22.06.2020
Categories: people, visi malaysia 5.0

Ucapan Pengerusi mengenai Ekonomi Digital – Kini, masa sesuai untuk memberi tumpuan kepada Malaysia 5.0

16 Jun 2020
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
VISI MALAYSIA 5.0

Nama saya Rais Hussin, dan saya amat berbesar hati dan gembira untuk bertemu dengan anda semua pada hari ini sebagai Pengerusi MDEC.

Transformasi digital merupakan hasrat peribadi saya, yang selama ini telah saya dedikasikan secara profesional dan akademik, terkandung di dalam terbitan buku berjudul 4IR: Reinventing Nation, yang telah dikarang bersama dengan salah seorang pakar blokchain yang terkemuka, En. Dinis Guarda. Buku ini telah dilancarkan secara global di Frankfurt pada Oktober 2019.

Buku ini dikarang sebagai rangka tindakan (blueprint) untuk membantu kerajaan negara-negara membangun dalam agenda transformasi digital mereka. Transformasi digital memberikan cabaran dan peluang kepada kita semua. Dengan bantuan teknologi 4IR, kita dapat mewujudkan suasana kehidupan yang lebih baik untuk semua orang, termasuk dapat mencipta pekerjaan baru yang lebih bermakna, meningkatkan kemahiran tenaga kerja, tahap kesihatan dan pendidikan yang lebih baik, dan dapat mewujudkan bandar yang lebih pintar serta lebih hijau.

Di kemuncak teknologi 4IR, kita diberi peluang untuk mencipta naratif baru dalam kehidupan masyarakat menggunakan teknologi yang dapat memberi kuasa kepada kerajaan dan mengurangkan perpecahan yang disebabkan oleh perbezaan warna kulit, fahaman dan negara – seperti yang diperkenalkan oleh Jepun sebagai “Masyarakat 5.0”.

Istilah ini menerangkan tahap evolusi masyarakat yang seterusnya. “Masyarakat 5.0” dibina berdasarkan keperluan rakyat yang berpusat. Saya mengimpikan MDEC sebagai badan yang berperanan dalam memangkin peralihan ini untuk Malaysia dan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Covid-19 telah mempercepatkan proses evolusi ini, penghijrahan masyarakat daripada infrastruktur fizikal kepada infrastruktur digital. Masyarakat 5.0 menjanjikan penyatuan keseluruhan sistem melalui teknologi 4IR seperti kecerdasan buatan (AI), internet untuk segalanya (IoT), blockhain, dan kewangan digital (Fintech).

Selepas beberapa bulan dikuarantin, dengan syarikat-syarikat dan isi rumah dalam mod pemulihan untuk kelangsungan kehidupan mereka, kita sekarang harus keluar daripada krisis ini. Pemulihan ekonomi akan bergantung kepada transformasi teknologi 4IR dan menjadi seperti saya gelarkan sebagai “Malaysia 5.0”.

Malaysia 5.0 merupakan naratif baru untuk Malaysia sebagai ekonomi inovasi yang dapat bersaing dalam dunia teknologi, berfungsi sebagai batu loncatan untuk ASEAN, menghubungkan Asia, Timur Tengah dan Afrika, termasuk 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh dunia.

MDEC sudah pasti akan memainkan peranan utama dalam memperkenalkan teknologi baru, yang merupakan alat terpenting dalam ekonomi digital Malaysia 5.0. Jika dasar seperti ini tiada dalam strategi National negara, Malaysia akan terus ketinggalan dan tersisih daripada ekosistem digital dan tenaga kerja baru.

Sebaliknya, Malaysia 5.0 dapat menyumbang kepada ekonomi kitaran dan ekonomi yang lebih lestari, di mana kehidupan yang lebih sejahtera dapat diwujudkan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, umur, dan kelas.

Inisiatif baru yang saya cadangkan ini dirangka untuk menjadi hab yang menghubungkan syarikat-syarikat 4IR di Malaysia dengan seluruh dunia, melalui peraturan yang ketat serta strategi dan arah daripada MDEC, dan selaras dengan pakej rangsangan yang baru diumumkan seperti PRIHATIN dan PENJANA.

Walaupun terdapat banyak penderitaan dihadapi disebabkan oleh pandemik yang sedang melanda ini, namun selepas beberapa bulan dikuarantin, dengan syarikat dan isi rumah harus bersedia memulakan semula ekonomi untuk kelangsungan hidup, pengakhiran kepada krisis ini akan muncul juga. Pemulihan yang seterusnya adalah mencipta peluang untuk mengatasi cabaran sosial, meningkatkan produktiviti dan mewujudkan pasaran baru.

Dengan atau tanpa krisis ini, jika kita ingin berhijrah kepada ekonomi berpendapatan tinggi, ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge-based economy) perlu menjadi visi kepada Wawasan Kemakmuran Bersama (SPV) 2030, dan seterusnya kita perlu menyokong inovasi, melatih tenaga kerja (meningkatkan kemahiran), dan memberi insentif kepada pelaburan.

Masalah yang lebih besar daripada risiko kemerosotan ekonomi adalah apabila kita berkemungkinan akan kembali menghadapi krisis yang sama. Bekerja dan belajar daripada rakan-rakan baru saya di MDEC, saya yakin bahawa kita bakal menemui cara baru dalam melakukan sesuatu perkara dan kita akan bertahan bukan sahaja sebagai satu masyarakat, malah akan menjadi lebih kuat dalam ekonomi global.

Biodata ringkas Pengerusi:

Dr. Rais Hussin merupakan seorang ahli strategi yang berdedikasi, petah berkata-kata, jurutera sosial, usahawan dan pemikir dasar. Beliau juga merupakan Presiden dan CEO EMIR Research, badan pemikir yang fokus dalam penyelidikan berteraskan data mengenai setiap isu national atau antarabangsa.

Beliau mempunyai pengalaman dalam sektor korporat di peringkat global dan tempatan lebih dari 23 tahun dalam memimpin dan menguruskan syarikat telekomunikasi, teknologi dan IT.

Beliau secara aktif mempromosikan pelaburan, teknologi dan pelaksanaan projek berteknologi tinggi di Malaysia dan pertumbuhan pasaran yang menarik di zon ekonomi ASEAN.

Beliau juga tertarik dengan perkara yang berkaitan dengan perubahan, data raya, ekonomi berdasarkan aplikasi, algoritma dan kecerdasan buatan. Merentasi sains, strategi, komunikasi dan penasihat dasar, Dr. Rais Hussin berusaha meyakinkan pihak kerajaan untuk menerapkan hubungan sektor awam-swasta seperti yang dicadangkan oleh Bank Dunia, untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dalam pasaran.

Dr. Rais Hussin menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Sarjana Pengurusan dan Doktor Falsafah dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).