26.03.2021
Kategori: 2021, industry, investors, people

MDEC Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah SPRM, Komitmen Untuk Tadbir Urus Korporat yang Mantap

  • Dalam meneruskan misi ‘Mencipta Semula’ yang dilancarkan, MDEC hari ini memberikan komitmen padu untuk menjunjung prinsip integriti, ketelusan dan tadbir urus yang cekap dalam operasinya.

CYBERJAYA, 26 Mac 2021: Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) hari ini menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekaligus mencerminkan komitmen tegasnya untuk mewujudkan sebuah organisasi yang tangkas dan telus dengan mengamalkan tadbir urus korporat yang cekap.

Majlis Menandatangani IBR diketuai Pengerusi MDEC, YBhg. Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin Mohamed Ariff bersama pengurusan tertinggi dan kakitangan berlangsung di ibu pejabat MDEC di Cyberjaya di sini sambil disaksikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, YBhg. Datuk Seri Hj. Azam Baki.

“IBR oleh MDEC hari ini menandakan kejayaan penting kerana ia menegaskan usaha untuk mencipta semula agensi ini menjadi organisasi berprestasi tinggi, bebas amalan rasuah dan menolak penyalahgunaan kuasa.Ini mempromosikan integriti dan tadbir urus yang baik di semua peringkat serta memastikan bahawa kita terus menuju ke arah mewujudkan Malaysia 5.0 yang mengutamakan masyarakat pada era Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) dengan membawa kesejahteraan bersama untuk semua golongan rakyat,”kata Datuk Wira Dr Hj. Rais Hussin.

“MDEC komited untuk mencapai tahap integriti, ketelusan dan tadbir urus yang terbaik dalam menjalankan operasinya. Majlis IBR pada hari ini mengulangi perjuangan kita untuk melawan segala bentuk rasuah namun berpegang teguh pada misi ‘Mencipta Semula’ yang dilancarkan untuk membantu dalam mempercepatkan usaha mencapai matlamat yang dinyatakan dalam Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL),”kata Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Surina Shukri.

Mengulas lanjut, Surina berkata, MDEC akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk mencegah rasuah di semua peringkat dalam melaksanakan amanah untuk rakyat dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang sangat terintegrasi dengan teknologi serta ditadbir oleh prinsip dengan amalan persekitaran yang inklusif dan adil.

IBR merupakan janji yang dibuat secara sukarela atas kapasiti individu, organisasi dan kakitangan untuk memastikan lebih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang kegiatan rasuah semasa memegang jawatan.

Ini juga menekankan syarat yang jelas bahawa organisasi dan pegawainya tidak akan melakukan perbuatan rasuah dan akan berusaha mewujudkan persekitaran operasi yang bebas rasuah termasuk dalam interaksinya dengan rakan niaga dan kerajaan.

Muat Turun PDF

– TAMAT –

Mengenai Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)
Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) merupakan agensi di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang diamanahkan untuk menerajui pembangunan ekonomi digital negara ke hadapan. Ditubuhkan pada 1996 untuk mengawasi pengembangan inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia, mandat utama MDEC hari ini adalah untuk mempercepat pertumbuhan rakyat Malaysia yang mahir secara digital, perniagaan bertenaga digital dan menarik pelaburan digital di Malaysia.

MDEC fokus untuk mewujudkan pertumbuhan yang inklusif dan berkualiti tinggi melalui inisiatif digitalisasi di seluruh negara yang selaras dengan Wawasan Kemakmuran 2030 dan dengan tegas menjadikan Malaysia sebagai Nadi Digital ASEAN.

#KitaBinaBersama #MemacuDigitalMalaysiaKehadapan

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang inisiatif-inisiatif ekonomi digital yang dilaksanakan oleh MDEC
sila layari www.mdec.my atau ikuti kami di:
Facebook: @mymdec
Twitter: @mymdec

Untuk pertanyaan, sila hubungi :
Dashika Gnaneswaran – [email protected]
Simon Yap – [email protected]