20.08.2021
Kategori: #MalaysiaTechMonth, #MTM2021, 2021, industry, investors, Malaysia Tech Month, people

Minggu Keempat Malaysia Tech Month 2021 Terokai Tren, Teknologi dan Bakat yang Merupakan Pengganggu Digital Masa Kini

  • Bertemakan Digital Disruptors Week, Minggu Keempat MTM’21 akan fokus kepada pengganggu digital masa kini, dari Teknologi Kewangan Islam dan mata wang kripto hingga perdagangan mudah alih dan eSukan.
  • Persidangan utama minggu berkenaan termasuklah Persidangan Kemuncak Teknologi Kreatif eSukan, bersama-sama program satelit seperti program keusahawanan Maxis Spark UsahaWIRA
  • Sesi utama minggu berkenaan termasuklah “Tren Masa Depan dalam Pasaran Gaya Hidup Muslim”, “Memperkasa Penerimaan Digital Menerusi Teknologi Drone” dan “Di Belakang Tabir Atlet Profesional eSukan”. 

CYBERJAYA, 20 OGOS 2021: Selepas tiga minggu pengajuran program sangat memberangsangkan, dimulai dengan pelaburan digital pada minggu pertama kemudian diikuti ekosistem digital dan tenaga kerja digital dan kini kita telah menghampiri Minggu Keempat Malaysia Tech Month 2021 (MTM’21).

Bertemakan Digital Disruptors Week, minggu keempat ini akan menerokai pengganggu digital masa kini, dari Teknologi Kewangan Islam dan mata wang kripto hingga perdangangan mudah alih, bank digital dan eSport mudah alih.

Bermula dari 29 Julai hingga 30 Ogos 2021, MTM’21 adalah merupakan program digital dan teknologi secara maya bertujuan mempromosikan pelaburan dalam digital ekonomi yang dianjurkan oleh Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama yang menerajui agenda transformasi digital Malaysia.

Program selama sebulan berkenaan menawarkan lebih 40 acara dan melibatkan lebih 300 tetamu industri dan pelabur dari dalam dan luar negara, dilangsungkan menerusi empat tema mingguan yang   merangkumi Teras Digital NADI MDEC – Kemahiran Baharu, Penerimaan, Pengganggu dan Pelaburan.

Digital Disruptors Week MTM’21 akan bermula dari 23 hingga 27 Ogos dengan dimulai oleh Pameran Teknologi Kewangan pada hari Isnin yang menawarkan sesi pembentangan daripada syarikat teknologi kewangan bertaraf dunia seperti Soft Space, JurisTech dan Innov8tif.

Pada 25 Ogos (Rabu) pula akan menyaksikan Persidangan Kemuncak Teknologi Kreatif eSukan, merupakan program sehari yang fokus kepada industri eSukan, mengupas topik “Perniagaan dan Pelaburan dalam eSukan”, “Di Belakang Tabir Atlet Profesional eSukan” dan “Alternatif kepada Peluang Pekerjaan eSukan”.

Selain itu, terdapat program satelit menarik dari rakan MDEC seperti Spark UsahaWIRA oleh Maxis, iaitu kelangsungan daripada kempen UsahaWIRA Maxis yang menekankan kepentingan dan peranan teknologi digital sebagai komponen utama keusahawanan Malaysia pada masa kini.

Program selama dua hari berkenaan, yang bermula pada 24 Ogos 2021 akan menyaksikan usahawan-usahawan berkongsi pengalaman mereka dalam keusahawanan digital selain pelbagai sesi bengkel yang dihoskan oleh pemain industri dan Maxis’ SME Help Squad akan berperanan untuk membimbing usahawan terlibat untuk meraih manfaat daripada geran dan penyelesaian digital.

Perkara Penting Digital Disruptors Week termasuklah:

  • “Regulators Bootcamp”
    Dikendalikan oleh Ruslena Ramli, Ketua Fintech dan Digital Ekonomi Islam, MDEC. Sesi panel ini akan membincangkan inovasi terkini, kerjasama, model perniagaan dan tren terkini yang berlaku di Malaysia dalam persekitaran Teknologi Kewangan. Ahli panel pakar yang terlibat adalah Ng Sai Kit, Naib Pengerusi Malaysian Venture Capital & Private Equity Association; Wan Malawati Wan Mansor, Timbalan Pengarah, Pembangunan Kewangan & Inovasi, Bank Negara Malaysia dan Azrina Azmel, Timbalan Pengarah Besar, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
    (23 Ogos 2021, 9.30am hingga 10.30am)
  • “Dari Kewangan Islam hingga Pelancongan Halal – Tren Masa Depan dalam Pasaran Gaya Hidup Muslim”
    Pra-pendemik, segmen gaya hidup Muslim telah mencatatkan pertumbuhan yang kukuh merentasi banyak sub-sektor. Bagaimanapun, pemegang taruh dalam segmen ini perlu berdepan dengan relaliti baharu pasca-pendemik – mereka perlu tangkas dan fleksibel  untuk mengejar persekitaran perniagaan yang berubah dengan pantas. Sesi panel akan membincangkan tren masa depan dalam persekitaran Gaya Hidup Muslim, Pelancongan Halal, Kewangan Islam dan pembayaran digital.
    (24 Ogos 2021, 11.00am hingga 12.00pm)
  • “Pembiayaan Alternatif: Bukan Lagi Pilihan tetapi Keutamaan”
    Pada 2016, Malaysia menjadi antara negara pertama yang menubuhkan ekosistem pembiayaan alternatif, yang memperkenalkan ekuiti crowdfunding (ECF). Dikendalikan oleh Elain Lockman dari Ata Plus bersama-sama ahli panel dari platform pembiayaan alternatif iaitu PitchIN, Fundnel dan MyStartr. Ahli panel akan menyentuh bagaimana senario perkembangan  pembiayaan alternatif dalam tempoh lima tahun akan datang di negara ini.
    (24 Ogos 2021, 11.00am hingga 12.00pm)
  • “Lima Pengajaran untuk Kukuh dan Bagaimana Teknologi Eksponen Mentransformasi Perniagaan dan Masyarakat”
    Bagaimana anda beralih dari sektor pembuatan kepada kesihatan? Bagaimana dalam masa 10 tahun ke hadapan mampu mengubah industri keselamatan siber? Bagaimana rupa bentuk robot terbang pada masa depan? Sesi perbincangan yang disertai oleh pengganggu tempatan seperti Blinkware, Inmagine, LGMS dan Aerodyne, akan merungkai bagaimana mereka mampu bertahan semasa pendemik COVID-19 dan bagaimana teknologi akan mentransformasikan perniagaan dan masyarakat pada masa depan.
    (26 Ogos 2021, 12.00pm hingga 1.15pm)
  • “Memperkasa Sektor Ekonomi menerusi Penerimaan Drone”
    Teknologi drone telah menjadi semakin popular, persoalannya bagaimana ia boleh memperkasa pelbagai sektor ekonomi. Ahli panel yang akan menjawab persoalan ini terdiri daripada wakil dari PwC UK, SME Corp, IIB Ventures di Iskandar Investment Berhad, Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia  (CAAM).
    (27 Ogos 2021, 11.30am hingga 1.00pm) 
  • “Memperkasa Sektor Pertanian dengan Penerimaan Digital AgTech”
    Persoalan mengenai keselamatan makanan semakin releven sejak berlakukan pendemik COVID-19 dan gangguan dalam rantaian bekalan dunia. Sektor pertanian yang kukuh boleh membantu menangani kebimbangan ini dan perkara ini akan dibincangkan oleh pakar dari kerajaan, sektor pertanian dan ahli akademik.
    (27 Ogos 2021, 2.30pm hingga 4.00pm)

Untuk maklumat lanjut berkenaan Malaysia Tech Month 2021 boleh layari mdec.my/mtm2021. Pengunjung dan peserta boleh mengetahui pelbagai program MTM’21 seperti perbincangan dan juga mewujudkan rangkaian perhubungan dengan rakan-rakan lain yang hadir menerusi Hubilo Events app, yang boleh dimuat turun di Google Play dan Apple App Store.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Tech Month 2021
Malaysia Tech Month 2021 (MTM2021) merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend terkini tempatan dan antarabangsa seperti kecerdasan buatan, teknologi dron, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik.

Sila layari mdec.my/mtm2021.

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mengintegrasikan negara dengan teknologi, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan sama rata kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan, selaras dengan agenda Malaysia 5.0.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]