09.07.2021
Kategori: 2021, Covid-19, industry, investors, people, vaccination

MDEC sokong kakitangan sertai program vaksin COVID-19

CYBERJAYA , 9 Julai 2021 : Dalam usaha membantu negara mempercepatkan sasaran mencapai imuniti berkelompak untuk memerangi pandemik COVID-19, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), agensi utama dalam melaksanakan transformasi digital di negara ini turut mengambil tanggungjawab melaksanakan program vaksinasi untuk kakitangannya.

MDEC telah memulakan usaha untuk memvaksin petugasnya dan ahli keluarga terdekat menerusi Program Vaksin Selangor (SelCare) yang dimulakan awal bulan ini.

“Kesejahteraan kakitangan sangat penting kepada MDEC dan ia menjadi teras di agensi ini. Sehubungan itu, saya dan Majlis Operasi MDEC menjadikannya sebagai keutamaan ketika wabak sedang menular. Program vaksinasi ini akan membolehkan kami meneruskan tugas untuk mempercepatkan transformasi digital negara,” kata Surina Shukri, Ketua Pegawai Eksekutif MDEC.

Bagi memastikan kelancaran pendaftaran, Bahagian Modal Insan MDEC telah membuka pendaftaran khas untuk pertugas pada bulan lepas dan mendapat sambutan memberangsangkan apabila seramai 226 petugas termasuk berstatus kontrak dan sementara serta ahli keluarga telah mendaftar setakat ini.

Sehingga hari ini, seramai 332 orang atau 66 peratus daripada jumlah keseluruhan 502 pegawai MDEC telah menerima suntikan masing – masing termasuk menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.

Daripada jumlah itu, seramai 140 kakitangan MDEC dan ahli keluarga telah divaksin menerusi program di pusat pemberian vaksin (PPV) Evo Mall, Bangi yang merupakan satu daripada lima pusat yang diwujudkan untuk program berkenaan.

“MDEC berbesar hati dan mengucapkan terima kasih kerana dapat terlibat dengan program ini dan seterusnya memastikan kakitangan mendapat perlindungan vaksin walaupun ketika ini majoriti bertugas dari rumah sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei lepas. Kami berharap akan mencapai sasaran 100 peratus kakitangan yang telah divaksin,” tambah Surina.

Muat Turun PDF

#TAMAT#

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang menerajui transformasi digital negara sejak 25 tahun lalu. MDEC membawa agenda Malaysia 5.0, membolehkan negara diintegrasi dengan teknologi secara mendalam, seterusnya menyediakan peluang-peluang digital yang adil dan saksama kepada rakyat dan perniagaan.

Bagi mencapai matlamat ini, MDEC memberi tumpuan kepada empat teras DIGITAL utama iaitu Kemahiran Baharu (New skills), Penerimaan (Adoption), Pengganggu (Disruptors) dan Pelaburan (Investments). Ini membentuk asas kepada kempen jenama digital NADI MDEC yang memacu program-program terasnya untuk rakyat, perniagaan dan para pelabur. MDEC mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang berdaya saing tinggi dari segi digital di peringkat global, berpandukan inklusif, kelestarian, dan kemakmuran bersama dan menetapkan asas yang kukuh untuk Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#Malaysia5.0 #NadiDigital #SayaDigital #MHODA #MyMDEC

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut melalui inisiatif-inisiatif Ekonomi Digital MDEC, layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]