Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang dikelolakan oleh MDEC untuk membantu perniagaan anda mengadaptasi penyelesaian dan perkhidmatan berasaskan Ekonomi Perkongsian secara rintis:
- Bengkel LEAD
- Bengkel bersiri yang direka untuk memberikan kesedaran dan pemahaman tentang model Ekonomi Perkongsian. Pelbagai penyelesaian & perkhidmatan Ekonomi Perkongsian akan dikongsi semasa bengkel LEAD bagi membantu anda membuat keputusan mengguna pakai perkhidmatan Ekonomi Perkongsian dalam memenuhi keperluan perniagaan anda.
- Adaptasi Ekonomi Perkongsian Secara Rintis bersama MDEC
- MDEC telah memperkenalkan adaptasi Ekonomi Perkongsian secara rintis bagi membantu perniagaan mencapai hasil yang diperlukan dengan risiko yang minimum.