(BM) MDEC Berkolaborasi dengan MDA untuk Memacu Ekosistem Ekonomi Digital

12.10.2021

  • Kerjasama antara MDEC dan MDA untuk menyediakan pandangan, webinar dan latihan digital kepada ahli dan bukan ahli MDA.

  • Beberapa siri kerjasama akan dimulai dengan program MDA@School, yang menawarkan program latihan berkaitan dengan bakat Malaysia.

 

CYBERJAYA, 12 OKTOBER 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara, dan Persatuan Digital Malaysia (MDA) hari ini mengumumkan kerjasama untuk memupuk kolaborasi menerusi program inovasi korporat, bimbingan dan pemacu untuk meningkatkan kesedaran berkenaan inisiatif yang akan memberi manfaat kepada ekosistem ekonomi digital.

 

Sebahagian daripada perjanjian berkenaan, MDEC dan MDA akan menganjurkan siri perbincangan libat urus yang dikenali sebagai Digital Wednesday, pada setiap suku tahun. Sesi tersebut akan menampilkan tetamu terkemuka dan pakar industri serta barisan kepimpinan MDEC, yang akan berkongsi pandangan dan pembangunan bakat terkini, pelaburan dan pelan digital untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekosistem ekonomi digital Malaysia.

 

“Kami amat teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan MDA, kerana ketika ini kami sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menambah baik dan memacu ekosistem ekonomi digital menerusi kempen utama kami iaitu #SayaDigital dan Nadi Digital ASEAN.

 

“Kami sangat optimistik bahawa kerjasama ini akan mencipta lebih banyak peluang bukan sahaja kepada ahli tetapi juga bukan ahli, seterusnya memajukan ekonomi digital secara inklusif selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” kata Raymond Siva, Naib Presiden Kanan, Pelaburan & Jenama dan Ketua Pegawai Pemasaran, MDEC.

 

Kerjasama ini akan bermula pada bulan ini dengan penglibatan MDEC dalam platform pembelajaran industri khas MDA seperti MDA@School yang antaranya menyediakan program pensijilan bersama. Inisiatif ini ialah program julung kali yang dilaksanakan dan dianjurkan oleh kedua-dua buah organisasi ini untuk pihak industri.

 

Program berkenaan akan merangkumi Digital Wednesday, iaitu acara rangkaian industri suku tahunan MDA, perkongsian dan pembelajaran. Selain itu, buat pertama kali, MDEC akan terlibat dalam Anugerah MDA 2021, acara tahunan yang mengiktiraf dan menghargai bakat, agensi, jenama, penerbit dan penyedia perkhidmatan digital yang mengadaptasi dan menggunakan teknologi digital.

 

“Kami sangat gembira dengan kerjasama strategik baharu dengan MDEC ini. Kerjasama ini adalah penting, kerana ia membolehkan MDA dan MDEC untuk bekerjasama dalam memacu industri ke hadapan untuk mereka yang terlibat dalam sebarang perniagaan digital. Ia juga akan mengukuhkan kedudukan MDA sebagai penggiat penting bersama dengan MDEC dalam memperkasa industri dan terus memacu negara ke tahap lebih tinggi,” kata Nicholas Sagau, Presiden MDA dan Ketua Pegawai Operasi, REV Media Group, sayap digital Media Prima Berhad.

 

Untuk maklumat lanjut berkenaan MDA@School dan Digital Wednesday, sila layari https://www.malaysiandigitalassociation.org.my 

 

 

#TAMAT#

Share this:

PRESS RELEASES

(BM) MDEC Berkolaborasi dengan MDA untuk Memacu Ekosistem Ekonomi Digital

LATEST NEWS
RELATED NEWS