14.09.2019
Categories:

LEBIH 700,000 BELIA DAPAT MANFAAT DARIPADA #MYDIGITALMAKER

KUALA LUMPUR: Gerakan #MyDigitalMaker, inisiatif akademik awam-swasta yang bermula dua tahun lepas, telah memberi manfaat kepada lebih 700,000 belia di seluruh negara dengan membantu mereka menyediakan diri untuk pekerjaan pada masa depan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri.

Beliau berkata inisiatif berkenaan bermatlamat untuk mewujudkan negara yang mempunyai tenaga kerja ekonomi digital dengan mengubah pengguna digital menjadi pengeluar digital, serta untuk menangani keperluan belia Malaysia mempunyai kemahiran penting untuk kekal relevan dalam tenaga kerja masa depan.

 

Baca berita selanjutnya @ BERNAMA