27.05.2021
Kategori: 2021, people

UTM lantik Pengerusi MDEC sebagai Profesor Adjung Jabatan Informatik Termajunya

CYBERJAYA, 21 MEI 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama dalam memacu transformasi digital negara, hari ini mengumumkan bahawa Pengerusinya, Yang Berbahagia Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, telah dilantik sebagai Profesor Adjung oleh Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pelantikan ini berkuatkuasa pada 1 Jun 2021 sehingga 31 Mei 2022. Menerusi lantikan ini, Dr Rais akan memberi nasihat dan cadangan kepada Jabatan Informatik Termaju UTM membabitkan aspek-aspek yang berkaitan dengan penggubalan kurikulum. Beliau juga dijangka akan menyampaikan kuliah dan terlibat dengan seminar bersama kakitangan akademik dan mahasiswa UTM.

“Saya sangat berbesar hati dengan perlantikan ini kerana dapat memainkan peranan serta berkongsi pengalaman dan kepakaran yang dimiliki untuk memupuk dan mendidik generasi pemimpin Malaysia masa hadapan. Bidang pendidikan merupakan sesuatu yang dekat dengan diri saya. Oleh itu, saya akan berusaha untuk menanam minat di kalangan pelajar bagi mendalami bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta kandungan yang berkaitan dengan inovasi. Kita tidak boleh melakukan kesilapan kerana pendidikan merupakan pemboleh daya kemajuan serta enjin yang akan mendorong inovasi dan harapan.

“Penglibatan dalam dialog yang konstruktif dengan staf akademik dan pelajar akan menjadi keutamaan saya serta akan berusaha untuk memastikan kurikulum semasa kekal unggul berdasarkan realiti hari ini di samping ‘pertembungan tektonik’ dalam teknologi Revolusi Perindustrian 2.0 (4IR) dan digital.

“Sehubungan itu, usaha membangunkan kemampuan generasi seterusnya dalam bidang digital dan mendorong penerapan teknologi dalam kehidupan seharian sangat penting. Saya berharap dapat menyokong perubahan dan membolehkan peluang yang adil dalam ekonomi digital, sejajar dengan Malaysia 5.0 iaitu sebuah negara yang sangat terintegrasi dengan teknologi yang memperkuat inklusif, kelestarian dan kemakmuran bersama, “kata Dr Rais.

MDEC telah bekerjasama dengan sekolah dan universiti di seluruh negara. Baru-baru ini, MDEC bekerjasama dengan UTM untuk melancarkan biasiswa khas untuk pelajar pascasiswazah yang mengambil jurusan kecerdasan buatan (AI) menerusi inisiatif dikenali sebagai Program Biasiswa AI MyIndustry yang bertujuan untuk meningkatkan penggunaan teknologi AI di Malaysia untuk memacu agenda digital ke hadapan.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]