Industrydevelopment

NEWS & ANNOUNCEMENTS

Kenyataan Media Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dengan sukacitanya mengumumkan pelantikan Surina Shukri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu bagi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 16 Januari 2019.

Beliau telah membina sebahagian besar kerjaya profesionalnya di Amerika Syarikat dan telah kembali ke Malaysia untuk memainkan peranan baharunya di MDEC.

Beliau mempunyai pengalaman luas selama lebih 20 tahun bekerja di pelbagai syarikat multinasional, terutamanya di JPMorgan Chase & Co dan start-up dalam sektor kewangan, sumber alam, tenaga dan teknologi.

Surina adalah graduan daripada University of Pennsylvania dan mempunyai Sarjana Muda Sains Ekonomi dari The Wharton School dan Sarjana Muda Sains Gunaan dalam Kejuruteraan Sistem dari School of Engineering & Applied Sciences.

Beliau akan menggantikan Datuk Yasmin Mahmood, yang telah meletakkan jawatan pada 7 Disember yang lalu.

MDEC telah berjaya menerajui pembinaan ekosistem ekonomi digital negara dan telah banyak memberi manfaat kepada rakyat. Saya yakin Surina akan berusaha untuk terus membina MDEC dengan kepimpinan dan pengalaman beliau dan membawa MDEC ke tahap yang lebih tinggi, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di pentas dunia.

GOBIND SINGH DEO
MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
15 JANUARI 2019