ALUMNI GLOW-MDEC RAIH PENDAPATAN LEBIH RM5,000 SEBULAN

Mohd Ihsanudin ketika ditemubual rancangan televisyen berkongsi pengalaman bekerja sebagai freelancer

Scroll down for English version/Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Inggeris

Bermodalkan komputer riba dan sambungan internet, seorang pemuda berjaya mendapat gaji lebih RM5,000 sebulan setanding dengan eksekutif muda.

Selesai menghirup kopi panas, Mohd Ihsanuddin Jamhari, mula bermain – main dengan tetikus bagi menghasilkan rekaan logo yang ditempah majikan mayanya.

Sebenarnya, anak jati Johor itu berusia 23 tahun itu merupakan alumni program Tenaga Kerja Dalam Talian Global (GLOW) kelolaan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Menerusi program itu, Mohd Ihsanuddin berjaya memasarkan dirinya sebagai freelancer antarabangsa dan seterusnya menjana pendapatan bernilai tinggi berdasarkan kebolehan yang dimilikinya.

Berkongsi pengalaman dengan wakil MDEC baru – baru ini, pemegang Sarjana Pendidikan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, dia sudah empat tahun bekerja sebagai freelancer selepas menamatkan latihan selama tiga bulan.

“ Sehingga kini, saya telah menghasilkan logo untuk pelbagai syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS),Kanada dan Australia. Lebih menarik, gaji dibayar dalam mata wang Dollar AS dengan kadar 10 dollar untuk setiap jam,” katanya.

Bercerita lanjut, Mohd Ihsanuddin mendedahkan, dia hanya bekerja selama lima jam pada setiap hari untuk ‘majikan maya’ dan selebihnya menumpukan projek untuk pasaran tempatan.

Ketika ditanya bagaimana boleh ‘terjebak’ dengan GLOW, dia berkata, segalanya bermula apabila menamatkan pengajian ijazah dan berdepan kesukaran mencari pekerjaan.

“Saya tahu di luar negara program sebegini sudah lama diperkenalkan.Oleh itu, saya mencari maklumat dan gembira apabila mendapat tahu MDEC perkenalkan GLOW pada 2017. Kumpulan saya boleh dikatakan sebagai peserta perintis,” katanya.

Sepanjang tiga bulan menerima latihan mereka diajar bagaimana untuk untuk mengenal potensi diri yang boleh dikembangkan untuk menjana pendapatan, kaedah mencari pekerjaan, membuat cover letter, memprofil diri menerusi resume sebelum memasarkan diri di laman web antarabangsa.

Ditanya mengenai cabaran yang dihadapi sepanjang melibatkan diri dalam platform freelancer antarabangsa, dia berkata pada mulanya timbul perasaan bimbang sekiranya menjadi mangsa penipuan.

“ Saya tidak menerima bayaran selepas menyiapkan tugasan pertama. Ketika itu saya berasa agak kecewa namun ia tidak mematahkan semangat untuk terus mencuba. Keadaan berubah selepas menyiapkan tugasan kedua apabila menerima bayaran seperti dijanjikan,” katanya.

Baru – baru ini  MDEC dan GLOW menjadi perhatian apabila disebut oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika membentangkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Apakah itu GLOW? Menerusi pengumuman berkenaan, peruntukan sebanyak RM25 juta diberikan kepada MDEC untuk program ini yang bertujuan untuk membimbing rakyat Malaysia menjana pendapatan dalam talian melalui pelanggan antarabangsa.

Sebenarnya, GLOW bukanlah program baharu kerana telah diperkenalkan sejak 2016 dengan matlamat untuk memperkenalkan peluang kerjaya sebagai seorang freelancer yang mampu menjana pendapatan bernilai tinggi secara dalam talian.

Menerusinya, peserta akan diberi pendedahan, diprofil serta akan mengikuti sesi latihan dan bimbingan untuk mengenal pasti pontesi dan minat mereka.

Ditanya mengenai tindakan kerajaan memberikan tumpuan khusus kepada GLOW , Mohd Ihsanuddin yang juga merupakan tenaga pengajar  program itu berkata, ia merupakan keputusan tepat dalam situasi norma baharu.

“ Ini merupakan inisiatif yang bagus apabila diumumkan sendiri oleh Perdana Menteri dan seterusnya akan mendorong pemahaman tentang aktiviti ekonomi yang mempunyai skop yang cukup luas, bukan sekadar urusan jual beli sahaja,” katanya.

Pada masa sama katanya, program ini sangat memudahkan kerana peserta boleh bertugas di mana sahaja serta kosnya yang lebih rendah serta mempamerkan bakat digital Malaysia.

Sementara itu, orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang GLOW boleh melayari laman web https://glowmalaysia.com


English Version

Equipped with a laptop and internet connection, a young man managed to achieve over RM5,000 a month,  a salary comparable to a young executive.

As he took a sip of his coffee, Mohd Ihsanuddin Jamhari started to work on his mouse to create a logo that was requisitioned by his virtual employer.

This 23-year-old Johor native is an alumni of the Malaysia Digital Economy Corporation’s (MDEC) Global Online Workforce (GLOW) program.

Through the program, Mohd Ihsanuddin successfully marketed himself as an international freelancer and subsequently generated high value income based on his ability.

Sharing his experience with an MDEC representative recently, the Universiti Teknologi Malaysia (UTM) degree holder had been a freelancer for four years straight after completing three months of training.

“To date, I have produced logos for various companies based in the United States, Canada, and Australia. More interestingly, salaries are paid in US dollar at 10 dollars per hour, ”he said.

Mohd Ihsanuddin revealed that he only worked five hours a day for ‘virtual employers’ and the rest is focused on projects for the local market.

When asked how he became involved with GLOW, he said it all started when he finished his undergraduate studies and had difficulty finding a job.

“I know that this sort of program has been introduced abroad a long time ago. So, I was looking for information and was thrilled to find out that MDEC introduced GLOW in 2017. My group was considered as the pioneers,” he said.

During the three months they received training on how to identify their own potential for generating income, how to find a job as well as writing cover letters and resumes before marketing themselves on international websites.

When asked about the challenges he’s faced while participating in the international freelancer platform, he said he had initially expressed concern over being a victim of fraud.

“I did not receive payment after completing the first assignment. At the time I was a bit disappointed but it didn’t break my spirit to keep trying. Things changed after completing the second assignment when I received the payment as promised, ”he said.

MDEC and GLOW was recently highlighted by YAB Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin when announcing the ‘Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA)’

What is GLOW? In light of the announcement, an allocation of RM25 million was given to MDEC for the program aimed at helping Malaysians to generate online income.

GLOW was introduced in 2016 with the aim to empower Malaysians to earn income online.

Participants are given exposure, profiled, trained and mentored as their potential and interests are identified.

Mohd Ihsanuddin, who is also the program’s instructor, said it was the right decision in the new norm.

“This is a good initiative which will further foster understanding of economic activity that is broad enough, not just a matter of trade,” he said.

At the same time, he said the program was very convenient as participants could work anywhere and at a lower cost while showcasing their digital talents.

To know more about GLOW, visit https://glowmalaysia.com

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.