DUNIA DIGITAL BALIK PULAU

03.02.2020

Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Inggeris / Scroll down for English version

Apabila disebut Balik Pulau, di Pulau Pinang, apa yang terlintas di fikiran ialah keindahan kampung-kampung Melayu yang masih bertahan di sebalik arus pembangunan di negeri berkenaan.

Majoriti penduduk di situ masih terlibat dalam kegiatan pertanian seperti menguruskan ladang durian serta terlibat dengan aktiviti menangkap ikan. Namun ada juga yang bekerja dalam sektor awam di samping menguruskan perniagaan sendiri.

Jika anda mencari tempat untuk menenangkan diri dan mahu lari dari kesesakan Bandaraya Georgetown, maka Balik Pulau adalah pilihan tepat kerana terdapat pelbagai makanan enak seperti laksa , ikan bakar dan durian Balik Pulau yang cukup terkenal kerana kualitinya.

Biarpun  ‘terpisah’ dengan dunia luar kerana laluan untuk sampai ke Balik Pulau yang terletak di Daerah Barat Daya itu cukup mencabar kerana anda perlu melalui laluan berbukit dan gaung sekiranya dari Air Itam atau Bayan Lepas.

Sekiranya menggunakan laluan dari Batu Feringghi menerusi Teluk Bahang pula, pengunjung tetap perlu menempuhi laluan gaung walaupun sebenarnya ia terletak kurang 50 kilometer daripada pusat bandar.

Di sebalik kekurangan itu, Balik Pulau sebenarnya tidaklah jauh ketinggalan dalam aspek digital berbanding kawasan lain di seluruh negara.

Ini kerana sejak tahun lepas, Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melancarkan program MakerSpace @ Balik Pulau.

Datuk Bandar MBPP,  Datuk Ar. Yew Tung Seang berkata, MakerSpace @ Balik Pulau merupakan salah satu inisiatif untuk melahirkan modal insan terutamanya golongan muda kawasan itu yang berkualiti dan mengaplikasikan ciri-ciri sains, teknologi, kejuruteraan, seni dan matematik selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0.

Katanya, pihaknya bekerjasama dengan sektor awam termasuk Politeknik Balik Pulau (PBP), Penang Science Cluster dan Jabatan Pendidikan untuk menyediakan model Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik kepada lebih 2,000 pelajar daripada 31 sekolah di daerah berkenaan.

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang melawat MakerSpace @ Balik Pulau turut teruja dengan langkah yang diambil kerajaan negeri untuk membudayakan aplikasi digital dan sains kepada golongan muda.

Gobind berkata, beliau akan meneliti dengan lebih terperinci modul-modul serta mekanisme yang boleh dilakukan menerusi program itu dan bersedia untuk diperluaskan kepada semua golongan masyarakat.

Katanya, inisiatif mendigitalkan masyarakat dan ekonomi diterajui oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di bawah kementeriannya.

“ Ini penting bagi membolehkan golongan sasar melihat teknologi sebagai sesuatu yang boleh membantu mereka di dalam bidang yang ingin mereka ceburi untuk menjayakan masa depan,” katanya.

Menurut beilau, program sedemikian juga perlu dikembangkan di seluruh negara.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan PBP, Wan Nur Wahidah Hashim berkata, antara yang diajar kepada pelajar sekolah termasuklah kursus Scratch yang merupakan satu perisian pengaturcaraan interaktif.

Katanya, melalui modul itu, murid-murid yang menyertai kelas MakerSpace @ Balik Pulau boleh belajar untuk menghasilkan cerita interaktif, mencipta animasi, membuat permainan video dan pelbagai penyelesaian masalah.

“ Selain itu, kita turut memberi bimbingan kepada guru di sekolah kawasan sekitar membabitkan modul coding. Murid yang datang boleh belajar belajar coding dengan lebih mendalam walaupun sebenarnya ia telah diajar dalam subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah mereka,” katanya.

#BinaBersama #mydigitalmaker


A DIGITAL UPGRADE FOR BALIK PULAU

In spite of being categorised a sleepy hollow by city dwellers, Balik Pulau seems to have made proud strides in its digital quest, compared to similarly remote areas around Malaysia. This is probably owed to the MakerSpace @ Balik Pulau, launched by the Kerajaan Negeri Pulau Pinang through Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

The mayor, Datuk Ar. Yew Tung Seang said, MakerSpace @ Balik Pulau is an initiative to raise the quality of human capital among the youth of the area, in the areas of science, technology, engineering, art and mathematics – in line with digital developments in the country towards IR4.0.

The mayor’s office, working with the public sector, including Politeknik Balik Pulau (PBP), Penang Science Cluster and the Education Department have begun preparing facilities in Science, Technology, Engineering, Art and Mathematics to more than 2,000 students from 31 schools in the district.

Recently, the Minister of Communications and Multimedia, Gobind Singh Deo who visited MakerSpace @ Balik Pulau, was impressed with the steps taken by the state government, to enable youths to familiarise themselves with science and digital applications.

Gobind stated that he would examine the modules and mechanisms in greater detail, preparing to roll out the programme to society at large. He shared that initiatives to digitalise the community and economy are spearheaded by MDEC, under his ministry.

He was quoted stating that, “This is important to enable target groups to see technology as something that helps them in whatever field they wish to pursue in the future”. According to the minister, such programmes should be rolled out across Malaysia.

Meanwhile, Head of PBP, Wan Nur Wahidah Hashim said that the Scratch (interactive programming software) course was among the courses taught. She went on to say that students who joined the MakerSpace @ Balik Pulau classes are able to learn to create interactive stories, create animation, make video games and more.

“Besides that we also guide teachers in schools in the area, in relation to coding modules. Students who attend classes can learn coding in more depth although it has been taught in IT and Communications, within their schools.”, she said.

Share this: