20.09.2021
Kategori: people

Ekspo Go-eCommerce MDEC Kembali untuk Meningkatkan Adaptasi eDagang

  • Kempen Go-eCommerce Onboarding ialah inisiatif selama empat hari untuk mempersiapkan lebih 3,000 peniagaan tempatan untuk mengadaptasi inisiatif eDagang dalam BELANJAWAN 2021
  • Ekspo ini adalah sebahagian daripada inisiatif #SayaDigital MDEC untuk meningkatkan kemahiran dan menggalakkan adaptasi digital di kalangan rakyat dan perniagaan

 

CYBERJAYA, 20 SEPTEMBER 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi peneraju ekonomi digital, hari ini mengumumkan pelancaran Ekspo Go-eCommerce 2021, iaitu persidangan eDagang secara maya yang berlangsung dari 20 hingga 23 September 2021. Inisiatif ini menyasarkan untuk memacu adaptasi eDagang di kalangan perniagaan tempatan dengan memanfaatkan inisiatif Go-eCommerce Belanjawan 2021 serta bantuan dan sokongan daripada pelbagai rakan kongsi yang terlibat.

Ekspo ini juga akan bekerjasama dengan sejumlah 23 rakan kongsi seperti Alacarte, DeliverEat, DHause, dropee, Eromman, EZAssist, Food Market Hub, Foodpanda, Grab, iBeli, Instantestore, JDMas, JOCOM, Kravve, Kumoten, Lazada, Mpay, PGMall, Senangpay, Shopee, SHOPLINE, Sitegiant dan Subplace, bagi memastikan capaian khalayak yang lebih luas dan meningkatkan penglibatan perniagaan tempatan.

Objektif inisiatif ini ialah untuk mempromosikan penggunaan eDagang sebagai saluran pendapatan baharu yang akan membuka lebih banyak peluang kepada perniagaan tempatan di Malaysia. Seterusnya akan mendorong pendekatan pelbagai saluran jualan yang akan membantu perniagaan tempatan mencapai khalayak lebih luas dan meningkatkan jualan.

“Pandemik telah menunjukkan bahawa adaptasi digital merupakan satu keperluan untuk berjaya dalam perniagaan kita. MDEC menerusi inisiatif #SayaDigital akan terus menyokong penuh perniagaan tempatan untuk memanfaatkan Belanjawan 2021 dan program PEMULIH. Kami yakin bahawa eDagang akan mencipta lebih banyak peluang dan aliran pendapatan dengan memajukan ekonomi digital secara inklusif selaras dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” kata Mahadhir Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Menurut Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL), ekonomi digital dijangka menyumbang sebanyak 22.6 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025, menyasarkan sebanyak 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk mengadaptasi eDagang.

Ekspo ini akan menampilkan tetamu industri berpengalaman yang akan berkongsi pengalaman dan petua tentang bagaimana untuk berjaya dalam mencipta kesedaran jenama dan saluran jualan untuk memacu jualan serta menggunakan media sosial untuk meningkatkan eDagang.

Sesi utama akan melibatkan Hussein Mohammed Hussein Zawia, Ketua Pegawai Eksekutif eRomman Technologies, yang akan membicarakan berkenaan Peluang Keemasan untuk Menjadi Peniaga Berjaya di Asia Barat. Tetamu utama lain termasuklah Nur Azre, Pengurus Perkongsian SHOPLINE; Atika Sikun, Pelatih ShopeeUni Shopee Malaysia; Mansor Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama senangPay; Jason Chuah, Pengurus Perniagaan Jualan Sitegiant; Alia Alsagoff, Pengarah Pembangunan Perniagaan DROPEE.

Tahun lalu, Ekspo Go-eCommerce telah berjaya menarik 3,000 pendaftaran dan lebih 30,000 penonton menerusi 12 webinar dan penampilan 23 orang tetamu jemputan.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Ekspo Go-eCommerce 2021 dan pendaftaran acara, sila layari www.mdec.my/go-ecommerce_expo

Muat Turun PDF

 

#TAMAT#

 

Mengenai Ekspo Go-eCommerce 2021

Ekspo Go-eCommerce 2021 ialah acara maya selama emat hari yang fokus kepada menggalakkan perniagaan tempatan mengadaptasi eDagang dengan memanfaatkan BELANJAWAN 2021: Kempen Go-eCommerce Onboarding dengan bantuan daripada rakan kongsi yang terlibat. Acara ini menampilkan bualbicara dan webinar oleh individu pakar dan terkemuka dalam industri eDagang.

 

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) ialah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mewujudkan negara digital yang progresif, memajukan ekonomi digital secara inklusif dan menjunjung kedaulatan digital.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC akan melaksanakan rangka kerja NADI (Nadi Digital) menerusi empat teras: Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). NADI akan memacu program-program teras kami untuk rakyat, industri dan pelabur. MDEC akan terus menerajui ekonomi digital Malaysia ke hadapan untuk menjadi negara digital berdaya saing di peringkat global, berdasarkan inovasi, kelestarian dan kemakmuran bersama, seterusnya menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#MyMDEC #NadiDigital #SayaDigital #HeartofDigitalASEAN

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di: Facebook: https://www.facebook.com/MyMDEC/ Twitter: @mymdec

 

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Simon Yap – [email protected]