20.08.2020
Categories: people, rakyat

(BM) MDEC LANCAR GERAKAN #SAYADIGITAL

Sorry, this entry is only available in Malay.

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melancarkan Gerakan #SayaDigital untuk memperkasakan rakyat Malaysia bagi mempercepatkan pertumbuhan masyarakat digital di negara ini.

Ini akan membolehkan mereka merebut peluang yang ditawarkan oleh ekonomi digital negara, kata MDEC dalam satu kenyataan hari ini.

Ia berkata, matlamat utama gerakan itu adalah untuk mempercepat masyarakat digital dan merangsang negara melakukan lonjakan digital bagi berdepan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan seterusnya mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

“#SayaDigital mempunyai empat tujuan utama, iaitu; digital memudahkan kehidupan, menambah pendapatan, memperkasakan kerjaya dan meluaskan perniagaan,” kata perbadanan itu.

Sepanjang Ogos 2020, Gerakan #SayaDigital akan menampilkan beberapa program yang membolehkan rakyat Malaysia mahir secara digital serta memperkasakan perniagaan untuk bergerak ke arah pendigitalan dengan pantas dan berstruktur.

 

Baca berita selanjutnya @Berita Harian