10.05.2021
Kategori: 2021, Big Data, Data and Analytics, High Value Investment, Investment, investors

MDEC Sasar Pelaburan Bernilai Tinggi BDA

Cyberjaya, 10 Mei 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), iaitu agensi utama dalam memacu kemasukan pelaburan digital di Malaysia optimis terhadap hasil tinjauan pertumbuhan terbaharu membabitkan Big Data Analytics (BDA) serta peluang pelaburan digital signifikan yang dapat dibawanya terutama dalam data teknologi dan bidang yang berkaitan dengan perkhidmatan.
“Industri BDA di Asia Pasifik diunjurkan berkembang pesat melebihi 15 peratus kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) bagi tempoh 2019-2024 disebabkan peningkatan pelaburan oleh pelbagai syarikat baharu dan perniagaan sedia ada,”kata Raymond Siva, Naib Presiden Kanan Bahagian Pelaburan dan Penjenamaan yang juga Ketua Pegawai Pemasaran MDEC.

Laporan berkenaan turut meramalkan bahawa pendapatan untuk penyelesaian BDA akan mencapai AS $ 22.6 bilion pada 2020 dengan pertumbuhan tahun ke tahun (y-o-y) sebanyak 12 peratus di Asia Pasifik.

Selain itu, ia juga menyatakan bahawa jangkaan ini disebabkan oleh peningkatan keyakinan terhadap pelaburan BDA akan diperlukan untuk mencapai ketahanan digital dan perniagaan akibat pandemik COVID-19.

Di Malaysia, kajian MDEC oleh IDC telah meramalkan pasaran BDA akan meningkat kepada US $ 1.9 bilion menjelang 2025 berbanding US $ 1.1bilion pada tahun ini. Sektor perkhidmatan akan menyumbang sebanyak 64 peratus daripada jumlah perbelanjaan untuk data manakala perbankan dan telekomunikasi pula menyumbang hampir satu pertiga.

“COVID-19 telah menjadi game changer untuk BDA berikutan permintaan yang tinggi untuk perkhidmatan data dan cloud sekaligus mempercepat transformasi digital dan sekaligus memungkinkan ketahanan perniagaan,” kata Raymond.

Mengulas lanjut, beliau berkata, syarikat yang melabur dalam BDA akan terus mengukuhkan peranan dengan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan perniagaan dan operasi serantau dan global.
“Ketika Asia kekal sebagai wilayah yang berkembang paling pesat di dunia, MDEC melihat keyakinan pelabur terhadap ekosistem digital Malaysia juga meningkat ketika pandemik masih berlarutan. Syarikat sedia ada juga telah membuat pelaburan semula,” tambahnya.

DataMicron Systems Sdn. Bhd., Syarikat MSC tempatan dan TDCX, penyedia perkhidmatan pengalaman pelanggan telah memulakan pengembangan secara agresif melibatkan BDA sebagai sebahagian daripada portfolio pelaburan baharu mereka.

BDA merupakan pusat ekonomi digital Malaysia dan ini telah menghasilkan pertumbuhan teknologi digital yang lain seperti kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT) dan advanced automation. Bagi menyokong pertumbuhan teknologi ini ke arah Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0) , Malaysia melaksanakan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang membuka jalan supaya negara bersedia ke arah fasa berikutnya dalam era digital atau dikenali sebagai ‘dekad data’. Ini seterusnya memerlukan pembangunan kemahiran baharu untuk tenaga kerja tempatan.

Menerusi penyambungan rangkaian yang lebih baik, liputan yang lebih luas dan pengalaman jalur lebar berkualiti kepada masyarakat, JENDELA akan mempercepat pertumbuhan BDA ketika negara bersedia untuk teknologi 5G.

Penglibatan sektor swasta sangat penting dalam menarik pelaburan digital yang diinginkan ke negara ini. Berpandukan dasar kerajaan yang menyokong serta pelbagai program peningkatan kapasiti yang diterajui oleh MDEC bersama rakan strategik tempatan dan antarabangsa , ia telah berusaha untuk melengkapkan tenaga kerja tempatan dengan kemahiran yang lebih baik bagi memenuhi permintaan pekerjaan berteraskan digital termasuk penciptaan kandungan dalam talian, data sains dan analisis dan pengaturcaraan.

Semua ini dilaksanakan melalui inisiatif perkongsian awam swasta yang dipacu oleh MDEC termasuk Institusi Teknologi Digital Premier (PDTI), Kerangka Kemahiran Industri (IndSF), Direktori Latihan Kemahiran Digital untuk profesional yang bekerja dan program kerjasama teknologi data dengan syarikat gergasi teknologi. Program-program ini diperkenalkan untuk mempercepat usaha yang didorong oleh data dan mengembangkan bakat digital yang merupakan sebahagian daripada usaha MDEC untuk mendorong Malaysia pada era IR4.0.

MDEC terus menyokong pengembangan bakat BDA ini malahan agensi ini yakin dapat membantu tenaga kerja dan ekonomi negara untuk memanfaatkan pendapatan AS $ 13 trilion (RM53.2 trilion) yang dijangka akan diraih oleh aplikasi membekalkan data bagi ekonomi global menjelang 2030.

Muat Turun PDF

-Tamat-

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah agensi kerajaan di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diberi kepercayaan untuk memimpin ekonomi digital Malaysia ke hadapan.

Diperbadankan pada 1996 untuk mengawasi pengembangan inisiatif MSC Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan pelaburan digital di Malaysia. MDEC difokuskan untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif digitalisasi di seluruh negara yang sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) dan Malaysia 5.0 serta pantas bergerak ke arah menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysiaKeHadapan

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif Ekonomi Digital MDEC, sila kunjungi kami di www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi ;
Dashika Gnaneswaran [email protected]
Simon Yap – [email protected]