24.06.2020
Categories: people

GLOW SASAR BIMBING 10,000 ‘FREELANCER’

Sorry, this entry is only available in Malay.

Program Global Online Workforce (GLOW) yang akan dilancarkan Ogos ini bakal memanfaatkan sehingga 10,000 pekerja bebas atau freelancer di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Surina Shukri, berkata program GLOW bertujuan membimbing rakyat Malaysia yang bekerja sebagai freelancer memasarkan perkhidmatan mereka ke peringkat global.

Katanya, ia sekali gus membantu golongan ini menjana pendapatan dalam talian yang lebih tinggi apabila mampu mendapatkan pelanggan pada peringkat antarabangsa.

“GLOW sebenarnya bukan program baharu dan ia dijalankan MDEC sejak 2016. Sehingga kini, ia sudah disertai hampir 53,000 orang dengan nilai pendapatan keseluruhan direkodkan lebih RM168 juta.

“Program ini sebahagian daripada inisiatif Pelan Pemulihan Jangka Pendek (PENJANA) yang diumumkan kerajaan sebelum ini dengan peruntukan RM25 juta.

 

Selanjutnya di Berita Harian