28.08.2020
Kategori: BUSINESS, people

OP-ED: PERTUKARAN ASET DIGITAL PENTING UNTUK MALAYSIA 5.0

oleh Datuk Wira Dr. Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi MDEC

 

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diberi mandat untuk merancang dan memimpin ekonomi digital negara ke hadapan. Baru-baru ini MDEC telah mengumumkan Malaysia 5.0 yang diyakini dapat menyumbang kepada ekonomi yang lebih lestari menerusi pembangunan Ekosistem Digital Kebangsaan yang melibatkan kerjasama pihak berkepentingan seperti sektor awam dan swasta. Ini penting bagi membolehkan migrasi perniagaan dan masyarakat ke era digital.

Malaysia 5.0 akan menguruskan kemasukan, akses, prestasi dan pertumbuhan kewangan melalui ‘alat’ Revolusi Industri ke-4 (“4IR”) seperti Teknologi Kewangan (Fintech), Blockchain dan kecerdasaran buatan (AI). Hab rangkaian digital akan menjadi komponen terpenting sebagai teras infrastruktur digital setiap negara.  Ianya akan menjadi ‘pusat interaksi’ bagi barangan dan perkhidmatan yang dihubungkan dengan hab berkenaan.

Pertukaran aset digital akan memainkan peranan yang penting supaya perniagaan dapat memanfaatkan aktiviti melalui infrastruktur digital ini serta berfungsi sebagai pasaran modal untuk Malaysia 5.0.

Pertukaran digital pula menawarkan kemudahan pemindahan aset yang dinamik serta akan menghubungkan pasaran semasa dengan e-pasaran baharu.

Namun demikian, masalah yang wujud adalah berkaitan ‘kepayahan’ menggunakan modal dan pemindahan aset dengan lancar di platform lama.  Perkara ini telah berlaku sekian lama iaitu ketika perniagaan menyertai pasaran terbuka dan ianya berlanjutan ketika memasuki perdagangan elektronik. Mereka kekal sebagai kumpulan likuiditi  yang sekaligus menjadikan kebolehan sesama sendiri sukar untuk dimaksimumkan, memakan kos tinggi dan terpaksa bergantung kepada beberapa perantara.

Kemunculan pertukaran digital akan menawarkan pengurangan yang diperlukan serta memberikan kecairan yang lebih telus. Pertukaran lama berfungsi dengan baik untuk syarikat blue-chip menerusi kaedah sama yang digunakan oleh bank ketika memberi pinjaman. Bagaimanapun, bagi syarikat pemula dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), keputusan ini akan menyebabkan beban kepada kos operasi mereka.

Pertukaran digital di masa depan akan menggabungkan aset digital dan tradisional dengan cara yang mengubah model pertukaran yang telah diamalkan sejak sekian lama. Kesan daripada perubahan tersebut dijangka mendadak terutama bagi syarikat pemula dan PKS. Penyelesaian berasaskan blockchain dapat mempercepatkan kemampuan syarikat-syarikat kecil untuk mengumpulkan modal dan menjadikan proses tersebut lebih lancar dan menjimatkan kos.

Peranan yang boleh dimainkan oleh agen perubahan digital seperti MDEC adalah untuk menyokong dan menguruskan perubahan transformasi tersebut. Keperluan untuk pertukaran aset digital  yang mantap serta lebih dipercayai menjadi keperluan penting berbanding sebelumnya. Perkara ini sudah dilaksanakan dalam persekitaran berstruktur yang diwujudkan dan tidak bertentangan dengan ‘crypto wild west’.

Pertukaran aset digital membuka peluang besar di seluruh dunia termasuk ASEAN. Pasaran untuk aset digital telah berkembang dengan pesat apabila token keselamatan telah mula mendapat perhatian pelabur institusi. Forum Ekonomi Dunia menjangkakan bahawa 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) akan disimpan dalam bentuk blockchain menjelang 2027 iaitu bersamaan dengan USD 24 trillion.

Sehubungan itu,  Malaysia 5.0 merupakan peluang keemasan untuk meletakkan negara ini  pada kedudukan strategik sebagai Nadi Digital ASEAN. Ini  kerana negara yang membuat keputusan untuk melibatkan diri dengan sektor ini lebih awal dijangka mampu untuk menjadi peneraju dan memimpin berdasarkan rekod transaksi selain lebih menjimatkan kos, memudahkan dan diyakini selamat kerana berada dalam jangkaan pemantauan global