4IR TOWARDS NATIONAL FOOD SECURITY / 4IR Ke Arah Keselamatan Makanan Negara

02.06.2021

Scroll down for Malay version / Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Malaysia

The domain of national food security is a key pillar in the overall strategy of national development due to its reciprocal relationships with other socio-economic fields. An effective national food security strategy will create availability and affordability, and therefore help save on household expenses. On the government side, most of the country's allocations can be channeled to other deserving sectors.

We understand that one of the unique features of the Industrial Revolution 4.0 (4IR) is the achievable efficiencies for the entire industry. The agricultural industry is among the sectors that will benefit greatly
from 4IR. Through the power of 4IR, the agricultiural industry will manage and provide food security assurance to people in a more organised manner while reducing the pressure on various resources.

Some aspects of technology have now become commonplace in the agricultural sector and has evolved in a short period due to the incoming updates to 4IR technology. This has caused difficulties in adapting, among in early generation farmers as they had already been accustomed to traditional farming methods including having extensive farms and utilising high levels of labor.

4IR is regarded an urgency for food safety. Therefore, it is not surprising that leading countries in the field of food security such as Finland, Ireland, the Netherlands, Germany, Japan, Singapore and South Korea have long increased their technological capabilities to serve their people through their respective versions of "Society 5.0". This includes the ability to provide food sources to its people.

A more detailed analysis of leading countries through Global Food Security shows that they have focused on improving agricultural and food technology. They prioritise high - tech agriculture, engineering capabilities and economic principles, establishing them as the pillars of the national food security strategy in their respective countries.

Among the trends in the country involved in this sector is making food security a top priority by the administration, the provision of large investments in agricultural technology research and development,
as well as a special focus on small farmers and local agricultural technology entrepreneurs through innovative funding, incentive schemes and extensive e-commerce networking.

In this regard, having a clear national food safety strategy is one of the most important requirements for all other food safety elements to be properly integrated.

Recognising that food security is a national issue requiring breadth and depth in solutions instead of just a simple introduction of new regulations, the Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) has a proven concept in the agricultural sector. MDEC pilot deployment of 4IR agri-tech was highly successful in various agricultural activities such as smart fertigation, smart misting, smart aquaculture, smart poultry, smart irrigation and smart soil monitoring. It has been observed that agtech helped increased the productivity, quality and income of small farmers by over 20 percent. Numerous farmers enjoy higher incomes and have successfully brought their produce to market.

Putting the agenda on a high pedestal results in a “whole-of-government strategy” where there is a concerted effort across all agencies and ministries. There is no unhealthy competition; all actors and players in the food security ecosystem can work together. Such concerted effort will result in effective policy implementation, creating an entire ecosystem of support including various players such as producers, academia and industry R&D, policy makers and even consumers.

History has demonstrated how other countries look at the current situation and how they have taken important steps to ensure their national food security while Malaysia has achieved a zero score in food safety indicators and policies under the Global Food Safety Index (GFSI) 2020. Therefore, it is time to have a holistic approach and strategy by the government to make food security a top priority.

Results from MDEC’s Digital Agtech pilot projects have showcased the viability of digital technologies and automation in agriculture. However, there is room for even more technological improvement. We can go beyond Industry 4.0’s version of agri-tech, and into “agtech 5.0” which is also envisioned under Malaysia 5.0, inspired by Japan’s Society 5.0. Malaysia 5.0's vision is to create a society that is highly integrated with technology, as well as to be governed by inclusive and equitable eco-vironmental principles and practices.

In the near future, innovative fintech and trading platform such as blockchain-based peer-to-peer (p2p) marketplace platform may be considered to support small farmers by minimising the role of the middlemen (if not cut out entirely) and ensure best values for the consumers and better margins for the farmers.

Similar technologies should be applied to other crops in Malaysia, rice in particular. Despite being a major rice consumer, Malaysia is only producing roughly 70 per cent of the total demand internally, while the remaining are imported. In fact, its self-sufficiency level dropped slightly from 70 per cent in 2018, to 69 per cent in 2019. A global crisis such as Covid-19 pandemic has shown Malaysia’s vulnerability in food security when trade activities are halted, depriving Malaysia from its staple food.

Thus, in addition to transcending the current notion of food security (achieved via imports supplementation) to actual self-sufficiency (at least for staple foods, major livestocks and aquaculture; for obvious national security reasons), there is existing and sizeable captive market with an upward trend to be capitalised on and technological advancement is the only way forward towards food safety, security and soverignty. The time to act on this is now.


Bidang keselamatan makanan nasional merupakan tonggak yang sangat penting dalam strategi keseluruhan pembangunan negara melalui hubungan timbal balik dengan bidang sosio ekonomi yang lain. Strategi keselamatan makanan negara yang berkesan akan mewujudkan ketersediaan dan kemampuan, seterusnya dapat menjimatkan perbelanjaan keseluruhan isi rumah. Di pihak kerajaan pula, sebahagian besar peruntukan negara boleh disalurkan kepada sektor lain yang lebih memerlukan.

Kita memahami bahawa salah satu ciri unik Revolusi Perindustrian 4.0 (4IR) adalah kecekapan yang dapat dicapai membabitkan seluruh industri. Industri pertanian adalah antara sektor yang akan mendapat manfaat besar dari 4IR. Menerusi ‘kuasa’ 4IR, ia mampu menguruskan isu keselamatan dan jaminan makanan kepada rakyat dengan lebih tersusun serta mengurangkan tekanan terhadap sumber yang dimiliki.

Beberapa ciri teknologi kini telah menjadi kebiasaanya yang digunakan dalam sektor pertanian malah boleh dikatakan ia telah diubah dalam tempoh yang singkat oleh teknologi 4IR. Ini menyebabkan para petani generasi awal berdepan kesukaran untuk membiasakan diri memandangkan mereka sudah terbiasa dengan kaedah pertanian tradisional seperti ladang yang luas dan menggunakan tenaga buruh yang ramai.

4IR boleh dilihat sebagai keperluan mendesak untuk keselamatan makanan. Oleh hal yang demikian, maka tidaklah menghairankan apabila negara-negara yang terkedepan dalam bidang food security seperti Finland, Ireland, Belanda, Jerman, Jepun, Singapura dan Korea Selatan telah lama meningkatkan keupayaan teknologi untuk berkhidmat kepada rakyatnya menerusi "Society 5.0" versi masing - masing. Ini merangkumi kemampuan untuk menyediakan sumber makanan kepada rakyatnya.

Analisis yang lebih terperinci membabitkan negara-negara terkemuka ini menerusi Indeks Keselamatan Makanan Sedunia (GFSI) atau Global Food Security Index menunjukkan bahawa kumpulan ini menumpukan usaha untuk meningkatkan teknologi pertanian dan makanan dengan memberi keutamaan terhadap pertanian berteknologi tinggi, kemampuan kejuruteraan dan prinsip ekonomi sebagai tonggak strategi keselamatan makanan nasional.

Antara trend lain di negara berkenaan membabitkan sektor ini termasuklah menjadikan keselamatan makanan sebagai keutamaan paling penting oleh pentadbiran serta membuat pelaburan besar dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi pertanian dan memberi tumpuan tumpuan khusus kepada petani kecil dan pengusaha teknologi pertanian tempatan melalui pembiayaan inovatif, skim insentif dan menghubungkan dengan rangkaian e-dagang yang luas.

Sehubungan itu, memiliki strategi keselamatan makanan nasional yang jelas merupakan salah satu syarat yang paling penting agar semua elemen keselamatan makanan yang lain dapat disatukan dengan baik.

Menyedari keselamatan makanan merupakan isu nasional dan bukan sekadar peraturan yang diperkenalkan, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) sebenarnya turut mempunyai konsep yang terbukti berkesan dalam sektor pertanian. Penerapan percubaan oleh MDEC terhadap teknologi pertanian 4IR sangat berjaya yang melibatkan pelbagai aktiviti pertanian seperti fertigasi pintar, penyemburan halus secara kabus pintar, akuakultur pintar, perternakan ayam pintar, pengairan pintar dan pemantauan tanah pintar. MDEC melihat teknologi pertanian ini telah meningkatkan produktiviti, kualiti dan pendapatan petani kecil lebih dari 20%. Sebilangan besar petani menikmati pendapatan yang lebih tinggi dan berjaya membawa hasil mereka ke pasaran.

Meletakkan agenda ini pada landasan yang tinggi akan menghasilkan "strategi keseluruhan kerajaan” (A whole-of-government strategy) membabitkan keupayaan bersama oleh semua kementerian dan agensi. Tidak wujud persaingan yang tidak sihat dan hanky panky kerana semua pemain dalam ekosistem keselamatan makanan bekerjasama. Usaha bersepadu ini menghasilkan penguatkuasaan peraturan yang berkesan, mewujudkan keseluruhan ekosistem termasuk sokongan oleh pengeluar, para akademik, bidang penyelidikan dan pembangunan, pembuat dasar dan juga pengguna.

Kita harus belajar dari sejarah negara lain serta melihat keadaan semasa. Negara-negara lain telah mengambil langkah penting untuk menjamin keselamatan makanan nasional mereka sementara Malaysia pula mencapai skor sifar dalam petunjuk keselamatan makanan dan dasar di bawah GFSI 2020. Oleh itu, sudah tiba waktunya untuk Malaysia mempunyai pendekatan menyeluruh dan strategi holistik oleh kerajaan bagi menjadikan keselamatan makanan sebagai keutamaan penting.

Hasil dari projek perintis Digital Agtech oleh MDEC telah memperlihatkan keupayaan teknologi digital dan automasi dalam pertanian. Walau bagaimanapun, masih ada ruang untuk peningkatan teknologi. Kita dapat melepasi versi agri-tech Industry 4.0 dan memasuki "agtech" yang juga dicadangkan di bawah Malaysia 5.0 yang diilhamkan berdasarkan Society 5.0 negara Jepun. Visi Malaysia 5.0 adalah untuk mewujudkan masyarakat yang sangat bersepadu dengan teknologi, ditabdir oleh prinsip dan amalan eco-vironmental yang inklusif dan adil.

Dalam masa terdekat, platform fintech dan perdagangan yang inovatif seperti platform pasar peer-to-peer (p2p) berasaskan blockchain boleh dipertimbangkan untuk menyokong petani kecil dengan meminimumkan peranan orang tengah (jika tidak dibanteras sepenuhnya) dan memastikan harga terbaik untuk pengguna dan margin yang lebih tinggi untuk petani.

Teknologi serupa harus digunakan untuk tanaman lain di Malaysia terutamanya padi. Walaupun kita merupakan pengguna beras utama, Malaysia hanya berupaya menghasilkan sekitar 70 peratus dari permintaan domestiknya manakala selebihnya diimport. Sebenarnya, tahap keupayaan pengeluaran beras negara telah menurun sedikit dari 70 peratus pada 2018 kepada 69 peratus pada 2019. Krisis global seperti pandemik Covid-19 telah menunjukkan negara kita rentan terhadap isu keselamatan makanan apabila aktiviti perdagangan makanan ruji ini turut tenganggu.

Oleh itu, selain menjangkaui gagasan keselamatan makanan (dicapai melalui suplemen import) kepada kepuasan diri sebenar (sekurang-kurangnya untuk makanan ruji, ternakan utama dan akuakultur untuk keselamatan negara yang jelas), terdapat pasaran dan trend yang cukup besar dan menaik yang akan digunakan. Kemajuan teknologi adalah cara yang tidak dapat dielakkan menuju ke hadapan. Sekarang masanya kita untuk bertindak ke arah food safety, food security and food sovereignty.

Share this: