17.11.2021
Kategori: people

Kemuncak Karnival #MyDigitalMaker 2021 di Sabah, Sarawak dan Labuan Beri Tumpuan kepada Cabaran Digital

  • Karnival #MyDigitalMaker 2021 melabuhkan tirainya, dengan kerjsama Petrosains untuk membawa kandungan berkaitan pengetahuan industri dan menangani jurang digital di Sabah, Sarawak dan
  • Lebih daripada 40 jam sesi interaktif dan ilmiah disediakan di laman Facebook karnival sepanjang minggu berkenaan.

 

CYBERJAYA, 17 November 2021 – Malaysia Digital Economy Malaysia (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital negara, akan melabuhkan tirai Karnival #MyDigitalMaker 2021 dengan memberi tumpuan kepada kandungan berkaitan pengetahuan industri serta mengurangkan jurang digital di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Bertemakan ‘Raising Digital Heroes’, siri karnival terakhir berkenaan akan dianjurkan bermula 17 hingga 21 November 2021 menerusi laman Facebook #MyDigitalMaker yang akan menawarkan lebih daripada 40 jam program interaktif yang disediakan untuk para peserta.

Evolusi teknologi telah membuka ruang kepada cabaran baharu untuk generasi masa hadapan dan tiada sesiapa akan ketinggalan daripada memiliki kemahiran yang diperlukan untuk terus berkembang maju dalam dunia norma baharu.

“Sebagai agensi peneraju ekonomi digital negara, kami telah melaksanakan mandat dalam melengkapkan rakyat Malaysia dengan kemahiran dan pengetahuan digital. Karnival #MyDigitalMaker menyediakan pengalaman yang praktikal dan menyeronokkan kepada para peserta bagi menyemai rasa cinta terhadap dunia digital. Kami berharap generasi muda ini akan menjadi tulang belakang ekonomi digital dan seterusnya memastikan kejayaan MyDIGITAL serta agenda pembangunan negara,” kata Dr Sumitra Nair, Ketua Pegawai Kemahiran Digital dan Kerjaya, MDEC.

Bagi memastikan lebih banyak kandungan tempatan yang berinspirasi, MDEC telah bekerjasama dengan Petrosains Sdn. Bhd. yang berperanan sebagai penganjur kepada siri terakhir ini. Petrosains akan membawakan webinar dan bengkel berasaskan industri dengan topik meliputi penggunaan dron di pelantar minyak, teknologi marin serta kegunaan kejuruteraan dan prototaip.

Petrosains telah bekerjasama dengan komuniti setempat menerusi pusat satelitnya iaitu Petrosains PlaySmart™ dan Petrosains Maker Studio, yang menawarkan pameran interaktif dan menarik serta aktiviti berasaskan STEM yang berimpak bertujuan untuk menginspirasi dan menambah baik asas STEM dalam kalangan komuniti.

Menerusi salah satu kemudahan yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah, Petrosains PlaySmart™ menganjurkan pertunjukan dan aktiviti sains secara langsung sama seperti yang dianjurkan di pusat utama iaitu Petrosains di Kuala Lumpur tetapi dalam skala yang lebih kecil.

Petrosains juga akan membawakan lebih banyak sesi berasaskan akademik yang dijayakan oleh PETRONAS, Universiti Teknologi PETRONAS, Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah, Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC), Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS), Kinabalu Coders, Tabung Gagasan Ekonomi Anak Sarawak (TEGAS) dan Teach for Malaysia.

Petrosains juga bekerjasama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah dan Pustaka Negeri Sarawak untuk menyediakan akses untuk pelajar luar bandar kepada lima pusat eDesa di Sabah dan sepuluh Pusat Komuniti Digital di Sarawak.

Kerjasama ini akan mengurangkan cabaran digital dan ketersambungan yang dihadapi oleh pelajar di kawasan luar bandar dan memberi peluang kepada mereka untuk memanfaatkan pusat tersebut untuk menyertai aktiviti dan bengkel #MyDigitalMaker.

Sepanjang lima minggu acara maya ini dianjurkan, karnival berkenaan berjaya menghimpunkan lebih 16,000 guru, pelajar dan ibu bapa untuk menyertai Gerakan #MyDigitalMaker yang bertujuan untuk memacu transformasi digital dalam kalangan kanak-kanak Malaysia melalui kerjasama dengan pemegang taruh.

Karnival ini merupakan sebahagian daripada Gerakan #MyDigitalMaker iaitu sebuah inisiatif bersama antara pihak awam, swasta dan akademik yang dilancarkan pada Ogos 2016 bertujuan untuk mewujudkan sebuah negara pembuat digital dengan mentransformasikan belia Malaysia daripada pengguna digital kepada pengeluar digital.

Gerakan berkenaan juga melibatkan program strategik untuk membantu mengukuhkan kemahiran digital dalam kalangan belia seperti pengekodan, pembangunan aplikasi, percetakan 3D, robotik, sistem embedded dan analisis data.

Setakat ini, lebih 2.2 juta kanak-kanak telah menerima manfaat daripada inisiatif ini menerusi integrasi berasaskan komputer dan pengekodan dalam kurikulum dan kokurikulum sekolah, serta kokurikulum tambahan yang dianjurkan di lebih 60 buah Hab Pembuat Digital oleh rakan ekosistem #MyDigitalMaker.

Bagi menyediakan lebih banyak kandungan tempatan di peringkat akar umbi, tahun ini Karnival #MyDigitalMaker akan dianjurkan bersama lima rakan strategik iaitu

Petrosains, Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Jazari Robot Resources dan Kerajaan Negeri Kedah menerusi Pusat Digital Kedah.

Setiap sesi karnival dianjurkan selama seminggu untuk memberi lebih masa kepada komuniti tempatan mengakses kepada lebih 100 bengkel, webinar dan tutorial yang dianjurkan untuk pelajar dan guru. Hadiah menarik juga menanti peserta yang terlibat.

Secara keseluruhan, karnival ini menampilkan kandungan eksklusif daripada pelbagai pemain teknologi dan komunikasi seperti TikTok Malaysia, IBM Malaysia, PlayStation Studios Malaysia, Digi Telecommunications dan Maxis, serta organisasi bukan berasaskan keuntungan dari dalam dan luar negara seperti UNICEF Malaysia dan Code.org.

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, karnival ini telah membawa kesedaran inovasi dan kreativiti digital kepada lebih 82,000 peserta.

Gerakan #MyDigitalMaker juga menyokong konsep Keluarga Malaysia dan matlamat nasional untuk mewujudkan masyarakat digital yang inklusif melalui MyDIGITAL dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Gerakan #MyDigitalMaker, sila layari https://mdec.my/mydigitalmaker/ atau ikuti kami di Facebook https://www.facebook.com/mydigitalmakermovement.

 

#TAMAT#

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

 

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. Matlamat MDEC adalah untuk mewujudkan ekonomi digital yang progresif dan berinovatif.

MDEC akan terus menerajui pembangunan ekonomi Malaysia memasuki era masa hadapan ke arah menjadi sebuah negara digital yang kompetitif di peringkat dunia dengan berpaksikan kepada inovasi, kemampanan serta kemakmuran bersama dan seterusnya menjadi Hab Digital ASEAN.

#SayaDigital

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]

Hazel Hassan – [email protected]