MDEC SUMBANG KEPAKARAN JADIKAN KUALA LUMPUR PELOPOR PEMBANGUNAN BANDAR GENERASI BAHARU

25.02.2020

Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Inggeris / Scroll down for English version

Kerjasama Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) bersama Toyota Mobility Foundation (TMF) bakal meletakkan Kuala Lumpur sebagai tanda aras pelopor bagi teknologi pembangunan bandar generasi baharu dan pengurusan mobiliti bandar di rantau ini.

Kerjasama untuk program City Architecture for Tommorrow Challenge (CATCH) itu antara lain bertujuan untuk meningkatkan kecekapan aspek perancangan bandar serta memacu ke arah teknologi mobility masa depan yang lebih lestari.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri, berkata CATCH merupakan pertandingan pertama di rantau ini yang dijangka menarik penyertaan idea inovatif melibatkan peserta-peserta peringkat global.

Katanya, CATCH akan berusaha mewujudkan teknologi dan penyelesaian mobiliti di Kuala Lumpur dengan penglibatan peringkat global dalam tempoh lapan bulan.

“Peserta yang terdiri daripada entiti syarikat startup, ahli akademik, firma kaji selidik, badan koporat, dan orang ramai boleh menyumbang idea untuk membangunkan konsep.

“Peserta dapat mencadangkan penyelesaian yang dinamik dan pintar berasaskan data dalam merencana infrastruktur bandar masa depan” katanya ketika pelancaran majlis berkenaan baru – baru ini.

Yang turut hadir Presiden Sekretariat, Toyota Mobility Foundation, Shin Aoyama.

Sementara itu, Shin berkata, TMF menyediakan geran sehingga RM6.21 juta bagi setiap peringkat pertandingan ini. 

“ Peserta juga akan mendapat khidmat mentor, nasihat pakar dan program inkubasi,” katanya.

Katanya, CATCH akan menyediakan data kepada peserta untuk memperkasa usaha membangunkan penyelesaian yang akan dipilih. Data ini adalah selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.

Antara rakan usahasama data terdiri daripada sektor awam dan swasta yang memiliki data berkaitan pergerakan pengguna pengangkutan seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Pengangkutan Awam Darat, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit Corporation dan Prasarana Malaysia.

Beliau menambah, kerjasama berkenaan penting kerana TMF ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu berkaitan mobiliti di seluruh dunia. “Ia akan  menggunakan pendekatan yang dipacu oleh kemapanan, inovasi dan kerjasama,” kataya.

Pada masa sama, beliau turut menghargai komitmen kerajaan yang membantu perlaksanaan CATCH untuk menggalakkan pembangunan penyelesaian berasaskan data.


MDEC CONTRIBUTES EXPERTISE TO POSITION KL AS PIONEER IN NEW GEN URBAN DEVELOPMENT

The collaboration of the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) with the Toyota Mobility Foundation (TMF) will position Kuala Lumpur as the pioneer-benchmark for new generation urban technology and urban mobility management in the region.

Primarily, the collaboration for the City Architecture for Tomorrow Challenge (CATCH) program aims to enhance the efficiency aspects of urban planning and gear towards a more sustainable mobility technology. 

MDEC Chief Executive Officer, Surina Shukri, said CATCH is the first competition in the region which is expected to attract the participation of innovative ideas involving global participants.

He said CATCH would work to create technology and mobility solutions in Kuala Lumpur with global involvement, within eight months.

“Participants from startup entities, academics, survey firms, corporate bodies, and the public can contribute ideas to develop the concept.

"Participants can propose dynamic and smart data-based solutions in planning future urban infrastructure" he said during the recent launch of the event.

Also present was President of the Secretariat, Toyota Mobility Foundation, Shin Aoyama.

Meanwhile, Shin said TMF provided grants of up to RM6.21 million for each stage of the competition.

"Participants will also receive mentor services, expert advice and incubation programs," he said.

He said CATCH would provide data to participants to encourage them to develop selected solutions. This data is in accordance with the Personal Data Protection Act.

Among the data partners are the public and private sectors who have data relating to the movement of transport users such as Kuala Lumpur City Hall (DBKL), Royal Malaysian Police (PDRM), Land Public Transport Agency, Grab, MapIT MSC, Mass Rapid Transit Corporation and Infrastructure Malaysia .

He added that cooperation was important as TMF was set up to address issues related to mobility around the world. "It will adopt an approach driven by sustainability, innovation and cooperation," he said.

At the same time, he also appreciated the government's commitment to assisting the implementation of CATCH, to promote the development of data-based solutions.

Share this: