MDEC Media Release
KEMENTERIAN DIGITAL MELALUI MBI, MDEC, MyDIGITAL & DNB SALUR BANTUAN PERANTI HAMPIR RM300,000 KEPADA MANGSA PUTRA HEIGHTS

11.04.2025

| Digital Economy | Rakyat

PUTRA HEIGHTS, 11 April 2025 – Sumbangan peranti elektronik anggaran bernilai RM300,000.00 disalurkan Kementerian Digital kepada mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, sebagai usaha untuk meringankan beban mangsa yang kehilangan atau mengalami kerosakan pada peranti elektronik mereka.

 

Inisiatif Kementerian Digital ini telah diterajui oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Digital seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), MyDigital Corporation, dan Digital Nasional Berhad (DNB) untuk menerajui kutipan barangan sumbangan. Antara peranti elektronik yang disumbangkan termasuk 500 unit ‘power bank’, 150 unit bag sekolah dan alat tulis, 100 unit tablet, 138 unit komputer riba, 4 unit mesin cetak, dan lain-lain.

 

Semasa lawatan YB Menteri Digital ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights sebelum ini, beliau dimaklumkan bahawa ramai mangsa kehilangan peranti elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba yang menjadi keperluan utama dalam kehidupan harian mereka.

 

Barangan peranti elektronik ini telah disumbangkan oleh MDEC, Payments Network Malaysia (PayNet), Kiddocare Sdn Bhd, Huawei Malaysia, PIKOM, Sri Computers Sdn Bhd, Dell Technologies, Jirnexu Malaysia Sdn Bhd, Lenovo Malaysia, Ant International, Acer Malaysia dan penderma-penderma persendirian.

 

Sumbangan telah disampaikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor; Anuar Fariz Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC; YBhg Tuan Mano Verabathiran, Timbalan Ketua Setiauusaha (TKSU (T)) Kementerian Komunikasi; YBhg Dato’ Johary Bin Anuar, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) merangkap Pengarah UPEN; YBrs Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI; YBhg Dr. Jafri Bin Abu, Pengarah Pendidikan Negeri Selangor serta barisan pengurusan tertinggi penyumbang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights. Agihan barangan pada hari ini telah diuruskan oleh Menteri Besar Incorporation (MBI).

 

-TAMAT-

 

Dikeluarkan oleh:

Bahagian Komunikasi Korporat  

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)

Share this:

PRESS RELEASES

Sumbangan peranti elektronik anggaran bernilai RM300,000.00 disalurkan Kementerian Digital kepada mangsa tragedi letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, sebagai usaha untuk meringankan beban mangsa yang kehilangan atau mengalami kerosakan pada peranti elektronik mereka.

LATEST NEWS
RELATED NEWS