A Time to Reset and Rebuild/Menetap dan Membina Semula

02.02.2021

Scroll down for Malay version/Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

In real estate, buying the cheapest house on the block is a strategy that may pay off nicely. For the same budget, you’re in a tonier neighbourhood and your home value is likely to rise faster to catch up to the median price. Perhaps, most importantly, you are constantly reminded there’s room for improvement.

As home to more than 650 million people – the world’s third largest population – with over 50% being under-30 and tech-savvy, ASEAN is the fastest growing Internet market in the world. Despite this, Malaysia had raised its economic performance and rankings to be at par amongst its peers.

Singapore is the knowledge hub; Indonesia gets the most foreign investment; and Vietnam has the highest growth rates. Malaysia is often discounted or overlooked as pundits hype the potential of the region, especially when it comes to the talent pool for innovation.

Not all of this scepticism is deserved, surely, as Malaysia has put digital transformation at the centre of its agenda in its COVID-19 recovery schemes. The main focus is on digital inclusion for micro-, small-, and medium-sized enterprises (MSMEs) and the rural community. As is, the speed of change had actually been catalysed by the crisis.

The Malaysian government – via the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) – had embarked on a slew of initiatives to spur the digital economy and bridge the digital divide for all. These efforts are starting to pay off – the digital economy is estimated to contribute over 20% to the nation’s GDP by 2020.

It would also serve us well to recognise the niche areas where we can swiftly catch up and overtake our peers. The powerful technologies of the Fourth Industrial Revolution (4IR) present many new opportunities to leapfrog the legacy systems. Ironically, those with the most developed economies often have the most to lose when disruptions affect them, thereby opening up space for others more amenable to embrace these next-gen changes.

This is true for fintech, for instance, where global financial centres – like Singapore – approach it more cautiously; or robotics, which challenge low-cost labour manufacturing hubs, such as Vietnam; or blockchain, a trend that holds the promise to decentralise authoritarian control of information and move it directly into the hands of the citizenry.

Concurrently, Malaysia can leverage much of the cumulative intellectual properties it had developed in Islamic Finance, for the oil & gas sector, tourism and industrial agriculture. This is to support innovative new business models – particularly with digital start-ups – in sectors that we already effectively competing in.

The shock of the pandemic has given the world an opportunity to reset and re-build systems currently in place for a more sustainable and inclusive society and economy. The current crisis also exposed the massive inequalities in our current economic systems, highlighting that a proper and sustainable recovery for the long-term needs to be inclusive.

In resetting, we must first acknowledge the inconsistencies, inadequacies and contradictions of our systems and within institutions. By rebuilding, we must first acknowledge how fragile the systems and its users are, and how to build a new social contract that honours the dignity of every human being. 

As MDEC works towards its vision of Malaysia 5.0, where the interplay of technology and society is complementary and inclusive, it is logical that collaborations with all stakeholders will be key to achieving this vision. No one organisation can do it alone, so deep collaboration across society will be key. There is a saying that we all can strive towards: “If you want to go fast, go alone; if you want to go far, go together!”

Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff is the Chairman of MDEC, leading digital economy for the many towards Malaysia 5.0.


Dalam bidang hartanah, keputusan untuk melabur menerusi pembelian rumah murah di kawasan strategik berkemungkinan dapat memberikan pulangan yang baik. Ini berdasarkan andaian nilai rumah itu akan meningkat dengan lebih cepat di samping sentiasa wujud ruang untuk memperbaiki keadaan.

Sebagai ‘rumah’ kepada lebih 650 juta orang yang juga merupakan populasi ketiga terbesar di dunia serta lebih daripada 50 peratus penduduk berusia di bawah 30 tahun dan berpengetahuan teknologi, ASEAN merupakan pasaran Internet yang paling pesat berkembang di dunia. Pada masa sama, Malaysia juga meningkatkan prestasi ekonominya dan telah memperbaiki pencapaian untuk menyamai prestasi negara – negara jiran.

Singapura merupakan pusat pengetahuan, Indonesia pula menerima pelaburan asing paling tinggi manakala Vietnam mempunyai kadar pertumbuhan tertinggi. Malaysia pula ‘terpinggir’ atau diketepikan kerana pakar menilai potensi rantau ini secara keseluruhan terutama melibatkan kumpulan bakat untuk inovasi.

Bagaimanapun, tidak semua andaian ini berasas kerana negara kita telah melakukan transformasi digital untuk menjadi pusat rujukan mengharungi proses pemulihan COVID-19. Fokus utama ialah pendigitalan bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), usahwan mikro dan masyarakat luar bandar. Oleh itu, kepantasan untuk menerima perubahan teknologi boleh menjadi pemangkinan untuk proses pemulihan dan menangani krisis.

Kerajaan menerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memacu ekonomi digital dan mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat. Usaha ini telah membuahkan hasil apabila ekonomi digital dianggarkan menyumbang lebih dari 20 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada tahun lalu.

Seterusnya, petunjuk ini sangat penting bagi membolehkan kita memberi tumpuan terhadap bidang-bidang khusus yang mana Malaysia mempunyai kekuatan serta mampu menandingi prestasi negara - negara jiran. Teknologi berterusan dibawa oleh Revolusi Perindustrian 4.0 memberikan banyak peluang baharu untuk memantapkan sistem sedia ada. Sebagai perbandingn, negara yang maju ekonominya, sering mengalami kerugian apabila gangguan mempengaruhi operasi. Pada masa sama, ia telah membuka ruang kepada pihak lain yang bersedia menerima perubahan.

Situasi ini berlaku dalam sektor teknologi kewangan apabila pusat kewangan global seperti di Singapura mengambil langkah lebih berhati -hati. Ini termasuk penggunaan teknologi robotik yang memberi pilihan kepada kos buruh kos rendah seperti Vietnam atau blockchain, trend yang membolehkan pemusatan kawalan maklumat oleh pihak berkuasa terhadap rakyatnya.

Pada masa yang sama, Malaysia dapat memanfaatkan kepelbagaian intelektual yang dikembangkannya dalam Kewangan Islam, sektor minyak dan gas, pelancongan dan pertanian industri. Ini adalah untuk menyokong model perniagaan baharu yang inovatif terutamanya dengan pendigitalan bagi membolehkan sektor ini terus bersaing di pasaran global.

‘Kejutan’ wabak ini telah memberi peluang kepada dunia untuk mengatur semula dan membangunkan kembali sistem sedia ada untuk masyarakat dan ekonomi yang lebih lestari dan inklusif. Krisis semasa juga menyaksikan ketidaksamaan dalam sistem ekonomi sedia ada serta memberi petanda bahawa pemulihan yang tepat dan berterusan untuk jangka panjang perlu bersifat inklusif.

Mengenai proses untuk menetapkan semula, perkara penting yang harus diakui ialah polisi tidak konsisten, kekurangan dan percanggahan sistem sedia dalam institusi. Bagi membina semula, kita harus menyedari bahawa sistem sedia ada sangat ‘rapuh’ kepada pengguna dan wujudnuya keperluan membina kontrak sosial baharu bagi memberi peluang kepada semua golongan.

Memandangkan MDEC sedang berusaha mencapai wawasannya tentang Malaysia 5.0 yang menetapkan supaya interaksi masyarakat dan teknologi saling melengkapi dan inklusif, adalah penting diingatkan bahawa kerjasama dengan semua pihak akan menjadi kunci kejayaan. Tidak ada organisasi yang dapat melakukannya tugas secara sendiri. Ada pepatah mengatakan bahawa “Jika anda ingin pergi dengan cepat, lakukan sendiri, namun jika anda mahu pergi jauh, lakukan secara bersama! "

Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff merupakan Pengerusi MDEC yang memimpin ekonomi digital untuk manfaat pelbagai golongan ke arah Malaysia 5.0.

Share this: