KETAHUI RAHSIA EKSPORT PRODUK TERMASUK MAKANAN KE CHINA, INDONESIA DAN PASARAN GLOBAL MENERUSI eDX-MDEC

eDX – MDEC  bawa usahawan mikro dan PKS ‘bertapak’ di platform e-dagang untuk tembusi pasaran global

Ketika  ini ‘pendebatan’ masih berlangsung di kalangan pengguna media sosial  tentang kewajaran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan kerajaan bermula 4 Mei lalu berbanding meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat yang dijangka berakhir 12 Mei depan.

Pelbagai hujah diberikan khusunya oleh kumpulan yang menentang dengan menyuarakan kebimbangan bahawa ancaman pandemik Covid-19 di negara ini masih belum berakhir .

Mereka bimbang keputusan itu akan mencetuskan penularan gelombang ketiga selepas tularnya gambar di media sosial keadaan jalan raya yang sesak serta ratusan orang beratur di kedai pajak gadai dan ada yang memenuhi pusat membeli-belah.

Bagi pihak yang menyokong pula, mereka yakin petugas barisan hadapan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai keupayaan untuk mengawal situasi berdasarkan kemudahan rawatan kesihatan di negara ini .

Ketika waktu puncak pandemik berkenaan di Malaysia pada bulan lepas, kemudahan rawatan termasuk katil, unit rawatan rapi serta mesin ventilator yang digunakan tidak sampai tahap 50 peratus, satu petanda yang menunjukkan betapa Malaysia bersedia untuk melawan penularan Covid-19.

Ada juga yang bersetuju kerana kerajaan perlu menggerakkan semula ekonomi negara selepas hampir lapan minggu terhenti akibat pandemik ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru – baru ini mengatakan negara kerugian RM2.4 bilion sehari sejak perlaksanaan PKP dengan jumlah keseluruhan yang ditanggung mencecah RM63 bilion.

Menyedari sesuatu perlu dilakukan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan ekspo e-dagang secara maya atau eDX bermula pada 4 hingga 8 Mei ini.

Apakah eDX? Secara ringkas, ekspo yang kali pertama dianjurkan ini bertujuan untuk mempercepatkan kesediaan perniagaan tempatan mengadaptasi teknologi digital menerusi  penggunaan alat e-biz , meningkatkan keupayaan pengusaha PKS bagi membina jaringan perniagaan di seluruh negara dan pasaran global .

Sebelum ini,  ketika PKP bermula pada 18 Mac lalu, didapati berlaku perubahan membabitkan tingkah laku pengguna di negara ini apabila mereka lebih cenderung untuk membeli belah secara dalam talian.

Nah, ini secara tidak langsung telah membuka peluang besar untuk sektor e-dagang tempatan terus berkembang . Oleh itu, usahawan mikro, PKS, pengeksport serta mereka yang baharu sahaja berjinak -jinak dalam perniagaan dalam talian perlu merebut peluang ini.

Sebelum ini, industri e-dagang boleh disifatkan sebagai ‘penampan’ kepada ekonomi negara apabila menyumbang RM115.5 kepada  pendapatan mengikut  statistik Jabatan Perangkaan Malaysia.

MDEC sebelum ini turut menjangkakan sektor e-dagang akan menjadi pemacu utama ekonomi digital menjelang tahun ini.

 Menarik mengenai eDX,  ia dilangungkan secara siri webinar yang membincangkan pelbagai tajuk seperti  Pengenalan kepada eUsahawan & Program PeDAS, Mulakan Perniagaan Dalam Talian (e-Dagang) Anda Bersama Shopee, Connected B2B Business -5 eCommerce Trends That Affect B2B Business & How To Transform & Adopt To The New Normal Post MCO,  Pendekatan Praktikal Untuk Perniagaan Malaysia Yang Menjual Ke Indonesia Melalui Saluran eDagang Cross -Border, Krisis Atau Peluang? Bagaimana Situasi Covid-19 Telah Memangkin Penerimaan eDagang DI kalangan Rakyat Malaysia dan banyak lagi.

Peserta dapat mengikut topik siri webinar berdasarkan tiga skop berbeza termasuk ‘menjejak penjual sosial’, iaitu input akan diberikan bagaimanapun untuk membuka kedai secara dalam talian dalam tempoh satu hari sahaja bersama Carousell.

Lebih terperinci, sesi webinar juga akan menghuraikan tentang jejak rentas sempadan berhubung peluang untuk jualan merentasi sempadan oleh eBay.

Peserta akan diajar cara untuk mengeksport makanan yang dibungkus ke China berdasarkan peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa negara itu.

Secara keseluruhan,  sebanyak 20 sesi akan dilaksanakan untuk peserta dengan 11 dikendalikan dalam bahasa Melayu manakala sembilan lagi dalam bahasa Inggeris.

Selain eBay dan Carousell,  eDX turut diserikan dengan penyertaan pemain industri e-dagang lain seperti Shopee, Lazada, BliBli dan Alibaba.

Oleh itu, Soundbytes berharap para usahawan mikro,PKS serta pengeksport menyertai eDX  dan rebutlah peluang untuk membawa produk anda ke pasaran dunia. Maklumat lanjut seperti pendaftaran dan sebagainya boleh didapati dengan melayari  http://www.go-ecommerce.my/.

oleh Mohd Firdaus Ismail

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.