24.08.2021
Kategori: 2021, gain, industry, investors, mdec, MyDIGITAL

GAIN Connex 2021 dan Inisiatif Teknologi Ekosistem dan Globalisasi MDEC Bantu Syarikat Teknologi Malaysia Berkembang ke Peringkat Global

  • GAIN Connex 2021 meneruskan kesinambungan program sebelum ini yang bermula dari tahun 2017 hingga 2020 dengan fokus baharu berkenaan topik rentas-fungsi merangkumi keseluruhan ekosistem teknologi
  • Selain sesi perkongsian eksklusif dengan penganalisis IDC, GAIN Connex 2021 turut membantu pemula untuk berhubung dengan rakan kongsi ekosistem Asia Tenggara untuk memacu perniagaan baharu dalam teknologi seperti kerjasama alatan dan teknologi automasi
  • Program dan inisiatif Teknologi Ekosistem dan Globalisasi (TEG) seperti MDEC Innovation Exchange, Fasiliti Pembiayaan dan program Kandungan Kreatif Digital telah membantu ramai pemula berkembang ke peringkat global

CYBERJAYA, 24 OGOS 2021: Malaysia Digital Economy Malaysia (MDEC), agensi  utama  yang  menerajui  agenda  transformasi  digital negara, telah mengumumkan literasi terbaharu dalam inisiatif GAIN Connex.

GAIN Connex 2021 adalah kesinambungan daripada program GAIN Connex  sebelum ini yang bermula dari tahun 2017 hingga 2020, yang ditubuhkan untuk menawarkan  siri perkongsian pengetahun secara mendalam dan program rangkaian perniagaan di antara pelbagai negara di Asia Tenggara.

Menerusi program ini, syarikat teknologi Malaysia dapat memperoleh pandangan pasaran yang berharga, menerokai peluang baharu dan memperoleh pengetahuan yang relevan melalui bengkel bersasar, sesi perkongsian maklumat dan acara rangkaian. GAIN Connex juga memperkenalkan syarikat kepada rakan kongsi terkemuka dari pelbagai negara di Asia Tenggara.

Bertemakan ‘GAIN Connex: Pekerjaan Masa Depan’, program baharu ini akan menjadi pemangkin dan menghubungkan syarikat GAIN dengan khalayak lebih luas dan baharu, selaras dengan visi MDEC untuk membangunkan ekonomi digital Malaysia di bawah Rangka Kerja Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL).

Penambahbaikan GAIN Connex 2021 akan fokus kepada topik rentas-fungsi yang merangkumi keseluruhan ekosistem teknologin telah menghubungkan teknologi berbeza kepada satu topik. Ianya termasuklah:

  • Sesi pleno eksklusif dengan penganalisis IDC berkenaan trend pasaran Pekerjaan Masa Depan di rantau ini dan peluang yang ada.
  • Tema Utama Fasa 1: Pekerjaan Masa Depan – Produktiviti Kolaboratif, yang memanfaatkan sistem kolaboratif seperti sistem perancangan sumber perusahaan (ERP), pengurusan pengkalan data, alat kolaborasi nyata (real-time), reality terimbuh (AR) dan peralatan produktiviti lain.
  • Tema Utama Fasa 2: Pekerjaan Masa Depan – Tugasan Automatik, yang merangkumi teknologi dan sitem automasi seperti mesin pembelajaran, kecerdasan buatan (AI), robotik, analitik data raya, proses automasi pintas (IPA), Internet untuk Segalanya (IoT), pengurusan perkhiamatan pelanggan (CSM) dan penyelesaian pengurusan tenaga kerja.

“Sepanjang penganjurannya, program GAIN MDEC telah membantu syarikat teknologi dan pemula Malaysia untuk mengembangkan akses pasaran dan peluang eksport ke negara lain di rantau ini. Penambahbaikan program GAIN Connex akan meneruskan fasiliti perkongsian pengetahun dan kolaborasi dengan rakan-rakan dari Asia Tenggara tetapi dengan fokus kepada topik rentas-fungsi. Kami juga akan memastikan pemula teknologi kami akan dilengkapi sepenuhnya dengan pengetahuan dan alatan yang betul untuk berkembang maju dalam persekitaran pengganggu berikutan pendemik COVID-19,” kata Gopi Ganesalingam, Naib Presiden, Ekosistem Teknologi dan Globalisasi MDEC.

GAIN Connex 2021 selaras dengan beberapa inisiatif MDEC di bawah program TEG, yang telah terbukti berjaya dalam membantu sektor teknologi pemula. Ini merangkumi

  • Hab Digital Malaysia (MDH)
    Sejak Januari 2021, MDEC telah membantu membangunkan 10 hab operasi diiktiraf-MDH di 22 buah lokasi dengan GA Space dari Sabah yang menjadi peserta terbaharu. MDEC menyokong hab MDH dan penyewanya menerusi inisiatif seperti Mentor+, Founders Grindstone dan program #MydigitalWorkforce Work in Tech (MyWit) serta menghubungkan mereka dengan rakan kongsi MDEC seperti Microsoft, RHL Ventures dan Seedstars
  • MDEC Innovation Exchange (MIX)
    MIX adalah sebahagian daripada usaha inovasi korporat MDEC yang menyasarkan untuk memperkasa korporat besar dengan menambah nilai transformasi digital menerusi innovator tempatan. MDEC telah membentuk libat urus dengan lebih 100 rakan kongsi korporat merentasi tujuh sektor ekonomi dari telekomonunikasi hingga pertanian. Setakat hari ini, MDEC telah membantu organisasi dalam mengatasi 75 penyataan masalah, selain mewujudkan hampir 1,3000 peluang untuk syarikat teknologi berkaitan dan menandatangani lima memorandum persefahaman (MoU) menerusi MIX.
  • Membangunkan Penggerak dan Usaha Niaga
    Inisiatif ini fokus kepada pendekatan kolaborasi dengan rakan kongsi daripada sektor kerajaan, korporat dan swasta dengan menyokong program mereka menerusi pelbagai inisiatif MDEC. Pada separuh tahun 2021, MDEC telah berkolaborasi dengan 11 rakan kongsi penggerak dari pelbagai sektor, seperti 1337 Ventures, NEXEA, Sunway iLabs, Huawei dan SIDEC (Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor) serta banyak lagi bakal menyusul.
  • Penggalak Teknologi Kewangan
    Inisiatif yang dibangunkan menerusi kerjasama dengan Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ini menyasarkan untuk menyediakan sokongan peningkatan keupayaan kepada syarikat teknologi kewangan menerusi tiga tonggak (vertical): Perundangan dan Pematuhan, Model Perniagaan dan Teknologi. Penggalak Teknologi Kewangan yang dijana oleh GAIN 2nd Vertical (Model Perniagaan) akan dilancarkan pada suku ketiga 2021, menyaksikan rakan kongsi korporat dan teknologi akan duduk bersama untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem komuniti.
  • Fasiliti Pembiayaan
    MDEC memiliki beberapa inisiatif yang menjurus kepada fasiliti pembiayaan kepada pemula teknologi. Inisiatif Pemadanan Pelabur yang merupakan kurasi kepada peringkat pembiayaan dan vertical oleh MDEC telah menyaksikan 54 rakan kongsi syarikat usaha niaga (VC) dari syarikat teknologi telah berjaya meraih pembiayaan pada 2021. MDEC turut menjalankan Inisiatif Pembiayaan Alternatif dengan bekerjasama dengan 14 ekuiti crowdfunding dan platform kewangan P2P untuk mempromosikan pembiayaan alternatif yang menjadi semakin penting ekoran krisis pendemik COVID-19. Founders Grindstone misalnya, telah membantu meningkatkan keupayaan dan kelayakan pemula kepada pelabur dan VC menerusi libat urus industri. Inisiatif ini telah membantu meraih lebih US$122 juta sepanjang tahun 2020 hingga Jun 2021.
  • Kandungan Kreatif Digital
    MDEC menyokong Kandungan Kreatif Digital untuk terus berkembang. Menerusi inisiatif Akses Pasaran Virtual, MDEC telah membantu tiga rakyat malaysia (daripada sembilan peserta) untuk picth semasa sesi pitch ASEAN di Festival Animasi Annecy 2021. MDEC turut membawa peserta Malaysia ke Festival Kandungan Digital Antarabangsa Bangkok dan merancang untuk menerokai pasaran antarabangsa lain menerusi MIP Junior dan Tokyo Game Show. Selain itu, MDEC terus membawakan peluang pemadanan perniagaan kepada entiti seperti Disney+, Warner Media, Astro, Scopely, Xsolla dan Kowloon Nights.

Tambahan kepada usaha berkenaan, program MDEC’s [email protected] dan [email protected] secara kolektif telah merekodkan1,423 peserta berdaftar pada tahun ini dengan 426 peserta telah menamatkan semua modul. Terbaharu, program Kandungan Kreatif Streaming telah berjaya menghimpunkan lebih 280 peserta.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Tech Month 2021
Malaysia Tech Month 2021 (MTM2021) merupakan sebuah acara maya, bersiaran secara langsung selama sebulan, menampilkan kandungan digital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend terkini tempatan dan antarabangsa seperti kecerdasan buatan, teknologi dron, analitik data, teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik.

Sila layari mdec.my/mtm2021

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC menetapkan sasaran untuk mengintegrasikan negara dengan teknologi, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan sama rata kepada masyarakat, rakyat dan perniagaan, selaras dengan agenda Malaysia 5.0.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada pelaksanaan rangka kerja NADI Digital yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, industri dan para pelabur. Sasaran MDEC adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara digital yang berdaya saing di peringkat global, secara inklusif, lestari dan kemakmuran bersama serta menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my  atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]