Sertai kami

Dengan lebih 2,000 buah syarikat, status MSC Malaysia yang sangat diminati oleh banyak organisasi IT di negara ini. Dikenali sebagai MSC Malaysia Entity , ianya memberikan syarikat akses kepada insentif eksklusif yang dapat memberi kelebihan yang diperlukan dalam industri IT yang kompetitif.

Proses Permohonan MSC Malaysia

Bagi syarikat yang ingin memohon status MSC Malaysia, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ketahui

Langkah 1
  • Muat turun dan isi borang permohonan
  • Klik ‘Mohon Status MSC’ untuk mendaftarkan akaun anda dan melengkapkan borang permohonan dalam talian dalam masa 30 hari bekerja.
Langkah 2
  • Permohonan anda akan disemak untuk pemeriksaan awal.
  • Resit pengakuan akan dihantar ke e-mel berdaftar anda setelah pemeriksaan awal permohonan anda berjaya.
  • Penganalisis Perniagaan (BA) akan ditugaskan secara automatik untuk mengesahkan permohonan anda.
  • Langkah ini mengambil masa 7 hari bekerja.
Langkah 3
  • BA akan menilai borang permohonan anda
  • Anda akan diminta untuk menghantar sejumlah dokumen seperti yang diperlukan serta bayaran pemprosesan
  • Pemberitahuan akan dihantar setelah anda melengkapkan permohonan
  • Proses ini mengambil masa selama 20 hari bekerja
Langkah 4

Permohonan anda akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Persetujuan (AC)

Pohon Status MSC Malaysia Hari Ini

Mulakan permohonan sekarang dan mulakan perjalanan perniagaan anda untuk menjadi Syarikat Status MSC Malaysia

MOHON MSC STATUS