07.05.2021
Kategori: 2021, Astro Awani, Google, industry, mdec

MDEC Mengalu-alukan Peningkatan Kerjasama Antara Platform Digital dan Teknologi untuk Mempercepat Agenda Digitalisasi Negara

  • MDEC mengalu-alukan kerjasama antara Google dan Astro Awani untuk memperkasakan PKS dan mikro secara digital

CYBERJAYA, 7 Mei 2021 : Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) iaitu agensi utama dalam melaksanakan transformasi digital negara menyambut baik kerjasama strategik membabitkan Google dan Astro Awani bagi memajukan usaha digitalisasi negara yang diumumkan hari ini.

Langkah ini sejajar dengan empat bidang teras MDEC iaitu mengaktifkan kemahiran baharu, meningkatkan penerimagunaan, memperkenalkan pengubah industri baharu dan mempromosikan pelaburan bernilai tinggi. Ini juga akan menjadi sokongan utama kepada Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang menyasarkan untuk kira -kira 875,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan mikro mengadaptasi e-dagang menjelang 2025.

Sehingga kini, MDEC telah membantu sebanyak 335 834 PKS meluaskan operasi dalam talian menerusi e-dagang dan akan terus melaksanakan inisiatif ini. Kerjasama strategik antara Google dan Astro Awani pula dijangka akan mempercepatkan pertumbuhan sektor ini.

“MDEC mengalu-alukan kerjasama strategik Google dan Astro Awani yang pastinya akan memainkan peranan penting dalam memacu masyarakat digital dan seterusnya mengembangkan ekonomi digital serta bertepatan dengan usaha kita mewujudkan masyarakat yang inovatif, inklusif dan terintegrasi teknologi sejajar dengan Malaysia 5.0,”kata Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff, Pengerusi MDEC.

Kerjasama strategik ini selaras dengan usaha MDEC untuk mendorong sektor korporat untuk turut terlibat dalam mempercepatkan penggunaan digital oleh PKS . MDEC sebelum bekerjasama dengan Celcom, Digi dan Maxis serta institusi kewangan seperti CIMB Bank untuk memacu pertumbuhan sektor pertanian digital baru – baru ini.

“MDEC sentiasa menyokong lebih banyak syarikat melangkah bersama-sama kami untuk mendorong penggunaan digital di kalangan perniagaan tempatan, mencipta dan seterusnya sebagai pemimpin teknologi. Ini juga merupakan usaha berterusan kita dalam memacu ekonomi dan pembangunan ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat teknologi dan digital. Di MDEC, kami juga bekerjasama erat dengan Google menerusi program Mahir Digital Bersama Google yang setakat ini telah berjaya melatih lebih 2,000. MDEC juga berharap dapat bekerjasama erat dengan pelbagai pihak ketika kita berusaha untuk menunaikan mandat digital agensi ini kepada rakyat,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

MDEC akan terus menerajui transformasi digital negara ke arah Malaysia 5.0 iaitu sebuah negara yang sangat terintegrasi dengan teknologi yang memperkasakan inklusif dan kemakmuran bersama. MDEC berusaha untuk memimpin ekonomi digital Malaysia untuk peluang digital yang adil, memacu negara digital yang berdaya saing di seluruh dunia.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diberi kepercayaan untuk memimpin ekonomi digital Malaysia ke hadapan.

Diperbadankan pada 1996 untuk mengawasi pengembangan inisiatif MSC Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan pelaburan digital di Malaysia. MDEC difokuskan untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif digitalisasi di seluruh negara yang sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Malaysia 5.0 serta pantas bergerak ke arah menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysiaKeHadapan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Ekonomi Digital MDEC, sila kunjungi kami di www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]