16.10.2019
Categories:

KERAJAAN AKAN TUBUHKAN MAJLIS KETERANGKUMAN DIGITAL KEBANGSAAN – TUN MAHATHIR

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia Ke-30 pada Rabu mencadangkan penubuhan Majlis Keterangkuman Digital Kebangsaan bagi mewujudkan peluang pendapatan kepada rakyat Malaysia dalam ekonomi digital.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata cadangan tersebut akan dibawa ke Kabinet bagi mendapatkan persetujuan.

Dr Mahathir berkata majlis tersebut yang akan dipengerusikannya bakal dianggotai lebih 11 kementerian dalam kabinet dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) selaku sekretariat.

 

Baca berita selanjutnya @ ASTRO AWANI