06.04.2022
Kategori: industry, people

Pantas dan Funding Societies Menerajui Industri dengan Melancarkan Pembiayaan Invois Automatik Pra-Kelulusan untuk PKS

  • Pantas Software dan Funding Societies telah memeterai perjanjian yang menyasarkan untuk menyediakan PKS dengan jaringan keselamatan kewangan yang mudah diakses, memanfaatkan data dan algoritma proprietari syarikat
  • Sebagai alumni program SME Digital Accelerator oleh MDEC, Pantas dan rakan kongsinya, Funding Societies menyasarkan untuk meringkaskan proses pembiayaan invois sehingga sepantas dua hari bekerja

 

CYBERJAYA, 6 APRIL 2022 – Syarikat pemula Pantas telah bekerjasama dengan Funding Societies, iaitu platform pembiayaan digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) terbesar di Asia Tenggara, untuk melancarkan kemudahan pembiayaan invois automatik pra-kelulusan pertama dalam industri untuk PKS di Malaysia.

Kerjasama berkenaan menyasarkan untuk menyediakan jaringan keselamatan kewangan yang mudah diakses untuk PKS. Memanfaatkan data dan algoritma proprietari Pantas dan Funding Societies, PKS secara automatik akan memperoleh pra-kelulusan untuk kemudahan pembiayaan invois melalui perisian e-invois percuma Pantas.

Penyelesaian ini akan mengurangkan masa yang diambil untuk proses keseluruhan pembiayaan invois (dari kemudahan kelulusan sehingga kemasukan wang ke akaun bank) sepantas dua hari bekerja, berbanding mengambil kira-kira beberapa minggu berdasarkan standard industri, selain menawarkan kadar faedah yang kompetitif. PKS juga akan memperoleh had pra-kelulusan yang lebih tinggi dengan melakukan lebih banyak transaksi di Pantas.

“Sebagai peneraju ekonomi digital Malaysia, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) memuji kerjasama antara Pantas dan Funding Societies ini. Pelancaran penyelesaian digital yang inovatif dan menerajui industri ini akan terbukti bermanfaat kepada PKS, yang merupakan tunjang utama ekonomi Malaysia. Pembiayaan pra-kelulusan ini akan memacu penggunaan digital dalam kalangan PKS dan melonjakkan Malaysia sebagai negara digital terkemuka,” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

“Setiap perniagaan memerlukan jaringan keselamatan pembiayaan ketika berdepan dengan cabaran. Pembiayaan pra-kelulusan ini akan menyediakan PKS dengan akses yang lancar kepada modal kerja dan mengurangkan kekangan aliran tunai. Perniagaan yang memanfaatkan perisian percuma Pantas untuk mendigitalkan proses bil, invois dan pembayaran, secara automatik akan memperoleh akses kepada kemudahan pembiayaan pra-pelancaran ini. Kerjasama dengan Funding Societies akan membolehkan kami untuk mengembangkan capaian kepada PKS yang belum mengadaptasi perkhidmatan berkenaan, bagi membantu mereka memperoleh manfaat yang lebih besar dengan penyelesaian ini,” kata Max Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Pantas.

Wong Kah Meng, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Funding Societies Malaysia berkata, “Pengurusan aliran tunai merupakan perkara penting kepada perniagaan bagi memastikannya mencatatkan keuntungan dan mampan. Sejak diperkenalkan, produk pembiayaan invois kami telah membantu PKS untuk mengoptimumkan aliran tunai, menangani kebimbangan invois yang telah lama tertunggak, akses kepada kecairan dan menambah baik prestasi modal kerja. Kami amat berbesar hati menerusi kerjasama dengan Pantas, yang akan menambah baik pilihan dan kepantasan dalam penyelesaian pembiayaan yang ditawarkan kepada PKS yang belum menikmatinya.”

Pantas juga telah bekerjasama dengan MDEC untuk menjadi sebahagian daripada program SME Digital Accelerator. Program berkenaan dibangunkan untuk membantu PKS Malaysia dengan menyediakan pendekatan berstruktur untuk mengadaptasi pendigitalan.

“Kerjasama kami dengan Pantas untuk program SME Digital Accelerator merupakan bukti komitmen berterusan yang telah dilaksanakan MDEC dalam mengembangkan dan memangkin ekosistem ekonomi digital di Malaysia. Memandangkan 98.5 peratus perniagaan di Malaysia adalah PKS, Bank Dunia menyatakan bahawa kadar adaptasi digital dalam kalangan komuniti berkenaan masih ketinggalan berbanding syarikat besar. MDEC dengan rakan seperti Pantas, akan terus berusaha untuk memastikan Malaysia kekal menjadi negara digital yang kompetitif di dunia,” tambah Mahadhir.

#TAMAT#

 

About Pantas Software

Pantas is a Malaysia MSC Status Company that provides businesses with a free software to automate and digitize their billing, invoicing, and payment workflow. Pantas works with a select group of financing partners to support the working capital needs of local SMEs. Its proprietary machine learning technology assesses SMEs’ creditworthiness, simplifies the financing application process, and provides them with access to financing at an affordable rate.

For more information on Pantas’ platform and services, please visit pantas.com

About Funding Societies

Funding Societies | Modalku is the largest SME digital financing platform in Southeast Asia. It is registered and licensed in Malaysia, Singapore, Indonesia, and Thailand, and backed by Sequoia India and Softbank Ventures Asia Corp amongst many others. It provides business financing to small and medium-sized enterprises (SMEs), which is funded by individual and institutional investors. In 7 years, it has helped finance over 5 million business loans with over RM9 billion in financing. It was given the Digitalizing Services for Retail Participations award by Securities Commission Malaysia during the INVESTSMART® FEST 2019, the Monetary Authority of Singapore (MAS) FinTech Award in 2016, the Global SME Excellence Award at the United Nations’ ITU Telecom World in 2017, KPMG Fintech100 in 2018, Brands for Good in 2019, and in 2020 recognised by IDC as amongst the 5 fastest growing FinTechs in Singapore, won the Stevie® Award, and named ASEAN Startup of the Year by Global Startup Awards.

 

For more information on Funding Societies Malaysia, please visit https://fundingsocieties.com.my

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ialah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi ekonomi digitak sejak 25 tahun lalu. Kami menyasarkan untuk membolehkan ekonomi digital yang progresif dan dipacu inovasi.

MDEC juga akan terus menerajui Malaysia ke arah menjadi negara digital yang kompetitif di peringkat global menerusi pembangunan dan pelaksanaan Malaysia Digital yang bermatlamat untuk mewujudkan limpahan ekonomi digital yang bernilai tinggi menerusi akses yang saksama kepada alatan, pengetahuan dan peluang pendapatan digital.

Berdasarkan rangka kerja baharu yang dibina di atas tiga komponen utama – Ketangkasan, Fleksibiliti dan Relevan – Malaysia Digital dirangka untuk meningkatkan cadangan nilai Malaysia bagi menarik pelaburan digital sekali gus menjadikan Malaysia sebagai hab digital ASEAN.

#SayaDigital #MalaysiaDigital

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]

Hazel Hassan – [email protected]