JAWATANKUASA EKSEKUTIF

TEMUI PASUKAN KAMI

Lembaga Pengarah disokong oleh Jawatankuasa Eksekutif MDEC yang diketuai oleh Mahadhir Aziz. Kumpulan ini membawa pengalaman luas dan pengetahuan industri dalam bidang masing-masing dan secara kolektif bertanggungjawab untuk melaksanakan dan menyampaikan objektif pembangunan industri dan transformasi digital.

MAHADHIR AZIZ

Ketua Pegawai Eksekutif

Sebelum pelantikan ini, Mahadhir Aziz adalah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise sejak ia ditubuhkan pada 2017. Futurise, anak syarikat Cyberview sepenuhnya, merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang diberi mandat untuk mengawal selia Sandbox Negara (National Regulatory Sandbox (NRS)

MAHADHIR AZIZ

Ketua Pegawai Eksekutif

Sebelum pelantikan ini, Mahadhir Aziz adalah pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise sejak ia ditubuhkan pada 2017. Futurise, anak syarikat Cyberview sepenuhnya, merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang diberi mandat untuk mengawal selia Sandbox Negara (National Regulatory Sandbox (NRS)

Merupakan antara pemimpin yang diiktiraf industri, Mahadhir mempunyai rekod pencapaian lebih daripada 20 tahun dalam pelbagai industri termasuk Perkhidmatan Kewangan, Tenaga (Minyak dan Gas), Teknologi Maklumat dan Media, selain turut berkhidmat dalam organisasi global dan tempatan terkemuka seperti Deloitte Consulting, Kodak, PETRONAS dan AmInvestment Bank.

Beliau sebelum ini merupakan pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Futurise sejak penubuhannya pada tahun 2017, iaitu anak syarikat milik Cyberview, sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan yang berperanan untuk memacu Sandbox Pengawalseliaan Nasional (NRS). Pada Mac 2020, Mahadhir telah dipilih untuk menjadi sebahagian daripada pasukan pengasas Agensi Pelaksana Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (LAKSANA) di bawah Kementerian Kewangan.

Dilantik sebagai Pengurus Besar di Cyberview pada tahun 2015, beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan Rangka Kerja Hab Teknologi Global Cyberjaya dan proses pelaksanaannya. Antara projek transformasi digital dan teknologi utama yang beliau telah berjaya lancarkan ialah penubuhan Majlis Inovasi Bandar untuk menguruskan pelaksanaan Bandar Pintar termasuklah program Cyberjaya Tanpa Tunai.

Mahadhir turut berkhidmat dalam pelbagai jawatankuasa seperti Panel Penasihat Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Panel Kawal Selia Industry4WRD Malaysia di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Mahadhir telah mempengerusikan pelbagai jawatankuasa strategik dengan memberi fokus kepada pembangunan dan peraturan berkaitan Teknologi Masa Depan Malaysia, termasuk sebagai Panel Penasihat Kawal Selia Sandbox Negara (NRS). Mahadhir juga terlibat dalam pelbagai jawatankuasa termasuklah

Di peringkat global, Mahadhir telah mewakili Malaysia di Forum Ekonomi Krasnoyarsk (2015 – Forum Ekonomi Dunia cawangan Rusia), Kongres Dunia Bandar Pintar (2016-2018) di Barcelona (di mana beliau telah diiktiraf sebagai salah satu pemimpin pemikir global dalam inisiatif bandar pintar), Forum Transformasi Global (2017) dan Forum Bandar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2018), di mana beliau  telah dijemput menjadi ahli panel Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

 

Mahadhir sangat komited dalam membangunkan komuniti dan masyarakat setempat. Contohnya, beliau telah melakukan kerja secara pro-bono untuk Institut Pengurusan Projek (PMI) di mana beliau menjadi Penyemak dan Penyumbang Kandungan untuk Badan Pengetahuan Pengurusan Projek (PMBOK), yang telah menjadi panduan kepada semua pengurus projek yang diiktiraf PMI (Pengurusan Projek Profesional – PMP) di seluruh dunia.

 

Beliau juga aktif dalam sistem pendidikan Malaysia, dan menyertai pelbagai program sukarela daripada bidang sastera dan STEM di peringkat universiti dan sekolah menengah.

 

Mahadhir memegang Ijazah Muda Sains Komputer daripada Lakehead University dengan minor dalam Perniagaan dan beliau juga berdaftar dengan Lembaga Ahli Teknologi Malaysia (MBOT).

Mahadhir telah mempengerusikan pelbagai jawatankuasa strategik dengan memberi fokus kepada pembangunan dan peraturan berkaitan Teknologi Masa Depan Malaysia, termasuk sebagai Panel Penasihat Kawal Selia Sandbox Negara (NRS). Mahadhir juga terlibat dalam pelbagai jawatankuasa termasuklah Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Panel Peraturan Industry4WRD Malaysia di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

 

Di peringkat antarabangsa, Mahadhir telah mewakili Malaysia di Forum Ekonomi Krasnoyarsk (2015 – Forum Ekonomi Dunia cawangan Russia), Kongres Ekspo Bandar Pintar Dunia (2016–2018) di Barcelona (di mana beliau diperakui sebagai antara peneraju inisiatif bandar pintar dunia), Forum Transformasi Global (2017) dan Forum Urban Dunia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (2018), yang kemudiannya menyaksikan beliau dijemput sebagai ahli panel Makmal Teknologi Inovasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

 

Mahadhir juga amat komited dalam pembangunan komuniti dan masyarakat secara amnya. Beliau telah menyumbang tenaga secara pro-bono untuk Institut Pengurusan Projek (PMI), di mana beliau merupakan Penyemak dan Penyumbang Kandungan Buku Projek Pengurusan Body of Knowledge (PMBOK). Buku berkenaan berperanan untuk memberi garis panduan kepada semua pengurus projek yang diiktiraf PMI (Pengurusan Projek Profesional – PMP) di seluruh dunia.

 

Beliau juga aktif dalam sistem pendidikan Malaysia di peringkat universiti dan sekolah menengah, merangkumi kerja-kerja kesukarelawanan hingga ke kesenian dan STEM. Mahadhir merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Lakehead University dengan Minor dalam Perniagaan dan beliau berdaftar sebagai ahli teknologis dengan Malaysia Board of Technologists (MBOT).

DATUK FADZLI ABDUL WAHIT

Ketua Transformasi

Sebelum menyertai MDEC, Datuk Fadzli adalah Rakan Niaga / Pengarah Eksekutif untuk Amalan Perundingan Pengurusan KPMG Business Advisory (Ketua Sektor Kerajaan), KPMG Malaysia

Datuk Fadzli Abdul Wahit kini merupakan Ketua Pegawai Strategi MDEC. Sebelum menyertai MDEC, Datuk Fadzli merupakan Rakan Niaga/Pengarah Eksekutif untuk Perkhidmatan Perundingan Pengurusan dalam Khidmat Runding KPMG (Ketua Sektor Kerajaan), KPMG Malaysia.

 

Datuk Fadzli memiliki pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam menasihati badan-badan kerajaan dan separa kerajaan Malaysia, dengan pengkhususan dalam bidang Pembangunan Dasar, Kajian Pelaksanaan dan Ekonomi, Perancangan dan Khidmat Nasihat Strategi, Penyusunan Semula Korporat serta Penswastaan industri utiliti awam. Kepakarannya yang meluas telah membantu pelbagai pihak berkepentingan dan perkongsian antara sektor kerajaan dan syarikat-syarikat besar. Beliau juga telah menerajui beberapa projek berkaitan dengan Teknologi Maklumat, Pengurusan Projek, Strategi & Proses Perniagaan dan Sumber Manusia dengan jayanya.

Pengalaman profesional Datuk Fadzli merangkumi tugasan di Coopers & Lybrand Management Consulting, Arthur Andersen Business Consulting, RHB Sakura Merchant Bank & MIMOS Berhad. Pada tahun 2014, Datuk Fadzli telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) /Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh dua penggal (empat tahun) dan beliau juga merupakan Profesor Sementara kepada DRB Hi-Com University, di mana beliau membantu Institut Pendidikan TInggi ini dengan menerusi seminar dan ceramah tentang bidang pengurusan strategik & operasi.

Datuk Fadzli telah mendapat pendidikannya di Malaysia dan United Kingdom. Beliau memulakan pendidikan tingginya di Institut Teknologi MARA (ITM) dalam bidang Perakaunan, dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di University of Aberdeen, Scotland, di mana beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Perakaunan.

Pengalaman profesional Datuk Fadzli merangkumi tugasan di Coopers & Lybrand Management Consulting, Arthur Andersen Business Consulting, RHB Sakura Merchant Bank & MIMOS Berhad. Pada tahun 2014, Datuk Fadzli telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) /Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tempoh dua penggal (empat tahun) dan beliau juga merupakan Profesor Sementara kepada DRB Hi-Com University, di mana beliau membantu Institut Pendidikan TInggi ini dengan menerusi seminar dan ceramah tentang bidang pengurusan strategik & operasi.

 

Datuk Fadzli telah mendapat pendidikannya di Malaysia dan United Kingdom. Beliau memulakan pendidikan tingginya di Institut Teknologi MARA (ITM) dalam bidang Perakaunan, dan seterusnya melanjutkan pelajarannya di University of Aberdeen, Scotland, di mana beliau berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Perakaunan.

RAYMOND SIVA

Ketua Pelaburan Digital

Dia adalah Pakar Strategi Reputasi dan Pengaruh yang sangat dicari untuk jenama antarabangsa, konglomerat dan CEO tempatan.

Raymond memiliki pengalaman lebih daripada 23 tahun dalam komunikasi strategik, strategi pelaburan dan promosi, dan pengurusan krisis. Beliau telah berkhidmat sebagai pakar strategi kepada syarikat antarabangsa, konglomerat tempatan dan ketua pegawai eksekutif.

Raymond juga telah mengendalikan lebih daripada 100 jurucakap dan latihan krisis serta bengkel mesej pelabur dan korporat di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Raymond juga mempunyai kelebihan menguasai pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia.

Pada tahun 2010, beliau telah mengambil alih kepimpinan Edelman Malaysia, dan telah berjaya mengembangkannya menjadi firma perunding komunikasi terbesar di Malaysia dengan memiliki lebih 60 orang perunding.Beliau juga telah mengetuai komunikasi kewangan dan strategi hubungan pihak pemegang taruh bagi pelbagai syarikat multinasional dan berkaitan kerajaan.

 

Kepakaran Raymond juga diiktiraf di peringkat global, di mana beliau telah berkhidmat untuk Edelman Indonesia pada penghujung 2015, dan mengetuai lebih daripada 100 orang perunding di pejabat Jakarta.Sebelum menyertai Edelman pada tahun 2010, Raymond memegang jawatan sebagai Pengurus Besar selama lebih tiga tahun di Gray PR, sebuah firma multinasional. Beliau berjaya mengembangkan pasukannya dan membina kecekapan merangkumi pemasaran perhubungan awam dalam sektor korporat, pengguna, teknologi dan sukan

Raymond juga diiktiraf dalam bidang komunikasi kewangan, perhubungan pelabur dan strategi profil CEO dan kepimpinan. Beliau telah mengetuai pelbagai Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Malaysia dan Indonesia, termasuklah IPO kedua terbesar di dunia dan terbesar di Asia pada tahun 2012.

 

Beliau juga diiktiraf sebagai salah seorang daripada segelintir rakyat Malaysia yang mempunyai pengetahuan mendalam tentang kerajaan dan hal ehwal antarabangsa, dengan pengalaman luas dalam penglibatan dan pengurusan pihak pemegang taruh.Beliau juga merupakan satu-satunya perunding strategik dari Malaysia yang telah berjaya mengetuai penglibatan Promosi Pelabur untuk kedua-dua sektor swasta dan awam di Forum Ekonomi Dunia di Davos selama lima tahun.

 

Raymond telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) pada Oktober 2019 dan telah memegang portfolio Pelaburan Digital sebagai Naib Presiden Kanan (SVP), Bahagian Pelaburan Digital di MDEC pada Disember 2020.Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari University of London dan Diploma Profesional dalam Perhubungan Awam dari Institut Perhubungan Awam Malaysia.

Beliau telah dilantik sebagai CMO (Ketua Pegawai Pemasaran) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada Oktober 2019 dan sebagai Naib Presiden Kanan Pelaburan dan Penjenamaan pada bulan Disember 2020 dan bertanggungjawab mengendalikan pasukan yang terdiri daripada 110 orang. Ini termasuk Bahagian Pembangunan Promosi dan Pelaburan, Perkhidmatan Perniagaan MSC, Pemasaran Jenama dan Komunikasi Strategik.

 

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang LLB dari University of London dan Diploma Profesional dalam Perhubungan Awam dari Institut Perhubungan Awam Malaysia.

DR SUMITRA NAIR

Ketua Strategi & Dasar

Sumitra mempunyai pengalaman korporat lebih daripada dua dekad, termasuk pengalaman berkhidmat selama 11 tahun sebagai pengurus kanan.

Sumitra ialah Naib Presiden Kanan, Strategi dan Dasar di Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Beliau ketika ini mengetuai bahagian strategi korporat, perancangan, dasar dan agenda Persekitaran, Pengurusan Sosial dan Tadbir Urus (ESG). Sumitra mempunyai pengalaman korporat lebih daripada dua dekad, termasuk pengalaman berkhidmat selama 11 tahun sebagai pengurus kanan.

 

Antara tanggungjawab beliau merangkumi bidang pengurusan yang luas seperti Pembangunan Strategi, Pengurusan Projek, Pembangunan Perniagaan dan Perkongsian, Perhubungan Kerajaan, Hal Ehwal Awam dan ESG, terutamanya dalam sektor berkaitan ekonomi digital.

Semasa berkhidmat di MDEC, Sumitra telah membina dan mengetuai beberapa pasukan berprestasi tinggi untuk mewujudkan dan memulakan program pembangunan sosioekonomi yang telah memberi kesan kepada lebih 2 juta rakyat Malaysia.

 

Sumitra memegang Ijazah Doktor Falsafah Perniagaan dan Ekonomi dari Monash University, Diploma Lepasan Ijazah Perakaunan dan Kewangan dari Persatuan Akauntan Bertauliah, Sijil Pengurusan Eksekutif dalam Pemasaran Antarabangsa dari INSEAD University dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya.

 

Beliau mengisi waktu lapangnya dengan menjadi fasilitator bagi kursus keibubapaan, guru nilai kemanusiaan untuk sekolah pendekatan agama (Sunday School), dan Pengasas Bersama 100 Women Who Care –  bahagian Subang Jaya. Menurut Sumitra, peranan paling penting beliau ialah menjadi ibu kepada dua orang anaknya.

During her tenure with MDEC, Sumitra has built and led several high-performing teams to initiate, establish and scale socio-economic development programmes that have impacted more than 2 million Malaysians. 

 

Sumitra holds a PhD in Business & Economics from Monash University, a Post-Graduate Diploma in Accounting and Finance from the Association of Chartered Certified Accountants, an Executive Management Certificate in International Marketing from INSEAD University and a Bachelor of Economics from University Malaya. In her free time, Sumitra is a parenting course facilitator, Sunday School Human Values Teacher, and Co-founder of the 100 Women Who Care – Subang Jaya chapter. Her most important role is being a mother to two digital natives. 

Razif Aziz

Ketua Perkhidmatan Perniagaan

Razif berminat menceburkan diri dalam bidang hubungan dinamik antara perniagaan dan peranan yang digerakkan oleh teknologi dan Kerajaan. Beliau juga merupakan kolumnis untuk akhbar sains dan harian tempatan dalam bidang penulisan teknologi, syarikat pemula, inovasi dan cabaran pengkomersialan.

Beliau merupakan eksekutif kanan yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam pelbagai peranan seperti pembangunan perniagaan, hubungan korporat, perundangan dan kawal selia, komunikasi, jualan dan pemasaran di pelbagai sektor seperti pertahanan, pembinaan, barang pengguna cepat laris (FMCG), telekom dan penyiaran, bioteknologi dan kerajaan.Razif berminat menceburkan diri dalam bidang hubungan dinamik antara perniagaan dan peranan yang digerakkan oleh teknologi dan Kerajaan. Beliau juga merupakan kolumnis untuk akhbar sains dan harian tempatan dalam bidang penulisan teknologi, syarikat pemula, inovasi dan cabaran pengkomersialan.

 

Antara pencapaian lain beliau adalah merangka perundangan subsidiari industri telekomunikasi dan penyiaran, berunding untuk syarikat tenaga boleh diperbaharui dan pemula teknologi bersih, membantu mengenal pasti aspek perundangan komersial perniagaan, penasihat teknikal untuk Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia mengenai aspek rangka kerja Feed in Tariff dan mengetuai pengurusan program pembangunan teknologi berskala besar seperti inisiatif Malaysia menerokai pembangunan Bioteknologi pada 2006-2012.

Beliau juga dikenali berikutan pengurusannya dalam Malaysian Business Angel Network daripada 2015 hingga 2018, di mana beliau telah membantu mendapatkan kebebasan kewangan kumpulan melalui penajaan korporat, mengembangkan keahliannya daripada 56 kepada lebih 200 Pelabur Pemurah (Angel Investor) bertauliah serta berjaya memimpin usaha untuk mewujudkan kumpulan Pelabur Pemurah ASEAN yang dikenali sebagai ASEAN Angels Alliance pada tahun 2016, yang melibatkan kumpulan pelabur dari lapan buah negara ASEAN sebagai ahlinya.

 

Ketika waktu lapang, beliau gemar menyelami bidang-bidang menarik seperti automotif, radio (hifi) dan peralatan ketenteraan. Sebagai seorang yang sangat meminati dunia automotif, Razif telah melawat litar lumba Nurburgring sebanyak dua kali, dan ketika kali pertama memandu di litar berkenaan, beliau telah menggunakan kereta BMW M5 E60 V10 Ring Taxi dan kali kedua, beliau membantu bersama rakannya menggunakan kereta Renault Clio Trophy.Razif melanjutkan pendidikan beliau dalam bidang perundangan di Coventry Polytechnic dan beliau menerima kelayakan sebagai peguam dari Lincoln Inn, London.

Notable was his stewardship of the Malaysian Business Angel Network from 2015-2018 where he helped secure the group’s financial independence through corporate sponsorships, grow its membership from 56 to >200 accredited angel investors as well as successfully leading efforts to create an ASEAN grouping of angel investors known as the ASEAN Angels Alliance in 2016 with angel groups from 8 ASEAN countries as its members. 

 

In his spare time he  enjoys deep diving into all manner of inane things like cars, hifi and military gear and has a soft spot for action movies and the odd cat video on YouTube. A wannabe petrolhead, Razif has visited the Nurburgring racetrack twice, lapping the circuit the first time in the famed BMW M5 E60 V10 Ring Taxi and the second time with a fellow petrolhead in a Renault Clio Trophy. 

 

Razif read Law at Coventry Polytechnic and is a Barrister-at-Law (Lincoln’s Inn, London). 

GOPI GANESALINGAM

Ketua Pembangunan Ekosistem

Gopi Ganesalingam merupakan usahawan dan ahli profesional dalam bidang kewangan dan pernah berkhidmat sebagai eksekutif dan lembaga pengarah di rantau Asia Pasifik sejak 33 tahun lalu.

Gopi pernah bekerja dengan syarikat ternama seperti Matsushita, American Express International, Lucent Technologies, Telstra Australia, Duetsche Telecoms Consulting dan pernah menjadi rakan kongsi ke pasaran untuk salesforce.com serta Google (menerusi syarikat yang beliau tubuhkan, iaitu LAVA Protocols.

 

Ketika ini, Gopi memegang jawatan sebagai Naib Presiden Kanan, Pembangunan Ekosistem di at Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), iaitu agensi peneraju ekonomi digital Malaysia. Di MDEC, Gopi sangat komited dalam membangunkan usahawan dan pengganggu teknologi yang berbakat sambil mengembangkan dan menghubungkan ekosistem teknologi tempatan agar menyerlah, berdaya saing dan menjadi juara di peringkat serantau dan global

Di MDEC, Gopi berperanan memperjuang para usahawan digital dan pengganggu berbakat sambil mengembang dan menghubungkan ekosistem teknologi tempatan agar mampu berdaya saing dan

Beliau juga sangat komited dalam membangunkan ekonomi digital Malaysia ke arah mencapai kemampanan dan pembangunan sosioekonomi yang holistik. Gopi berusaha untuk menghubungkan dan memacu ekonomi digital melalui sokongan kerajaan dan inisiatif intervensi bersasar, perkongsian dan inovasi korporat, menyelaraskan pelabur dan pembiaya, bakat digital, inisiatif penerimaan dan perkongsian awam-swasta dalam merealisasikan agenda pembangunan negara.

 

Gopi juga berkhidmat sebagai Lembaga Pengarah Bebas dengan MCIS Life (Insurans) dan sebagai Pemegang Amanah dan Lembaga Pengarah Junior Achievement Worldwide, bahagian Malaysia.

.

Di MDEC, Gopi berperanan memperjuang para usahawan digital dan pengganggu berbakat sambil mengembang dan menghubungkan ekosistem teknologi tempatan agar mampu berdaya saing dan jelas kelihatan di mata dunia, sekali gus memperkasakan syarikat dan pengusaha teknologi dan menjadikan visi perniagaan mereka kenyataan. Semangat beliau tidak pernah luntur dalam usahanya mengembangkan Ekonomi Digital Malaysia yang masih muda, demi mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang lestari dan inklusif. Matlamat akhir beliau adalah untuk menghubung dan memacu ekonomi digital sedunia melalui penglibatan kerajaan, inovasi/perkongsian bersama syarikat dan penyelarasan antara pelabur/penyumbang dana, kerajaan dan perniagaan yang semuanya akan menghubungkan ekonomi teknologi antarabangsa. Gopi juga berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dengan MCIS Life (Insurance) dan sebagai Pemegang Amanah dan ahli Lembaga Pengarah di Junior Achievement Worldwide, Malaysia.

AMIRUDDIN ABDUL SHUKOR CA(M)

Ketua Perkhidmatan Korporat

Sebelum menyertai MDEC, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah dan Pengurusan Kanan dalam pelbagai industri di sektor awam dan swasta serta agensi-agensi Kerajaan.

Amiruddin merupakan seorang ahli strategi korporat yang berkemahiran tinggi serta mempunyai pengalaman luas dalam bidang Pengurusan Korporat, Kewangan, Kewangan Korporat dan juga Pelaburan.

 

Sebagai seorang Akauntan Bertauliah Profesional, beliau memiliki pengalaman serta kepakaran selama lebih dua dekad dalam ekosistem korporat dan inovasi, dan juga seorang jurulatih / mentor yang diperakui.

 

Sebelum menyertai MDEC, beliau pernah memegang jawatan sebagai Pengarah dan Pengurusan Kanan dalam pelbagai industri di sektor awam dan swasta serta agensi-agensi Kerajaan. Beliau juga sebelum ini adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysian Global Innovation & Creativity
Centre Berhad (MaGIC).

 

Kepakaran beliau dalam aspek inovasi dan kreativiti keusahawanan, aktiviti pembangunan kapasiti dan ekosistem yang melibatkan syarikat yang baharu bermula, modal perniagaan serta terlibat dalam pembinaan kapasiti, telah mendorong Amiruddin untuk mengasaskan ASFO Global Technologies Sdn Bhd, iaitu sebuah agensi penasihat pengkomersialan yang bertujuan untuk membantu syarikat pemula niaga dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dalam ekosistem yang lebih mampan.

Minat beliau juga meliputi bantuan inisiatif Perusahaan Sosial (SE) di seluruh negara. Pengalaman Amiruddin dalam sektor swasta dan awam telah membantunya memainkan peranan dalam membangunkan ekosistem SE di Malaysia.


Berkenaan dengan latar belakang pendidikan pula, beliau memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Bidang Kewangan dan Pelaburan Gunaan malah pemegang Ijazah Perakaunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Ketika sedang berkhidmat bersama Permodalan Nasional Berhad (PNB), beliau telah menerima Diploma Eksekutif Analisis Pelaburan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).


Selain menyelami dunia korporat, kewangan, pelaburan serta perniagaan, Amiruddin turut meminati bidang sukan dan beliau turut dilantik sebagai seorang Ahli Lembaga Institut Sukan Negara (ISN). Penglibatan beliau dengan ISN adalah sejajar dengan fokus organisasi dalam pembangunan sukan, pengurusan sukan, perubatan sukan, Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), Pengkomersialan dan Inovasi (C&I) sukan; serta aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan dengan sukan di Malaysia

Di MDEC, Gopi berperanan memperjuang para usahawan digital dan pengganggu berbakat sambil mengembang dan menghubungkan ekosistem teknologi tempatan agar mampu berdaya saing dan jelas kelihatan di mata dunia, sekali gus memperkasakan syarikat dan pengusaha teknologi dan menjadikan visi perniagaan mereka kenyataan. Semangat beliau tidak pernah luntur dalam usahanya mengembangkan Ekonomi Digital Malaysia yang masih muda, demi mencapai pembangunan sosio-ekonomi yang lestari dan inklusif. Matlamat akhir beliau adalah untuk menghubung dan memacu ekonomi digital sedunia melalui penglibatan kerajaan, inovasi/perkongsian bersama syarikat dan penyelarasan antara pelabur/penyumbang dana, kerajaan dan perniagaan yang semuanya akan menghubungkan ekonomi teknologi antarabangsa. Gopi juga berkhidmat sebagai Pengarah Bebas dengan MCIS Life (Insurance) dan sebagai Pemegang Amanah dan ahli Lembaga Pengarah di Junior Achievement Worldwide, Malaysia.