03.09.2021
Kategori:

KENYATAAN MENGENAI PERSIDANGAN RISE

Cyberjaya, 3 September 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) telah dihubungi oleh Web Summit, penganjur kepada acara RISE, mengenai keputusan mereka untuk mengekalkan penganjurannya di Hong Kong bagi edisi 2022, memandangkan keadaan semasa pandemik COVID-19 serta kekangan dan cabaran yang untuk menganjurkannya di lokasi baharu.

“Kami ingin memberi maklum yang keputusan ini bukanlah muktamad kepada Kuala Lumpur, kerana kami sentiasa mencari lokasi terbaik untuk menganjurkan acara kami, dan sudah pastinya Kuala Lumpur menepati kriteria tersebut. Rakyatnya, budaya, tradisi dan ekosistem teknologi berkembang maju yang terdapat di Kuala Lumpur, memang tidak dapat dinafikan dan kami mengaguminya. Oleh itu, kami sangat yakin di masa hadapan, kami akan terus mengadakan perbincangan bersama komuniti yang penuh bersemangat ini. Kami juga mengalu-alukan para usahawan, pelabur dan pihak media Malaysia untuk menyertai acara kami di seluruh dunia,” dalam satu kenyataan oleh Web Summit. 

MDEC ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan terhadap sokongan yang telah diberikan oleh kerajaan, terutama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), Unit Perancang Ekonomi – Jabatan Perdana Menteri, Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) serta rakan-rakan ekosistem teknologi yang telah berusaha memenangi bidaan penganjuran RISE. Kami berhasrat untuk mengadakan perbincangan bersama mengenai bidaan penganjuran RISE di masa akan datang.   

MDEC akan terus memperhebatkan usaha menganjur acara digital dan platform ekosistem teknologi terbaik di Malaysia, seperti Malaysia Tech Month — temasya digital dan teknologi terbesar di ASEAN, dan World Congress on Information Technology (WCIT) akan datang pada September 2022 untuk menyokong objektif dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital (MyDIGITAL) sekaligus mengukuhkan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN dalam tahun-tahun seterusnya.

Untuk perkembangan lanjut, sila layari www.mdec.my

Muat Turun PDF

 

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mengintegrasikan negara dengan teknologi, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan sama rata kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

 

#MyMDEC #NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Dashika Gnaneswaran – [email protected]

Simon Yap – [email protected]