MALAYSIA TO DOMINATE ECOMMERCE IN SOUTHEAST ASIA/ MALAYSIA MENGORAK LANGKAH DOMINASI E-DAGANG ASIA TENGGARA

13.11.2020

Scroll down for Malay version/Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

Should there be in the near future, a football tournament involving countries in the region, with participants consisting of Malaysia, Singapore and Indonesia, they would now be busy making thorough preparations to make headway and win the competition.

However, the competition referred to is not the number one sport on earth but rather refers to the fierce competition emerging among dominant e-commerce market in the region.

In fact, it is not just the three countries mentioned which are competing to be  ‘king of e-commerce’ in the region.  Thailand, the Philippines and Vietnam have also demonstrated interest in this sector and accounts for a market base of over 600 million in ASEAN - enough to take advantage of.

Recently, international news agency Bloomberg reported that Google and Temasek agreed to invest up to RM1.5 billion in the Indonesian e-commerce company Tokopedia.

Google and Temasek's plans to work closely with Southeast Asia's largest economy related to the data findings from such projected by the McKinsey firm which predicts Indonesia to record an approximate online buyer reach of 44 million by 2022 with sales expected to touch USD 65 billion/around RM269 billion!

What about Malaysia, are we passive onlookers of aggressive actions by our neighboring countries to boost their respective e-commerce sectors?

It seems not. Malaysia has implemented various initiatives to expand this sector and has shown some significant success.

Malaysia has previously ranked higher in e-wallet usage compared to other countries in Southeast Asia, according to a study conducted by MasterCard.

A technology company in the global payment industry, Mastercard, reports that the Philippines ranks second with 36 percent, while third and fourth place respectively are Thailand (27 percent) and Singapore (26 percent).

This implies that the people of this country are already practicing cashless transactions which is one of the elements of e-commerce.

This effort is continuously ongoing and moreover, the government has shown a clear commitment to further expand the local e-commerce sector through the provisions presented in the recent 2021 Budget.

As detailed by the Minister of Finance, YB Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, around RM300 million will be allocated by the government to further boost this sector with RM150 million allocated for training and sales assistance as well as the allotment of digital equipment for up to 100,000 local entrepreneurs as they switch to digital services under the SME e-Commerce Campaign and micro entrepreneurs.

A total of RM150 million for the Shop Malaysia Online initiative through collaboration with major e-commerce platform to encourage online spending that will be given to 500 000 local entrepreneurs.

In fact, MDEC has experience in developing e-commerce through collaboration with the Ministry of Finance. More interestingly, this alliance was implemented when the country was still threatened by the Covid-19 pandemic.

Consequently, the program was carried out, namely the E-Commerce Campaign for Micro and Small and Medium Enterprises (SMEs) and Shop Malaysia Online; launched through the National Economic Regeneration Plan (PENJANA) managed to achieve online sales of RM1.2 billion in a short period. At the same time, the initiative attracted 115,000 new participants and existing micro-entrepreneurs/SMEs to join the e-commerce sector and has benefitted more than 7.8 million consumers nationwide.

In the face of market uncertainty due to current obstacles, it is certain that MDEC will continue to work with other agencies to further develop e-commerce.

Figures have proven that we are on the right track and it is not impossible that e-commerce will continue and benefit various groups of people.

Looking back, in 2018, the e-commerce sector in Malaysia recorded a sales value of up to USD2.4 billion (RM10 billion) and is expected to help the development of the information and communication technology (ICT) sector worth RM40 billion as revealed in a report by the Ministry of Finance last year.

 Needless to say, MDEC will always be with Malaysians on this digital journey which we have started in becoming the ASEAN Digital Pulse. One of the sectors that we must lead is e-commerce where we are currently performing well to ensure that Malaysians are always aware of seizing digital opportunities.


Sekiranya dalam masa terdekat akan berlangsung satu kejohanan bola sepak yang melibatkan negara- negara di rantau ini, peserta- pesertanya yang terdiri daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia kini sedang sibuk membuat persiapan rapi supaya dapat mara sejauh mungkin dan seterusnya memenangi pertandingan ini.

Bagaimanapun, pertandingan yang dimaksudkan bukanlah melibatkan sukan nombor satu di muka bumi sebaliknya merujuk kepada persaingan sengit untuk muncul sebagai pasaran e-dagang paling dominan di rantau ini.

Sebenarnya, bukan hanya tiga negara yang disebutkan sahaja yang ingin menjadi ‘raja e-dagang’ di rantau ini kerana ekonomi Thailand, Filipina dan Vietnam juga telah memberi tumpuan terhadap sektor ini dengan mengambil kira populasi penduduk yang melebihi 600 juta di ASEAN.  Satu pasaran yang cukup besar untuk dimanfaatkan.

Baru-baru ini, agensi berita antarabangsa, Bloomberg melaporkan Google dan Temasek bersetuju untuk membuat pelaburan mencecah RM1.5 bilion dalam syarikat berteraskan e-dagang Indonesia, Tokopedia.

Perancangan Google dan Temasek untuk menjalinkan kerjasama erat dengan ekonomi terbesar Asia Tenggara itu sudah pasti terkait dapatan data seperti unjuran firma McKinsey yang menjangkakan  Indonesia akan mencatatkan jumlah pembeli e-dagang mencecah 44 juta menjelang 2022 dengan hasil  jualan dijangka mencecah USD 65 bilion atau sekitar RM269 bilion!. Cukup besar.

Bagaimana pula dengan Malaysia, adakah kita hanya berpeluk tubuh melihat tindakan agresif yang sedang dilaksanakan negara – negara jiran untuk melonjak sektor e-dagang masing -masing ?

Sudah tentu tidak kerana Malaysia telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk mengembangkan sektor ini malahan telah menunjukkan beberapa kejayaan awal dan berterusan merancang beberapa strategi terbaharu.

Sebelum ini Malaysia menduduki tangga teratas dalam penggunaan e-wallet berbanding negara-negara lain di Asia Tenggara, menurut kajian yang dijalankan oleh MasterCard.

Syarikat teknologi dalam industri pembayaran global, Mastercard itu melaporkan Filipina berada di kedudukan kedua dengan 36 peratus, sementara kedudukan ketiga dan keempat masing-masing adalah Thailand (27 peratus) dan Singapura (26 peratus).

Ini memberi gambaran bahawa rakyat negara ini sememangnya sudah mengamalkan transaksi tanpa tunai yang merupakan salah satu daripada elemen e-dagang.

Usaha ini sentiasa berterusan malah kerajaan turut menunjukkan komitmen jelas bagi mengembangkan lagi sektor e-dagang tempatan menerusi peruntukkan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2021 baru -baru ini.

Seperti diperincikan oleh Menteri Kewangan, YB Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,  sekitar RM300 juta akan diperuntukkan kerajaan untuk melonjakkan lagi sektor ini iaitu dengan perinciannya ialah RM150 juta bagi program latihan dan bantuan penjualan serta peralatan digital kepada 100 000 usahawan tempatan untuk beralih kepada khidmat digital di bawah Kempen e-Dagang PKS dan usahawan mikro

Sebanyak RM150 juta  bagi inisiatif Shop Malaysia Online melalui kerjasama dengan paltfirm e-dagang utama untuk menggalakkan perbelanjaan secara dalam talian yang akan 500 000 usahawan tempatan.

Sebenarnya, MDEC turut mempunyai pengalaman dalam mengembangkan e-dagang menerusi kerjasama dengan Kementerian Kewangan. Lebih menarik, jalinan ini dilaksanakan ketika negara masih diancam pandemik Covid-19 .

Apa yang membanggakan, program dijalankan iaitu Kempen E-Dagang untuk Perusahaan Mikro dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan Shop Malaysia Online yang digerakkan menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berjaya meraih jualan dalam talian sebanyak RM1.2 bilion dalam tempoh yang singkat.

Pada masa sama, inisiatif berkenaan menarik penyertaan sebanyak 115 000 usahawan mikro dan PKS baharu dan sedia ada menyertai sektor e-dagang dan memberi manfaat kepada lebih 7.8 juta pengguna di seluruh negara.

Dalam keadaan ketidaktentuan pasaran disebabkan pelbagai halangan yang wujud ketika ini, sudah pasti MDEC akan terus berusaha bersama agensi -agensi lain untuk mengembangkan lagi e-dagang.

Angka membuktikan kita di landasan tepat malahan tidak mustahil prestasi baik e-dagang akan berterusan sekaligus memanfaatkan rakyat pelbagai golongan serta memahirkan rakyat secara digital seperti teras MDEC.

Imbas kembali, pada 2018, sektor e-dagang di Malaysia merekodkan nilai jualan sehingga AS$2.4 bilion (RM10 bilion) dan dijangkakan akan membantu perkembangan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) domestik yang bernilai RM40 bilion seperti didedahkan dalam satu laporan oleh Kementerian Kewangan pada tahun lalu.

Akhir kata, MDEC akan sentiasa bersama -sama rakyat Malaysia menempuhi perjalanan digital yang telah kita mulakan untuk mencapai impian menjadi Nadi Digital ASEAN. Salah satu sektor yang harus kita pimpin ialah e-dagang yang mana ketika ini Malaysia sedang menunjukkan prestasi baik sekaligus  memastikan rakyat Malaysia sentiasa peka dalam merebut peluang digital.


Share this: