30.01.2020
Categories: people

PROGRAM MAKERSPACE DISYORKAN UNTUK DILAKSANAKAN DI SETIAP NEGERI

BALIK PULAU, 30 Jan – Setiap kerajaan negeri disaran untuk melaksanakan program MakerSpace di negeri masing-masing bagi memberi peluang kepada murid dan pelajar meneroka ilmu sains dan teknologi secara lebih mendalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang menyarankan perkara itu berkata kerajaan negeri lain boleh mencontohi langkah yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang menerusi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang menggunakan ruang sedia ada dengan menyediakan infrastruktur untuk kemudahan murid dan pelajar di negeri itu menerokai ilmu sains dan teknologi.

 

Baca berita selanjutnya @BERNAMA