Mulakan kerjaya anda dengan latihan kemahiran digital

Peluang untuk tingkatkan kemahiran anda dalam kerjaya menerusi MYWiT

Cari kerjaya idaman anda

atau carian melalui syarikat:

Arvato Systems Malaysia Sdn Bhd

Brandt International Sdn Bhd

Cacafly Malaysia Sdn Bhd

CL Technologies ( International) Sdn Bhd

Cloudatik Solutions Sdn Bhd

Dell Technologies

EMAILMAGIC SDN BHD

Encore Med Sdn Bhd

Era Media Sdn Bhd

Innergia Labs Sdn Bhd

LE Global Services Sdn Bhd

Mechanikos Sdn Bhd

Metapair Sdn. Bhd.

Newswav Sdn Bhd

Odesi Ecob Sdn Bhd

ONNET SOLUTIONS SDN. BHD.

Pantas Software Sdn. Bhd.

Price Guide Sdn Bhd

Silverlake Digital Economy Sdn Bhd

SRKAY Consulting Group Sdn Bhd

Suria Labs Development Sdn Bhd

Telebort Technologies Sdn Bhd

The Future Commerce Sdn. Bhd.

We Build Easy Sdn Bhd

FAQ

Soalan Lazim


Apa itu MYWiT?
MYWiT merupakan sebuah program inisiatif Belanjawan 2021 yang diwujudkan bagi merangsang penjanaan pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di kalangan rakyat Malaysia. Insentif yang ditawarkan terdiri daripada 2 program: Perantis Teknologi Digital (DTA) dan Perkhidmatan Digital Perniagaan (DBS).
Apakah manfaat MYWiT kepada syarikat?
Membuka peluang kepada syarikat/majikan untuk mengambil pekerja Malaysia yang tidak bekerja atau diberhentikan serta memberi latihan menurut keperluan syarikat dengan kos yang lebih rendah.
Apakah manfaat MYWiT kepada pencari pekerjaan?
MYWiT menawarkan peluang kepada pencari pekerjaan bagi mendapatkan kerja di syarikat teknologi digital ternama dan meningkatkan kemahiran digital
Apa itu DBS dan apakah objektifnya?
DBS ialah ringkasan kepada Digital Business Services atau Perkhidmatan Digital Perniagaan. Program ini bertujuan untuk:
• Membantu mengatasi masalah pengangguran dengan penglibatan dalam sektor DBS yang semakin berkembang.
• Meningkatkan daya saing Malaysia sebagai lokasi Pelaburan Digital.
Apakah insentif yang ditawarkan melalui DBS?
Berikut merupakan struktur insentif DBS:
• Insentif untuk seorang pekerja: RM9,800 – RM20,600
• Insentif gaji sebanyak 40% daripada gaji bulanan selama 6 bulan (lingkungan gaji: RM2,000 hingga RM6,500), dan
• Subsidi latihan sehingga RM5,000 seorang untuk mengikuti:
o Latihan anjuran syarikat ATAU
o Kursus “Work and Learn” dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC
• Insentif dibayar kepada majikan
Siapakah yang layak untuk program ini?
Untuk syarikat/majikan:
• Modal berbayar minimum: RM20,000
• Syarikat diperbadankan di Malaysia
• Tidak tertakluk kepada perintah pembubaran atau penutupan perniagaan/aktif dan tidak dorman
• Bukan syarikat atau anak syarikat dalamsektor awam, badan berkanun persekutuan & negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
• Pengarah syarikat/pemegang saham/rakan kongsi/pengurusan kanan untuk menyatakan dan mendedahkan sekiranya ada hubungan perniagaan/hubungan keluarga dekat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC
Apakah jenis pekerjaan yang layak untuk program insentif?
Kewangan & Perakaunan, Sumber Manusia, Periklanan, Moderator Perisian, Pengurusan Pengalaman Pelanggan adalah bidang keutamaan untuk program DBS.
Berapakah gaji minimum yang perlu dibayar kepada peserta dan tempoh minimum kontrak pekerjaan?
Gaji bulanan minimum ialah RM2,000 dengan tempoh kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan
Berapa ramai peserta/jawatan yang boleh didaftarkan oleh syarikat untuk program DBS?
Sebagai menyokong syarikat/majikan pelbagai saiz, tidak ada kekosongan minimum yang diperlukan. Syarikat/majikan boleh memohon maksimum 500 orang untuk DBS dan/ atau 50 orang untuk DTA tertakluk kepada ketersediaan dan kelulusan dana
Sekiranya syarikat mempunyai 500 kekosongan dan pengambilan pekerja dibahagi kepada tiga suku, perlukah syarikat mendaftar untuk 500 kekosongan atau mendaftar untuk jawatan yang akan diisi dalam tempoh 2 bulan akan datang?
Syarikat hanya boleh mendaftar untuk kekosongan segera. Merujuk kepada proses pendaftaran, syarikat mempunyai masa sehingga 2 bulan untuk mengisi kekosongan yang didaftarkan untuk insentif ini.
Bolehkah syarikat menuntut untuk pekerja baru yang mula bekerja sebelum syarikat menerima kelulusan bagi menyertai program MYWiT?
Syarikat boleh menuntut untuk pekerja yang menerima surat tawaran pekerjaan selepas tarikh pendaftaran atas talian MYWiT.
Apakah jenis dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran?
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran:
• Surat tawaran pekerjaan yang dikeluarkan kepada pekerja baru yang dikeluarkan setelah tarikh permohonan kelayakan atas talian
• Salinan kad pengenalan pekerja baru
• Penyata KWSP untuk tempoh 6 bulan lepas bagi pekerja baru (calon yang tidak bekerja)
• Surat penyata komitmen di antara majikan dan Penyedia Latihan atau Invois Perkhidmatan Latihan
• Maklumat latihan anjuran syarikat seperti contoh yang dilampirkan
• Surat rasmi yang mengesahkan dokumen dan butiran yang diberikan adalah benar dan ditandatangani oleh pihak pengurusan syarikat.
Apakah had usia untuk peserta?
Tiada had usia bagi individu yang mencari pekerjaan untuk menyertai program ini. Bagaimanapun, pemilihan calon adalah berdasarkan pemilihan syarikat.
Bolehkah saya mengambil pekerja warga asing?
Tidak. Insentif hanya boleh didaftarkan untuk calon warga Malaysia.
Bolehkah gaji minimum mengambil kira elaun?
Syarikat perlu menawarkan gaji kasar yang memenuhi kriteria gaji minimum.
Apakah jenis latihan yang syarikat perlu sediakan?
Peserta mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana atau kombinasi 3 mod latihan seperti berikut:
• Latihan anjuran syarikat (min 40 jam) DAN/ATAU
• Kursus “Work and Learn” dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC
Berapa lama masa yang diperlukan untuk menerima notis kelulusan setelah menghantar borang kelulusan?
Kelulusan akan diberikan dalam 25 hari bekerja dari tarikh tutup kelulusan.
Bolehkah gaji/ nama jawatan/ jumlah peserta untuk jawatan tertentu diubah?
Tidak. Ianya perlu sama sepertimana yang telah diluluskan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, syarikat perlu menghantar permohonan baharu.
Bagaimana sekiranya syarikat tidak dapat memenuhi komitmen?
Syarikat dikehendaki mematuhi terma dan syarat untuk menerima insentif.
Bolehkah saya mengganti peserta sekiranya mereka berhenti atau diberhentikan?
Syarikat tidak dibenarkan mengganti peserta sekiranya mereka berhenti atau diberhentikan. Syarikat perlu mengemukakan permohonan baru untuk calon baru/pengganti.
Bilakah saya boleh memulakan proses tuntutan?
Syarikat boleh membuat tuntutan setelah peserta melengkapkan program di bulan ketiga dan keenam.
Apa itu DBS dan apakah objektifnya?
DBS ialah ringkasan kepada Digital Business Services atau Perkhidmatan Digital Perniagaan. Program ini bertujuan untuk:
• Membantu mengatasi masalah pengangguran dengan penglibatan dalam sektor DBS yang semakin berkembang.
• Meningkatkan daya saing Malaysia sebagai lokasi Pelaburan Digital.
Apakah insentif yang ditawarkan melalui DBS?
Berikut merupakan struktur insentif DBS:
• Insentif untuk seorang pekerja: RM9,800 – RM20,600
• Insentif gaji sebanyak 40% daripada gaji bulanan selama 6 bulan (lingkungan gaji: RM2,000 hingga RM6,500), dan
• Subsidi latihan sehingga RM5,000 seorang atau mana-mana nilai yang lebih rendah untuk mengikuti:
o Latihan anjuran syarikat ATAU
o Kursus “Career Upgrade” dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC sini
• Insentif dibayar kepada majikan
Siapakah yang layak untuk program ini?
Pencari pekerjaan harus memenuhi kriteria berikut:
• Tidak bekerja atau diberhentikan kerja bagi tempoh minimum 2 bulan
• Bukan sebahagian daripada PenjanaKerjaya 2.0 dan Penjana KPT-CAP
• Tidak boleh menjadi ahli keluarga terdekat(pasangan, ibu bapa, anak(termasuk anak angkat atau anak tiri), saudara atau saudari, pasangan anak, saudara lelaki atau saudara perempuan) pengarah/pemegang saham/pengurusan atasan syarikat pengambilan pekerja
• Bukan benefisiari semasa/masa lalu dari sebarang insentif MyDigitalWorkForce Work In Tech
• Warganegara Malaysia
Apakah bidang utama atau fokus kerjaya untuk DBS?
Kewangan & Perakaunan, Sumber Manusia, Periklanan, Moderator Perisian, Pengurusan Pengalaman Pelanggan adalah bidang keutamaan untuk program DBS.
Berapakah gaji minimum yang perlu dibayar kepada peserta dan tempoh minimum kontrak pekerjaan?
Gaji bulanan minimum ialah RM2,000 dengan tempoh kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan.
Apakah had usia untuk peserta?
Tiada had usia bagi individu yang mencari pekerjaan untuk menyertai program ini. Bagaimanapun, pemilihan calon adalah berdasarkan pemilihan syarikat.
Apakah jenis latihan yang syarikat perlu sediakan?
Peserta mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana atau kombinasi mod latihan seperti berikut:
• Latihan anjuran syarikat (min 40 jam) DAN/ATAU
• Kursus “Work and Learn” jangka pendek dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC
Bagaimana untuk memohon program ini?
Peserta perlu melalui proses lantikan jawatan dan memohon menerusi syarikat yang tersenarai dalam program MYWiT ini. Jika berjaya, peserta akan diserapkan ke dalam program oleh syarikat yang menggajikan anda.
Apa itu DBS dan apakah objektifnya?
DTA adalah ringkasan kepada Digital Technology Apprenticeship atau Perantis Teknologi Digital. Program ini direka khas untuk:
• Meningkatkan kemahiran individu yang tidak bekerja bagi memenuhi keperluan yang tinggi terhadap pekerja dalam bidang Sains Data, Pembangunan Perisian dan Keselamatan Siber
• Menyediakan pekerja berkualiti untuk sektor teknologi yang diperlukan oleh industri
Apakah insentif yang ditawarkan melalui DTA?
Berikut merupakan struktur insentif untuk DTA:
• Insentif sehingga RM15,200 bagi seorang peserta
• Insentif gaji RM1,200/bulan untuk enam bulan
• Subsidi latihan sehingga RM8,000/seorang atau mana-mana nilai lebih rendah
• Mengikuti kursus “Career Upgrade” yang tersenarai dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC sini
• Insentif dibayar menerusi majikan
Siapakah yang layak untuk program ini?
Untuk syarikat/majikan:
• Modal berbayar minimum: RM20,000
• Syarikat diperbadankan di Malaysia
• Tidak tertakluk kepada perintah pembubaran atau penutupan perniagaan/aktif dan tidak dorman
• Bukan majikan sektor awam, badan berkanun persekutuan & negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT)
• Pengarah syarikat/pemegang saham/rakan kongsi/pengurusan kanan untuk menyatakan dan mendedahkan sekiranya ada hubungan perniagaan/hubungan keluarga dekat dengan mana-mana pengarah atau pekerja MDEC
Apakah bidang keutamaan atau fokus kerjaya untuk DTA?
Pembangunan perisian, sains data dan keselamatan siber.
Berapakah gaji minimum yang perlu dibayar kepada peserta dan tempoh minimum kontrak pekerjaan?
Gaji atau elaun bulanan minimum adalah RM3,000 bermula bulan keempat dan menawarkan gaji minimum tidak kurang daripada RM1,200 untuk tiga bulan pertama program dengan tempoh kontrak pekerjaan atau perintis sekurang-kurangnya 12 bulan.
Berapa ramai peserta/jawatan yang boleh didaftarkan oleh syarikat untuk program DTA?
Sebagai menyokong syarikat/majikan pelbagai saiz, tidak kekosongan minimum yang diperlukan. Syarikat/majikan boleh memohon maksimum 500 orang untuk DBS dan/atau 50 orang untuk DTA tertakluk kepada ketersediaan dan kelulusan dana.
Apakah jenis dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran?
Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran:
• Surat tawaran pekerjaan yang dikeluarkan kepada pekerja baru yang dikeluarkan setelah tarikh permohonan kelayakan atas talian
• Salinan kad pengenalan pekerja baru
• Penyata KWSP untuk tempoh 6 bulan lepas bagi pekerja baru (calon yang tidak bekerja)
• Surat penyata komitmen di antara majikan dan Penyedia Latihan atau Invois Perkhidmatan Latihan
• Maklumat latihan anjuran syarikat seperti contoh yang dilampirkan
• Surat rasmi yang mengesahkan dokumen dan butiran yang diberikan adalah benar dan ditandatangani oleh pihak pengurusan syarikat.
Apakah had usia untuk peserta?
Tiada had usia bagi individu yang mencari pekerjaan untuk menyertai program ini. Bagaimanapun, pemilihan calon adalah berdasarkan kriteria syarikat.
Bolehkah saya mengambil pekerja warga asing?
Tidak. Insentif hanya boleh didaftarkan untuk calon warga Malaysia.
Bolehkah gaji minimum mengambil kira elaun?
Syarikat perlu menawarkan gaji kasar yang memenuhi kriteria gaji minimum.
Apakah jenis latihan yang syarikat perlu sediakan?
Peserta boleh memilih kursus “Career Upgrade” yang tersenarai dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC (contohnya: Data Science Immersive, Full Stack Web Development Bootcamp, Software Engineering (Basic), CISCO 200-201 Cyberops Associate Certification).
Berapa lama masa yang diperlukan untuk menerima notis kelulusan setelah menghantar borang kelulusan ?
Kelulusan akan diberikan dalam 25 hari bekerj dari tarikh tutup kelulusan.
Bolehkah gaji/ nama jawatan/ jumlah peserta untuk jawatan tertentu diubah?
Tidak. Ianya perlu sama sepertimana yang telah diluluskan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, syarikat perlu menghantar permohonan baharu.
Bagaimana sekiranya syarikat tidak dapat memenuhi komitmen?
Syarikat dikehendaki mematuhi terma dan syarat untuk menerima insentif.
Bolehkah saya mengganti peserta sekiranya mereka berhenti atau diberhentikan?
Syarikat tidak dibenarkan mengganti peserta sekiranya mereka berhenti atau diberhentikan.
Bilakah saya boleh memulakan proses tuntutan?
Syarikat boleh membuat tuntutan subsidi latihan setelah peserta menghabiskan latihan dan tuntutan subsidi gaji setelah melengkapkan program di bulan ketiga dan keenam.
Apa itu DTA dan apakah objektifnya?
DTA adalah ringkasan kepada Digital Technology Apprenticeship atau Perantis Teknologi Digital.
Program ini direka khas untuk:
• Meningkatkan kemahiran rakyat Malaysia yang tidak bekerja bagi memenuhi permintaan tinggi dalam bidang Sains Data, Pembangunan Perisian dan Keselamatan Siber
• Memenuhi kehendak industri terhadap keperluan bakat teknologi berkualiti
Apakah insentif yang ditawarkan melalui DTA?
Berikut merupakan struktur insentif untuk DTA:
• Insentif sehingga RM15,200 bagi seorang peserta
• Insentif gaji RM1,200/bulan untuk enam bulan
• Subsidi latihan sehingga RM8,000/seorang atau mana-mana nilai lebih rendah
• Mengikuti kursus Program Pemecut Kemahiran Digital yang tersenarai dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital
• Insentif dibayar menerusi majikan
Siapakah yang layak untuk program ini?
Pencari pekerjaan harus memenuhi kriteria berikut:
• Bukan benefisiari semasa/masa lalu dari sebarang insentif MyDigitalWorkforce Work In Tech(MYWiT) di mana-mana syarikat
• Bukan sebahagian daripada program PenjanaKerjaya 2.0 dan Penjana KPT-CAP
• Tidak boleh menjadi ahli keluarga terdekat(pasangan, ibu bapa, anak(termasuk anak angkat atau anak tiri), saudara atau saudari, pasangan anak, saudara lelaki atau saudara perempuan) pengarah/pemegang saham / pengurusan atasan syarikat pengambilan pekerja
• Surat tawaran kerja diterima selepas tarikh pendaftaran dalam talian
• Warganegara Malaysia
Apakah bidang utama atau fokus kerjaya untuk DTA?
Pembangunan perisian, sains data dan keselamatan siber.
Berapakah gaji minimum yang perlu dibayar kepada peserta dan tempoh minimum kontrak pekerjaan?
Gaji bulanan minimum adalah RM3,000 bermula bulan keempat dan menawarkan gaji minimum tidak kurang daripada RM1,200 untuk tiga bulan pertama program dengan tempoh kontrak pekerjaan sekurang-kurangnya 12 bulan.
Apakah had usia untuk peserta?
Tiada had usia bagi individu yang mencari pekerjaan untuk menyertai program ini. Bagaimanapun, pemilihan calon adalah berdasarkan kriteria syarikat.
Apakah jenis latihan yang syarikat perlu sediakan?
Peserta boleh memilih kursus “Career Upgrade” (contohnya: Data Science Immersive, Full Stack Web Development Bootcamp, Software Engineering (Basic), CISCO 200-201 Cyberops Associate Certification).
Bagaimana untuk memohon program ini?
Peserta perlu melalui proses lantikan jawatan dan memohon menerusi syarikat yang tersenarai dalam program ini. Jika berjaya, peserta akan diserapkan ke dalam program ini oleh syarikat yang menggajikan anda.