3 Digital Tech Opportunities Malaysian Women Should Not Miss!

06.03.2020

Skrol ke bawah untuk versi Bahasa Melayu / Scroll down for Malay version

“I disrupted myself before I was disrupted”, was how MDEC’s CEO described her shift from investment banking in New York, to a CEO for an organization entrusted to lead Malaysia’s digital economy forward into the new decade and beyond. The cause that lay before Surina Shukri when she assumed her role included driving digital skills for all Malaysians, so that they can meet future industry and employment needs, especially in the wake of the Industry 4.0 era.

The digital economy is expected to contribute 21% of gross domestic product (GDP) growth in Malaysia by 2022.

This International Women’s Day (8th March 2020), Surina thought she would let you know how Malaysian women fared or featured, in 3 of MDEC’s multitude of programmes that aim to create a sustainable digital economic growth ecosystem. Here goes:

1. Female Entrepreneur Majority at eUsahawan!

The eUsahawan program aims to skill digital micro, rural and youth entrepreneurs to generate digital revenue, so that they can market their products and increase sales. The initiative is implemented through entrepreneurship learning and training, and is supported by a network of over 2,000 trainers and over 600 training centres nationwide, including public facilities such as the Pusat Internet Desa (PID), Pusat Internet (PI), and lifelong learning centres in TVET colleges, Polytechnic and institutions of learning. eUsahawan boasts of an average of about 56% female participation over the last 5 years, i.e. 2015 to 2019!

2. More Women are GLOWing!

The Global Online Workforce Program (GLOW) under the eRezeki program targets high-skilled B40s and M40s or graduates in high revenue-generating digital tech industries. The program is dedicated to training, mentoring and nurturing Malaysian gig workers, to create a globally competitive community of Malaysian freelancers who are able to secure jobs or projects through international digital platforms as an alternative or additional source of income. Digital jobs in high demand on international platforms include IT, design & creative and linguistics. In 2016, only 45% of those trained under GLOW programmes were women. However, that changed the very next year; since 2016, every year, approximately 60% of those trained have been women!

3. Tech Industry Loves MDEC’s Cybersecurity Grads!

In collaboration with universities and industry partners, MDEC has also implemented training programs for the latest technology areas such as Big Data Analytics (BDA), Cybersecurity and e-Commerce that focus on channelling human capital in the field of digital technology. For the programme, Empowering Women in Cyber Risk Management, a total of 136 applicants from the 232 who registered, fulfilled the criteria in the 2019 intake, and qualified to be funnelled to Industry Partners.

Other notable mentions:

#mydigitalmaker Fair Draws Women Talents!

#mydigitalmaker is a movement! What’s it about? MDEC has partnered with the Ministry of Education (MOE) to integrate computer science and computational thinking skills into the national school curriculum beginning in 2017. To date, more than 1.2 million students have participated in digital activities such as coding, content creation and robotics. It is encouraging to note that from 2017 to 2019, the percentage of women visitors to the #mydigitalmaker fair, has increased by 2% every year.

Digital Ninja Programme Generates Women Winners

The “Digital Ninja” Programme was introduced in 2017 for students across Malaysia aged 13 - 17 years, with digital skills and who have demonstrated high potential in the field of digital technology. To date, 413 students have been selected to attend the Digital Ninja programme. At the end of the programme, students will be assisted by MDEC to apply for scholarships and placements at Premier Digital Technology Institutes/ Universities called PDTIs. The Digital Ninja Programme was introduced in 2017, and to-date, women participants constitute 36.6%.

These are just some of the job and entrepreneurial opportunities MDEC has created to skill Malaysians and grow the digital ecosystem. They are there for all Malaysians to benefit from – both men and women. With the 4th industrial revolution’s disruptions to jobs and businesses, there is a shortage of talents in technology just as there is a lack in the participation of women in business. For instance, there is still a big gap in Malaysia when it comes to owning online businesses, compared to men. Though women SMEs in Malaysia have almost touched 1.18 million, it was observed that half of the population of online women entrepreneurs come from urban areas around Klang Valley, not beyond.

MDEC, in the quest to bridge such gaps, has several programmes that are up for grabs! For more information on them, visit www.mdec.com.my

This International Women’s Day, make a pledge, when it comes to your participation in Malaysia’s digital economy; ‘Disrupt yourself before you’re disrupted’!

#LetsBuildTogether #IWD2020 #eachforequal

Article by Shobha Janardanan


3 PELUANG TEKNOLOGI DIGITAL YANG TIDAK BOLEH DILEPASKAN OLEH WANITA MALAYSIA

Saya ubah diri saya dahulu sebelum saya diubah”, itulah yang pengakuan Ketua Pegawai Eksekutif MDEC ketika beliau beralih dari industri pelaburan perbankan di New York, Amerika Syarikat kepada peneraju agensi kerajaan di negaranya. Lebih mencabar, Surina mempunyai tanggungjawab yang mencabar iaitu memimpin sebuah organisasi yang diberi mandat untuk membawa hala tuju ekonomi digital Malaysia ke era baharu. Alasan beliau menerima tugasan ini ialah kerana mahu memacu kemahiran digital di kalangan rakyat negaranya agar mereka dapat memenuhi keperluan masa hadapan industri dan pekerjaan terutama dalam Revolusi Industri 4.0.

Ekonomi digital dijangka akan menyumbang sebanyak  21% pertumbuhan pendapatan negara menjelang tahun 2022.

Sempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac 2020, Surina menjelaskan beliau perlu berkongsi  bagaimana wanita-wanita Malaysia digambarkan melalui tiga program yang bertujuan mewujudkan pertumbuhan ekosistem ekonomi digital yang mapan.  Berikut adalah program-program tersebut:

1. Majoriti Usahawan Wanita di eUsahawan!

Program e- Usahawan bertujuan untuk memahirkan usahawan-usahawan mikro digital, luar bandar dan muda agar mereka boleh menjana pendapatan, memasarkan produk dan meningkatkan jualan.  Inisiatif ini dilaksanakan melalui pembelajaran dan latihan keusahawanan yang disokong oleh rangkaian besar dengan lebih daripada 2,000 orang pelatih dan lebih 600 pusat latihan di seluruh negara. Kemudahan lain Pusat Internet Desa (PID), Pusat Internet (PI), dan pusat pembelajaran sepanjang hayat di kolej-kolej pendidikan teknikal dan vokasional, politeknik dan juga pusat pengajian tinggi.  Program  e-Usahawan berbangga apabila purata penyertaan 56 peratus wanita sepanjang tempoh lima tahun sejak 2015. 

2. Lebih Ramai Wanita Yang GLOWing!

Program Global Online Workforce Program (GLOW) di bawah Program eRezeki mensasarkan mereka yang berkemahiran tinggi atau graduan di kalangan kumpulan  B40 dan M40 dalam industri teknologi digital. Program ini bertujuan untuk melatih, membimbing dan memupuk pekerja gig Malaysia bagi mewujudkan satu komuniti pekerja bebas Malaysia yang berdaya saing di peringkat global. Seterusnya kumpulan ini mampu mendapat peluang kerja atau projek melalui platform antarabangsa sebagai alternatif atau sumber pendapatan tambahan.  Pekerjaan digital merupakan satu pekerjaan yang tinggi permintaan dalam platform antarabangsa termasuk pekerjaan dalam bidang IT, rekabentuk dan linguistik kreatif. Pada tahun 2016,  hanya 45 peratus di kalangan mereka yang dilatih di bawah program GLOW terdiri daripada kaum wanita. Walaubagaimanapun, ia mula berubah apabila sebanyak 60 peratus di kalangan mereka yang terlatih adalah wanita! 

3. Industri Teknologi ‘Memburu’ Graduan MDEC Cybersecurity!

Melalui kerjasama dengan universiti-universiti dan rakan industri, MDEC telah melaksanakan program latihan dalam teknologi terkini seperti Big Data Analytics (BDA), Cybersecurity and e-Dagang yang memfokus kepada saluran modal insan dalam bidang teknologi digital.  Bagi program Empowering Women in Cyber Risk Management, terdapat 136 pemohon dan daripada jumlah tersebut, seramai  232 telah mendaftar dan memenuhi kriteria bagi pengambilan 2019 dan mereka layak untuk  disalurkan kepada rakan-rakan industri. 

Karnival #mydigitalmaker Menarik Bakat Wanita!

#mydigitalmaker adalah satu gerakan. MDEC telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dalam mengintegrasi sains computer dan kemahiran berfikir pemkomputeran di dalam kurikulum sekolah negara bermula pada 2017. Sehingga kini, terdapat lebih  1.2 juta pelajar telah menyertai aktiviti-aktiviti digital seperti pengkodan, rekacipta kandungan dan robotik.  Lebih membanggakan, bermula 2017 hingga 2019, pengunjung wanita karnival  #mydigitalmaker telah meningkat sebanyak dua peratus setiap tahun.

Program Ninja Digital Melahirkan Juara Wanita

Program Ninja Digital diperkenalkan pada tahun 2017 kepada pelajar di seluruh Malaysia yang berusia di antara 13 hingga 17 tahun . Ia berupaya menunjukkan kemahiran digital yang tinggi dan mempunyai bakat besar dalam bidang teknologi digital.  Sehingga kini, terdapat 413 peserta yang telah dipilih untuk menghadiri program Ninja Digital. Pada akhir program ini, MDEC akan membantu mereka ini membuat permohonan untuk kemudahan biasiswa dan penempatan di Institut dan Universiti Teknologi Digital Primer yang dikenali sebagai PDTI. Sehingga kini, peserta wanita program ini adalah merangkumi  36 peratus.

Ini adalah sebahagian daripada peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan yang diwujudkan oleh MDEC untuk memahirkan rakyat Malaysia dan membangunkan ekosistem digital. Kesemua ini adalah untuk dimanfaatkan oleh semua . Dengan perubahan yang wujud dalam pekerjaan dan perdagangan disebabkan oleh Revolusi Perindustrian 4.0, maka terdapat kekurangan bakat dalam bidang teknologi sama seperti kurangnya penyertaan wanita dalam bidang perniagaan. Sebagai contoh, dalam pemilikan perniagaan dalam talian, terdapat jurang yang ketara lelaki didapati mempunyai pemilikan yang lebih besar. Walaupun sudah terdapat 1.18 juta wanita yang terbabit dalam perusahaan kecil dan sederhana, separuh dari populasi usahawan wanita yang terlibat dalam perniagaan dalam talian hanya bertumpu di ibu negara.

Dalam usaha untuk mengurangkan jurang ini, MDEC telah menyediakan beberapa program yang tidak boleh dilepaskan. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.mdec.com.my

Sempena Hari Wanita Antarabangsa ini, berikrarlah untuk mengubah diri anda dan sertailah ekonomi digital Malaysia. 

Share this: