Saya kini
sering berbalas mesej dengan cucu menerusi aplikasi Whatsapp


Puan Salmah
PPR Hiliran
Ampang

#SAYADIGITAL UNTUK

URUSAN
SEHARIAN

Bagaimanakah caranya?

Anda akan diajar oleh oleh Sukarelawan GENG #SayaDigital di pusat komuniti setempat anda.

Apakah saya akan pelajari?

Terdapat 3 modul yang anda akan pelajari:

Untuk Komunikasi

Pelajari penggunaan aplikasi Whatsapp, Facebook, sunting video pendek untuk Youtube dan pengendalian Google Maps.

Perbankan Atas Talian & eDompet

Pelajari penggunaan perkhidmatan bank dalam talian dan pembayaran menggunakan eDompet.

Aplikasi Perkhidmatan Digital

Pelajari pembayaran bil, tempahan perkhidmatan e-hailing, tempahan makanan dan barangan runcit secara dalam talian. Anda juga diajar bagaimana mencari perkhidmatan baikpulih peralatan rumah dan sebagainya.

Berapa lama tempoh pembelajaran?

Setiap modul akan mengambil masa anggaran 60-90 minit sahaja.