologi Komik

*Antologi Komik – Berbilang series/cerita

b) Kategori B: Animasi

Siri Animasi
Animasi pendek

c) Kategori C: Permainan Digital

a. Syarikat:


Diperbadankan di Malaysia
tidak melebihi
Lima (5) tahun di bawah Akta Syarikat 1965 atau Akta Syarikat 2016.


Aktif dan sekurang-kurangnya 51% ekuiti dipegang oleh rakyat Malaysia mengikut
struktur pegangan saham dalam SSM.
Tidak tertakluk kepada pembubaran/penggulungan/kebankrapan.
Bukan pemenang di bawah mana-mana kategori Cabaran Pencipta Kandungan Digital
pada tahun sebelumnya; tempoh penyejukan adalah dua (2) tahun untuk menyertai semula pertandingan.

Tidak mempunyai masalah dan/atau tidak aktif
ATAU

b. Perniagaan/Enterprise/Pemilik Tunggal/Perkongsian:

Didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau Ordinan Pelesenan Perdagangan 1948 (Sabah) atau Ordinan Pelesenan Perniagaan, Profesion dan Perdagangan (Sarawak) tidak lebih daripada Sepuluh (10) tahun.
Aktif dan sekurang-kurangnya 51% ekuiti dipegang oleh rakyat Malaysia mengikut struktur pegangan saham dalam SSM.
Bukan pemenang di bawah mana-mana kategori Cabaran Pencipta Kandungan Digital pada
tahun sebelumnya; tempoh penyejukan adalah dua (2) tahun untuk menyertai semula pertandingan.
Tidak tertakluk kepada pembubaran perniagaan/perusahaan/pemilik tunggal/perkongsian
dan/atau berhenti menjalankan perniagaan sebagai usaha berterusan

ATAU

c. Perkongsian Liabiliti Terhad

Didaftarkan di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012 untuk sekurang-kurangnya Satu (1) tahun dan tidak melebihi Sepuluh (10) tahun.
Aktif dan sekurang-kurangnya 51% ekuiti dipegang oleh rakyat Malaysia mengikut struktur pegangan saham dalam SSM.
Bukan pemenang di bawah mana-mana kategori Cabaran Pencipta Kandungan Digital pada
tahun sebelumnya; tempoh penyejukan adalah dua (2) tahun untuk menyertai semula pertandingan.
Tidak tertakluk kepada pembubaran perkongsian dan/atau berhenti menjalankan perniagaan sebagai usaha berterusan
  • Penyertaan yang berjaya bakal memenangi wang hadiah seperti berikut:
  • Komik Digital – Sehingga RM25,000
  • Animasi - Sehingga RM100,000
  • Permainan Digital – Sehingga RM100,000

*Nota: Hadiah ditetapkan oleh penilaian para juri bergantung kepada pernilaian project dan bajet yang masih ada.

Durasi projek adalah seperti berikut:

  • Komik Digital – Sehingga 6 bulan
  • Animasi – Sehingga 8 bulan
  • Permainan Digital – Sehingga 10 bulan

Pertandingan ini dibuka dari 10 May sehingga 15 Jun 2022.



MDEC akan mempromosikan DC3 di laman web korporat dan platform media sosial
MDEC dengan pautan ke borang permohonan dalam talian
.
Peserta yang berminat boleh melayari https://mdec.my/DC3 untuk maklumat lanjut.
Pemohon hendaklah melengkapkan borang permohonan DC3 dan menyerahkan borang
permohonan bersama-sama dengan dokumen sokongan yang diperlukan.

  • Pembangunan dan produksi kandungan kreatif digital (Komik Digital/
    Animasi/Permainan Digital)dan
  • Projek/aktiviti lain yang dikenal pasti dan disyorkan oleh mentor DC3 (jika ada). Dan/atau
  • Wang Hadiah yang dimenangi juga boleh digunakan untuk menjalankan pemasaran dan promosi kandungn kreatif digital (Komik Digital/Animasi/Permainan Digital).
  1. Penganjur akan memaklumkan kepada peserta melalui emel mengenai tarikh dan masa mengikut kategori.
  2. Setiap peserta-peserta akan diberi masa selama 10 minit untuk membentangkan projek mereka dan 10 minit lagi untuk sesi soal jawab.
  3. Projek akan dinilai oleh ahli panel yang dilantik terdiri daripada pakar
    industri, penyiar atau penerbit
Pemenang-pemenang dan mentor akan bertemu setiap bulan untuk membincangkan kemajuan Kerja masing-masing mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak MDEC seperti berikut:
 

Keputusan rasmi akan dimaklumkan oleh pihak penganjur melalui email setelah selesai sesi pembentangan bagi semua kategori.