16.08.2021
Kategori: 2021, industry, McKinsey Global Survey, mdec, people, reskill, upskill

MDEC Tambah Baik Direktori Latihan Kemahiran Digital Bantu Syarikat dalam Latihan Semula dan Peningkatan Kemahiran

  • Direktori Kemahiran Latihan Digital telah dilancarkan pada 24 Ogos 2020, yang berfungsi sebagai panduan sehenti untuk latihan semula dan peningkatan kemahiran
  • Katalog yang menawarkan kursus dan latihan dalam talian berkenaan telah disemak dan disahkan oleh Rangkaian Tenaga Kerja Berkepakaran MDEC
  • Pengemaskinian dan penambahbaikan Direktori ini melibatkan penambahan kategori Latihan atas Permintaan yang menawarkan sembilan platform MOOC (kursus dalam talian mega terbuka)

CYBERJAYA, 16 OGOS 2021: Terdapat keperluan segera untuk syarikat melatih semula perkerja mereka untuk berdepan dengan perubahan dalam norma sosio-ekonomi akibat pendemik COVID-19.

Menurut Tinjaun Global McKinsey 2021, sebahagian besar responden mengatakan peningkatan kemahiran adalah langkah terbaik untuk mengurangkan jurang di seluruh industri berbanding pengambilan pekerja baharu, pengambilan kontrak atau penempatan semula pekerja.

Latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja adalah penting kepada syarikat dalam usaha untuk mengadaptasi pendigitalan. Laporan Kerja Masa Depan 2020 oleh Forum Ekonomi Dunia menunjukkan pendemik COVID-19 telah mempercepatkan pendigitalan dalam proses pekerjaan dengan peningkatan keperluan latihan semula dan peningkatan kemahiran dalam kemahiran digital.

Menurut laporan itu lagi, dijangkakan 50 peratus pekerja memerlukan latihan semula menjelang 2025. Kemahiran yang mendapat permintaan adalah Analisis Data, Ahli Sains, Kepakaran Internet untuk Segalanya (IoT), Kepakaran Transformasi Digital dan Kepakaran Keselamatan Siber.

“Tidak pernah berlaku sebelum ini di mana syarikat berdepan situasi mendesak untuk melakukan latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja. Perkara ini bukan sahaja dibimbangi oleh syarikat besar malah laporan PKS 2019 oleh Huawei Malaysia, mendedahkan sebanyak 48% perusahaan kecil dan sederhana (PKS) didapati kurang menguasai kemahiran digital,” kata Dr Sumitra Nair, Naib Presiden dan Ketua Kemahiran Digital dan Pekerjaan MDEC, agensi  utama  yang  menerajui  agenda  transformasi  digital Malaysia.

“Walaupuan terdapat peningkatan yang ketara dalam tawaran latihan semula dan peningkatan kemahiran yang boleh disertai syarikat, namun cabaran utama mereka adalah untuk memilih kursus dan penyedia latihan dalam talian yang terbaik. Oleh itu, Direktori Latihan Kemahiran Digital yang dilancarkan oleh MDEC, membolehkan syarikat memperoleh kursus latihan dengan mudah dan memenuhi keperluan latihan semula dan peningkatan kemahiran yang mereka inginkan,” tambah Dr Sumitra.

Direktori Latihan Kemahiran Digital telah dilancarkan pada 24 Ogos 2020 dengan berfungsi sebagai panduan sehenti untuk latihan semula dan peningkatan kemahiran. Ianya adalah katalog kursus dan penyedia latihan dalam talian yang telah disemak secara terperinci dan disahkan oleh Rangkaian Tenaga Kerja Berkepakaran (TEN) MDEC, untuk menjadi panduan para bakat dalam memilih kursus yang menjadi keperluan dalam kerjaya mereka dalam ekonomi digital. TEN dianggotai oleh sekumpulan wakil industri yang pakar dalam pelbagai bidang teknologi digital.

Bagi edisi 2021, Direktori Latihan Kemahiran Digital dikategorikan kepada tiga jenis kursus iaitu Kerja dan Belajar, Meningkatkan Kerjaya dan Latihan atas Permintaan. Kemas kini berkenaan merupakan tambahan terbaharu kepada Direktori Latihan Kemahiran Digital dengan menawarkan sembilan platform kursus dalam talian mega terbuka (MOOC). Sembilan platform berkenaan adalah Pusat Kewangan, Teknologi dan Keusahawanan (CFTE), OpenLearning Global (M) Sdn. Bhd, LinkedIn Learning, EC-Council  CodeRed, Leaderonomics Digital Sdn Bhd, 360DigiTMG (AiSPRY), Akademi GA Sdn Bhd, SAS Institute Sdn Bhd dan LTT Global Communications Sdn Bhd.

Edisi Direktori Latihan Kemahiran Digital yang telah dikemaskini dan ditambah baik ini, telah dikembangkan kepada 250 kursus merangkumi bidang fokus seperti berikut:

  • Sains Data (56 kursus)
  • Keselamatan Siber (44 kursus)
  • Animasi (19 kursus)
  • Pembangunan Permainan (5 kursus)
  • Pembangunan Perisian (56 kursus)

Perniagaan Digital Global adalah bidang fokus terbaharu dengan 77 kursus telah ditawarkan.

Direktori ini telah diktiraf oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan akan menyediakan pembiayaan sehingga RM4,000 seorang untuk kursus terpilih di bawah Skim Insurans Pekerja (EIS) kepada ahli yang menerima manfaat pemberhentian pekerja. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Penyedia Latihan yang diluluskan oleh HRDC turut disenaraikan bagi membantu majikan untuk mengenal pasti kursus yang boleh dibiayaai menerusi caruman HRDC.

Selain itu, beberapa kursus terpilih yang menawarkan pensijilan turut layak untuk menerima pembiayaan sehingga RM7,000 di bawah Insentif Pengambilan Pekerja PENJANA 2.0 (Maksimum RM4,000 bagi kategori perintis).

Latihan yang tersenarai dalam Direktori Latihan Kemahiran Digital MDEC juga boleh dibiayai di bawah inisiatif MyDigitalWorkforce Work in Tech (MYWiT), iaitu program latihan dan pengambilan pekerja yang fokus kepada pembangunan bakat teknologi berkualiti serta melonjakkan sektor perkhidmatan perniagaan digital.

Lanjutan daripada #MyDigitalWorkforce Movement yang dilancarkan tahun lepas oleh MDEC, yang menyasarkan kepada peningkatan kemahiran dan subsidi bakat serta perniagaan dengan insentif latihan dan gaji bernilai RM100 juta. Di bawah inisiatif ini, terdapat dua program iaitu Perkhidmatan Perniagaan Digital (DBS) dan Perintis Teknologi Digital (DTA). Selain subsidi gaji, syarikat yang menyertai DBS boleh memilih senarai kursus dalam “Kerja dan Belajar” atau “Latihan atas Permintaan” dan tuntutan insentif latihan sehingga RM8,000 seorang. Syarikat boleh memohon menerusi MYWiT di https://mdec.my/mywit/.

“Menerusi inisiatif Direktori Latihan Kemahiran Digital dan MYWiT, MDEC akan terus menjalankan amanah kami dalam menyokong Pelan Induk Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) serta visi Malaysia 5.0 MDEC – membolehkan negara terintegrasi dengan teknologi, menyediakan peluang digital yang adil kepada rakyat dan perniagaan,” jelas Dr Sumitra.

Syarikat dan individu yang inginkan maklumat lebih terperinci mengenai pekerjaan dan kemahiran digital boleh menyertai #MyDigitalWorkforce Week (MDWW), yang berlangsung pada 16 hingga 30 Ogos sempena Malaysia Tech Month 2021 (MTM’21).

MDWW menawarkan ekspo pekerjaan digital dan webinar oleh syarikat yang menawarkan pekerjaan serta terdapat juga rakan penyedia latihan yang menganjurkan program satelit dan sesi latihan. Bagi yang berminat boleh mendaftar di MTM’21 menerusi https://mdec.my/mtm2021/.

Muat turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Tech Month 2021
Malaysia  Tech  Month  2021  (MTM2021)  merupakan  sebuah  acara  maya,  bersiaran  secara  langsung  selama sebulan, menampilkan kandungandigital dan teknologi berimpak tinggi seperti ucap tama, bengkel, sesi panel dan sesi padanan perniagaan. Ia bakal menampilkan tetamu dan jemputan serta pelabur tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi pendapat dan pengalaman mereka mengenai ekonomi digital yang dipacu oleh 4IR.

MTM 2021 akan menyaksikan program yang menyoroti peneraju dan pencipta ekosistem digital, syarikat-syarikat dan tenaga kerja berimpak tinggi, memastikan kesemua pemegang taruh dapat menerokai perspektif baru dalam trend  terkini tempatan  dan  antarabangsa  seperti  kecerdasan  buatan,  teknologi  dron,  analitik  data,  teknologi kewangan dan tenaga kerja digital.

Menerusi sesi perbincangan yang melibatkan sektor awan dan swasta, lingkungan keusahawanan dan akademik, MTM 2021 berazam untuk memenuhi aspirasi MDEC demi memastikan impian Nadi Digital ASEAN akan tercapai dan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebabai perintis kebangkitan ekonomi digital buat masa sekarang dan di era pasca-pandemik. Sila layari mdec.my/mtm2021.

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran [email protected]
Simon Yap [email protected]