(BM) MDEC Lancar Geran Pemangkin 4IR Bernilai Sehingga RM2 juta kepada Syarikat Teknologi Berpusat di Malaysia

13.10.2021

  • Geran 4ICG bantu syarikat teknologi berkembang serta meningkatkan produktiviti dan kualiti produk

  • Penerima tempatan yang berjaya akan dianugerahkan sehingga 50 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta

CYBERJAYA, 13 OKTOBER 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital, telah mengumumkan Geran Pemangkin 4IR (4ICG) untuk menyokong pengembangan syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia.

4ICG direka untuk memangkinkan penggunaan dan pembangunan teknologi 4IR menjadi bidang perniagaan utama seperti yang termaktub di dalam Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR). Geran berkenaan akan digunakan untuk penciptaan bersama, penyelesai masalah dan pengkomersilan penyelesaian 4IR sahaja. 

Penerima tempatan yang berjaya akan dianugerahkan sehingga 50 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah. Syarikat milik asing terpilih akan dianugerahkan sehingga 30 peratus daripada kos projek, tertakluk kepada had siling RM2 juta atau mana lebih rendah.

Penerima geran juga akan menyertai program GAIN MDEC dan akan menerima manfaat daripada segi akses pasaran, padanan perniagaan, fasiliti pembiayaan dan peluang mentor. Mereka juga mendapat keuntungan daripada peningkatan pendapatan dan eksport, peningkatan kemahiran dan meningkatkan peluang untuk menerima pelaburan.

“Kami memperkenalkan 4ICG untuk meningkatkan produktiviti, kualiti produk, meningkatkan kualiti kehidupan dan memelihara ekologi integriti dalam 10 sektor ekonomi utama dan enam sektor sokongan kepada ekonomi Malaysia seperti yang termaktub di Dasar Revolusi Perindustrian Ke-4 nasional,” kata Gopi Ganesalingam, Pegawai Pegawai Industri Digital, MDEC.“Geran ini juga dijangka meningkatkan kebolehlihatan syarikat teknologi yang berpusat di Malaysia dan pertumbuhan pendapatan serta eksport daripada syarikat teknologi 4IR yang berpusat di Malaysia. Ini merupakan tambahan kepada usaha mencapai matlamat dalam Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), untuk mentransformasikan negara ke arah dipacu-digital, negara berpendapatan tinggi dan menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN,” tambah Gopi.

Sektor utama yang dikenal pasti untuk penerimaan geran ini ialah dagangan borong dan runcit, pengangkutan dan logistik, pelancongan, kewangan dan insurans, kesihatan, pertanian dan pendidikan.

Sektor sokongan pula merangkumi pembinaan, hartanah, perlombongan dan kuari, perkhidmatan maklumat dan komunikasi, kesenian, hiburan dan pentadbiran serta perkhidmatan sokongan.

Geran ini menyasarkan sehingga 20 pemohon dengan jangka masa pembiayaan untuk tempoh masa projek sehingga setahun. Tarikh tutup permohonan ialah pada November dengan proses penilaian dan kelulusan akan dibuat pada Disember.

Pemohon perlu menunjukkan bahawa mereka telah mendapat komitmen pengguna akhir untuk membiayai bahagian mereka dalam kos projek semasa permohonan dibuat. Pemohon yang berjaya memenuhi syarat berkenaan boleh memohon pembayaran mobilisasi tidak melebihi 20 peratus daripada jumlah geran setelah menandatangani surat tawaran yang dikeluarkan oleh MDEC.

​​​​​​​Pemohon baharu untuk 4ICG kini dibuka untuk permohonan. Pemohon boleh menyemak kriteria kelayakan dan mendaftar menerusi https://gainmdec.awardsplatform.com/dashboard.​​​​​​​

Untuk maklumat lanjut boleh layari https://mdec.my/4icg

#TAMAT#

 

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Kami menetapkan sasaran untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Digital ScaleUps) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

 

Share this:

PRESS RELEASES

(BM) MDEC Lancar Geran Pemangkin 4IR Bernilai Sehingga RM2 juta kepada Syarikat Teknologi Berpusat di Malaysia

LATEST NEWS
RELATED NEWS