Developing Trends in the Digital Economy

Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Melayu / Scroll down for Malay version

Throughout the ages, major extraneous circumstances and calamities have been the key factors that catalysed rapid innovation, both in society and industry.

The situation in the world today has businesses in Malaysia, like elsewhere, feeling the impact brought about by the widening threat of Covid-19. The Movement Control Order (MCO) is now firmly in effect to counter the pandemic, and businesses are innovating to deal with the disruption to how they operate. The following trends are fast becoming mainstream.

1.Internal Teams Are Organising Around Remote Working Apps

Digital meeting apps including Zoom, BlueJeans, Slack, Microsoft Teams and Google Hangouts have quickly grown into the world’s largest ‘work from home’ experiment. The world seems to be working remotely. Virtual client meetings and group discussions are furiously being organised in an attempt to overcome movement and physical barriers to business, brought about by the Covid-19 pandemic. App-based or online video conferencing have become indispensable, being fairly reliable, easy-to-use and accessible. The workforce is organizing itself to be a ‘Work From Home’ force.

In a previous report by Regus Global Economic Survey Globally, 48% of execs said they have been working remotely for at least half their working week; in Malaysia it is 53%, says DNA. The survey also said that 65% of the respondents used video communication between managers and employees. In May 2018, Zug, Switzerland-based serviced office provider IWG found that globally, 70 percent of professionals work remotely.

2. Businesses Are Hiring Digital Specialists

Agility is now an imperative to survival; businesses who previously were inclined to postpone digital alternatives to routine business process and sourcing talent, find themselves quickly transitioning to digitalise key business functions, including supply chain management, invoicing and marketing – all requiring specialised digital skills such as data and AI, developers, coders and digital marketeers. 

On the flip side, daily or weekly wage workers will be most affected by the pandemic according to Monash University Malaysia’s Prof Mahendhiran Sanggaran Nair, in a news report in the Star. This opens up a pool of potential talents available for hire and re-skilling.

3. Outsourcing and Freelance Jobs

Hiring workers on a need-to basis will grow as businesses explore ways to reduce physical office spaces and fixed headcounts. in an uncertain economic environment, a core business and operations team is more likely to manage a team of experts specific to a project.

Programmes like MDEC’s GLOW (Global Online Workforce) was launched to assist Malaysians leverage on crowdsourcing platforms to generate income. In addition, there is a treasure trove of talents that businesses can look at for their next freelance or remote worker hire. Here are some Malaysian job sites and portals to explore:

  1. Upwork
  2. 123RF Limited
  3. KerjaDigital
  4. Supahands Dotcom Sdn. Bhd
  5. Ezyspark
  6. Freelancing.my
  7. Freetimeworkz
  8. Favser

The Future Is Digital

90% of future jobs will require digital literacy. Presently, there is a shift from traditional job roles to building ‘composite’ capabilities that require a mix of technical and professional skills. Technologies such as AI/big data analytics, cloud computing and intelligent automation are already mission critical roles in future-savvy organisations.

MDEC’s Premier Digital Tech Institutions (PDTIs) fills the demand by providing a pipeline of skilled digital talents for future jobs. A result of a collaboration between MDEC, the Ministry of Education Malaysia and industry leaders, the PDTI branded academic institutions deliver end-to-end solutions to ensure that future graduates are educated and trained into becoming dynamic members of an innovation-driven and digital-powered Malaysia.

Several PDTIs are also offering eLearning courses worthy of note during the MCO period, and they may just be where you find your next Cybersecurity or Data Science hire during and beyond the Covid-19 pandemic.

Let’s for a moment consider this; the International Data Corporation (IDC) predicted that by 2022, over 21% of Malaysia’s gross domestic product (GDP) will be contributed by the digital economy.  Even as we expect bumps on the year ahead, the digital economy certainly has the ability to weather challenges and will be one of the main areas driving Malaysia’s economic progress to deliver shared prosperity. The time is ripe to re-consider current plans and redirect businesses towards the digital economy, and encourage the digital businesses to tread new ground.

by Raymond Siva, CMO, MDEC


MEMBANGUNKAN TREND DALAM EKONOMI DIGITAL

Terjemahan artikel , Raymond Siva, Ketua Pegawai Pemasaran, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Sejak dahulu, pelbagai faktor luaran seperti malapetaka atau bencana alam telah menyebabkan inovasi terhadap masyarakat dan industri.

Perkembangan sama berulang apabila dunia kini ‘diserang’ pandemik Covid-19 yang turut membawa pelbagai implikasi.  Malaysia turut tidak terkecuali sehingga kerajaan terpaksa menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan virus ini. Langkah ini secara tidak langsung telah memberi kesan kepada pelbagai urusan harian termasuk aktiviti perniagaan. Bagaimanapun, ledakan teknologi digital dilihat dapat membantu perniagaan terus beroperasi. Ironinya, pelbagai sektor mula beralih kepada penggunaan teknologi digital untuk beroperasi ketika ini. 

  1.  Syarikat melaksanakan aplikasi bekerja bukan dari pejabat

Aplikasi untuk bermesyuarat secara maya seperti Zoom, BlueJeans, Slack, Microsoft dan Google Hangouts kini berkembang dengan pantas sebagai ‘medium penting’ untuk menjayakan polisi komuniti bekerja dari rumah yang terbesar di dunia ketika ini. Masyarakat global kini ‘bekerja’ tanpa pejabat apabila mesyuarat penting bersama pelanggan dan perbincangan dalaman operasi turut dilaksanakan menerusi kaedah ini disebabkan keterbatasan yang timbul akibat pandemik Covid-19.

Aplikasi komunikasi secara sidang tele video menjadi  keperluan mustahak serta mudah untuk diakses dan digunakan. Pekerja sedang membiasakan diri dengan polisi serta budaya kerja baharu ini.

Perkembangan terkini menyaksikan kewujudan pelbagai aplikasi untuk mengadakan mesyuarat secara maya. 

Berdasarkan laporan terkini oleh Regus Global Economic Survey Globally, sebanyak 48 peratus pekerja mengakui mereka telah mula bertugas secara bukan dari pejabat sekurang -kurangnya lebih dua hari daripada lima hari waktu bekerja seminggu. 

Di Malaysia, laporan DNA menunjukkan kadar peratusan bekerja melalui kaedah ini telah mencapai 53 peratus.  Tinjauan sama juga mendedahkan sebanyak 65 peratus responden telah menggunakan aplikasi komunikasi video dengan pengurusan.  Pada Mei 2018, Zug, iaitu sebuah syarikat yang berpengkalan di Switzerland mendapati sebanyak 70 peratus sektor profesional di dunia kini beroperasi secara tanpa pejabat.

2- Perniagaan kini memerlukan pakar digital

Kepantasan kini menjadi sangat mustahak untuk meneruskan perniagaan. Syarikat yang sebelum ini kurang memberi tumpuan terhadap pendigitalan termasuk tenaga kerja kini dengan pantas mula mengaplikasi fungsi digital untuk perniagaan teras. Selain itu, pengurusan rantaian bekalan, invois dan pemasaran mula menerima sentuhan teknologi digital termasuk data, teknologi kepintaran buatan (AI), pemaju, pengekodan dan pemasar digital.

Melihat daripada aspek lain, pekerja yang menerima gaji harian atau mingguan merupakan golongan paling terancam oleh wabak ini. Menurut  Prof Mahendhiran Sanggaran Nair dari Universiti Monash dalam laporan The Star, perkembangan ini akan membuka peluang kepada kumpulan bakat yang berpotensi untuk ditawarkan peluang pekerjaan.

  • Sumber Luar dan Pekerja Separuh Masa

Mengupah pekerja berdasarkan keperluan asas akan mengurangkan penggunaan ruang pejabat secara fizikal dan mengatasi lebihan perbelanjaan. Dalam persekitaran ekonomi yang tidak menentu, syarikat biasanya akan menggunakan tenaga pakar yang penting untuk menyelesaikan sesuatu projek. 

Program Global Online Workforce oleh MDEC dilancarkan untuk membantu rakyat  Malaysia memanfaatkan platform crowdsourcing untuk menjana pendapatan. Di samping itu, terdapat lambakan tenaga kerja yang boleh ‘diintai’ oleh syarikat -syarikat untuk mendapatkan pekerja sambilan atau pekerja ‘bebas’ . Berikut merupakan beberapa laman web dan portal kerja Malaysia untuk diterokai:

  1. Upwork
  2. 123RF Limited
  3. KerjaDigital
  4. Supahands Dotcom Sdn. Bhd
  5. Ezyspark
  6. Freelancing.my
  7. Freetimeworkz
  8. Favser

Digital merupakan masa depan

Pada masa depan, dianggarkan sebanyak 90 peratus pekerjaan memerlukan kemahiran literasi digital. Ketika ini, terdapat ‘pergeseran’ kerana wujud ketidakpastian membabitkan campuran skop tugasan yang memerlukan kemahiran teknikal dan kemahiran profesional. Teknologi seperti analisis data, pengkomputeran awan dan automasi cerdas sudah menjadi peranan kritikal dalam organisasi pada masa depan.

Pada masa ini, terdapat peralihan dari peranan kerja tradisional untuk membina keupayaan ‘komposit’ yang memerlukan gabungan kemahiran teknikal dan profesional

Beberapa universiti dan kolej di bawah program Institut Teknologi Digital Premier (PDTI) anjuran MDEC telah menawarkan kursus e-Pembelajaran . Pada ketika PKP, syarikat -syarikat yang memerlukan pekerja berkemahiran dalam data sains atau keselamatan siber boleh menemui ‘kakitangan’ yangs sesuai untuk membantu melancarkan operasi. 

PDTI memenuhi permintaan dengan menyediakan saluran bakat digital yang mahir untuk pekerjaan pada masa hadapan. Hasil daripada kerjasama antara MDEC, Kementerian Pelajaran Malaysia dan pemimpin industri, institusi pendidikan akademik yang mempunyai reputasi ini berfungsi sebagai ‘penyelesaian’ untuk memastikan bahawa graduan masa depan dilatih menjadi pekerja yang dinamik . Semua ini bertitik tolak daripada inovasi serta didorong teknologi digital yang berkembang dengan pesat di Malaysia. 

Berdasarkan data Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), dianggarkan lebih 21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara akan disumbangkan oleh ekonomi digital. Di sebalik jangkaan berlaku kelembapan ekonomi pada tahun hadapan,  ekonomi digital tentunya mempunyai keupayaan untuk menghadapi cabaran dan akan menjadi salah satu bidang utama yang memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk mencapai hasrat Dasar Kemakmuran Bersama yang digariskan kerajaan. Kini  merupakan masa sesuai untuk mempertimbangkan semula rancangan semasa dan mengubah perniagaan ke arah ekonomi digital dan menggalakkan perniagaan digital untuk   berkembang.

© 2020 Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (389346-D). All rights reserved.