01.09.2022
Categories: #MalaysiaDigital, #SayaDigital, E-Commerce, E-Dagang

(BM) JUALAN MURAH KELUARGA MALAYSIA @ DE DAGANG SALUR MANFAAT KEPADA RAKYAT

Sorry, this entry is only available in Malay.

  1. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) menerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah mengumumkan pelancaran Kempen Jualan Murah Keluarga Malaysia @ DE DAGANG ([email protected] DAGANG), iaitu usaha nasional untuk mengurangkan beban perbelanjaan rakyat.
  2. Kempen ini akan berlangsung dari September hingga Disember 2022 dan kerajaan akan memberikan insentif seperti potongan harga, baucar diskaun, rebat dan baucar penghantaran kepada rakyat bagi mendorong lebih banyak pembelian secara dalam talian dari perniagaan dan produk tempatan.
  3. Kempen ini selari dengan aspirasi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, iaitu untuk menurunkan kadar inflasi dan harga makanan, terutamanya menerusi Program Jualan Murah Keluarga Malaysia dan juga disokong penuh oleh Kementerian Kewangan (MOF).
  4. Melalui kerjasama bersama Rakan Platform Digital, kempen ini akan membolehkan rakyat berbelanja pada harga yang berpatutan dan tidak menekan mereka terutamanya barangan harian seperti produk keperluan asas dan runcit, makanan, dan perkakasan rumah yang boleh didapati dengan potongan diskaun sehingga 20%.
  5. Kempen tahun ini juga akan membantu usahawan dalam sektor sasaran seperti produk-produk Halal, hasil Pertanian dan produk Buatan Malaysia.
  6. Insentif-insentif yang ditawarkan melalui kempen ini boleh ditebus dari 17 Rakan Platform Digital yang terlibat termasuk platform tempatan seperti Bizapp, InstanteStore, Jocom, Kravve, Kumoten, Lokein.com, Maybank, Rtist, SiteGiant, Wonderfly dan juga platform luar negara seperti Fave, FoodPanda, Grab, Lazada, OYO Hospitality, Shopee, dan TikTok.
  7. Selain itu, [email protected] DAGANG akan membantu usahawan yang mempunyai produk barangan buatan dan jenama Malaysia yang berpotensi untuk diekspot serta produk Pelancongan dan Kraf untuk menggunapakai dan memanfaatkan Platform Digital.
  8. Kempen ini dijangka akan memberi manfaat kepada 100,000 perniagaan tempatan, dengan 30,000 daripadanya adalah perniagaan baharu yang turut menyertai program ini. Jumlah Jualan Kasar (GMV) yang disasarkan bakal melebihi RM1.5 bilion dengan menjana sebanyak 5 juta transaksi.
  9. Merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2022, [email protected] DAGANG bersama Rakan Platform Digitalnya juga akan menyalurkan manfaat dan sokongan kewangan bernilai RM300 juta kepada perniagaan tempatan melalui pelbagai platform e-Dagang dan e-Bayar yang bertujuan untuk menambahbaik keupayaan penjualan, sekaligus meningkatkan pendapatan mereka.
  10. MDEC, selaku agensi peneraju Ekonomi Digital, akan terus memacu penggunaan digital dalam kalangan perniagaan tempatan menerusi Inisiatif Malaysia Digital, sekaligus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab digital ASEAN.

 

TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA TPr ANNUAR HAJI MUSA

MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA